wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PEND. MORAL T5 (MINGGU AKADEMIK)

Total questions: 20

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan masyarakat global?

a)

Individu dalam komuniti dunia yang saling bersimpati apabila masyarakat yang lain ditimpa kesusahan.

b)

Individu dalam komuniti dunia yang saling berinteraksi dan berkomunikasi antara satu sama lain.

c)

Individu dalam komuniti dunia yang membantu antara satu sama lain untuk meringankan beban.

d)

Individu dalam komuniti dunia yang menggunakan sistem pembayaran tanpa tunai.

2.

Senaraikan tiga contoh yang menunjukkan norma masyarakat global. (jawapan lebih dari satu)

a)

Pembelian tanpa tunai

b)

Mematuhi peraturan dan undang-undang antarabangsa

c)

Beratur semasa menggunakan pengangkutan awam

d)

Inovasi dan penciptaan teknologi baharu

3.

Senaraikan tiga ciri individu glokal.

a)

Berdaya saing

b)

Kemahiran teknologi maklumat

c)

Jati diri kukuh

d)

Bersederhana dalam pertuturan dan perlakuan

4.

Bagaimanakah cara individu glokal mengekalkan jati diri walaupun bersaing pada peringkat global? Berikan dua cara yang boleh dilakukan.

a)

Menguasai satu bahasa sahaja.

b)

Mengabaikan budaya dan tradisi masyarakat tempatan.

c)

Sentiasa mengutamakan kepentingan negara melebihi kepentingan diri.

d)

Sentiasa menghormati dan mematuhi peraturan dan undang-undang negara yang telah ditetapkan.

5.

Apakah kepentingan nilai kerohanian dalam usaha pembentukan individu bermoral?

a)

Menjadikan individu bersikap materialistik.

b)

Individu akan menunjukkan sikap sabar dan tenang semasa menghadapi cabaran hidup.

c)

Menjadikan individu bersikap pentingkan diri sendiri.

d)

Mengingkari norma masyarakat.

6.

Sebagai seorang murid, berikan tiga cara anda dapat meningkatkan nilai kerohanian dalam kehidupan harian.

a)

Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.

b)

Tidak bergaul dengan rakan yang negatif.

c)

Membantu ibu bapa membuat kerja rumah.

d)

Menggunakan cara berkomunikasi yang kurang sopan semasa bergaul dengan orang lain.

7.

Antara berikut, yang manakah merupakan sumber maklumat yang sahih?

a)

Majalah Ujang

b)

Jurnal

c)

Buku cerita

d)

Laman sesawang hiburan

8.

Apakah kesan penyebaran maklumat palsu seperti di atas?

(jawapan lebih dari satu)

a)

Menyebabkan kebimbangan dan kerisauan dalam kalangan masyarakat.

b)

Menimbulkan keseronokan dalam melakukan provokasi.

c)

Mewujudkan banyak spekulasi tentang sesuatu mesej yang tidak benar.

d)

Mengekalkan keamanan dan perpaduan kaum.

9.

Berikan dua cara memberikan penghargaan kepada warga kerja yang berintegriti.

a)

Memberikan sijil penghargaan

b)

Memberikan kerja-kerja tambahan

c)

Merujuk pekerja kepada pakar motivasi

d)

Beri peluang kenaikan pangkat

10.

Berikan DUA cara yang boleh dilakukan oleh setiap individu untuk melaksanakan tanggungjawab dengan berintegriti demi pembangunan negara.

a)

Menjelaskan bayaran cukai

b)

Mematuhi piagam pelanggan

c)

Mengelakkan pembayaran pinjaman

d)

Membantu menyebarkan maklumat negatif

11.

Nyatakan TIGA ciri berperikemanusiaan demi kesejahteraan global.

a)

Melestarikan keseimbangan ekosistem

b)

Menyayangi sesama makhluk

c)

Mengabaikan hubungan sosial

d)

Empati dan simpati kepada masyarakat global

12.

Nyatakan kesan sekiranyamasyarakat global mengabaikan sikap perikemanusiaan demi kesejahteraan global.

a)

Menyemarakkan elemen kemanusiaan sejagat

b)

Mengeratkan hubungan antara negara

c)

Golongan kurang bernasib baik akan terabai

d)

Menghayati dan mengamalkan nilai universal

13.

Sejauh manakah nilai universal dapat membentuk seorang individu yang berperikemanusiaan demi kesejahteraan global? Bincangkan. (Jawapan lebih dari satu)

a)

Individu bersikap individualistik dan materialistik.

b)

Menghulurkan bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik agar mereka dapat meneruskan kehidupan.

c)

Menyertai pelbagai aktiviti kemanusiaan untuk mewujudkan sifat kebersamaan.

d)

Manusia tidak mempedulikan kesan negatif keganasan.

14.

Berdasarkan gambar di atas, namakan contoh program komuniti seperti di atas.

a)

Bantuan fizikal

b)

Pembangunan dan pelancongan

c)

Bantuan Kemanusiaan

d)

Program Kesihatan

15.

Larian amal di atas merupakan satu contoh program komuniti. Bagaimanakah cara anda untuk mengajak rakan menyertai program tersebut?

a)

Menceritakan kesan negatif apabila menyertai program tersebut.

b)

Mengajak rakan untuk ke cyber cafe selepas menyertai program tersebut

c)

Menjelaskan faedah dan kelebihan yang diperoleh apabila menyertai program tersebut.

d)

Belanja rakan di kedai makan untuk menarik minat beliau.

16.

Jelaskan kepentingan bekerjasama dalam masyarakat global.

a)

Keselamatan masyarakat dunia terjamin.

b)

Jenayah antarabangsa dapat dikurangkan.

c)

Sektor pelancongan semakin berkembang.

d)

Budaya luar yang negatif dapat disebarkan secara meluas melalui internet dan televisyen.

17.

Jelaskan cabaran masyarakat global dari aspek geografi. (jawapan lebih dari satu)

a)

Perbezaan teknologi dan produktiviti

b)

Perbezaan bentuk muka bumi sesebuah negara

c)

Perbezaan zon masa dunia

d)

Perbezaan iklim sesebuah negara

18.

Nyatakan contoh sumber kewangan yang diperoleh secara beretika. (Jawapan lebih daripada satu)

a)

Pendapatan daripada perniagaan atas talian

b)

Pinjaman daripada institusi kewangan

c)

Biasiswa pelajar

d)

Hadiah yang dimenangi melalui pertandingan

19.

Apakah kepentingan mencarum dalam KWSP?

a)

Membuat bayaran pinjaman.

b)

Merancang kewangan untuk simpanan hari tua.

c)

Melindungi pendapatan dan simpanan dengan insurans

d)

Mengelakkan perbelanjaan secara boros.

20.

Pada tahun 2021, negara kita Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan (sambutan bulan kemerdekaan ) yang ke- berapa?

a)

61

b)

62

c)

63

d)

64