wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM: Pendahuluan Karangan

Total questions: 10

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Nyatakan jenis pendahuluan karangan di bawah:


Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang atau peraturan. Jenayah bukan sahaja membabitkan orang dewasa malahan golongan remaja juga. Menurut kajian polis, jumlah kes jenayah telah bertambah daripada 40 021 kes pada tahun 1997 kepada 43 210 kes pada tahun 1998 Di samping itu, kesalahan yang dilakukan juga semakin serius dari semasa ke semasa. Usaha-usaha pelbagai pihak amat diperlukan untuk membendung jenayah.

a)

Pendahuluan Jenis Peribahasa

b)

Pendahuluan Jenis Pendapat Tokoh

c)

Pendahuluan Jenis Definisi

d)

Pendahuluan Jenis Suasana

2.

Nyatakan jenis pendahuluan karangan di bawah:


Menurut Mantan Perdana Menteri, Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, pencemaran alam sekitar berpunca daripada kegiatan pembangunan. Walau bagaimanapun pembangunan tidak boleh dihentikan sama sekali. Apa yang perlu adalah dengan mengurangkan pencemaran tetapi pada masa yang sama meneruskan pembangunan. Llangkah-langkah yang drastik harus diambil untuk memastikan kegiatan pembangunan dapat diteruskan di negara kita dan dalam masa yang sama pencemaran dapat dielakkan.

a)

Pendahuluan Jenis Peribahasa

b)

Pendahuluan Jenis Pendapat Tokoh

c)

Pendahuluan Jenis Definisi

d)

Pendahuluan Jenis Suasana

3.

Nyatakan jenis pendahuluan karangan di bawah:


Bas yang berhawa dingin terus berlalu menyusur jalan yang bengkang-bengkok dengan perlahan sekali. Rasa mual dan mengantuk hilang apabila kami dihiburkan oleh abang-abang yang memandu kami . sepanjang perjalanan ke puncak Bukit Fraser , sepasang anak mataku sempat mengintai hutan rimba yang akan kami lalui nanti.

a)

Pendahuluan Jenis Peribahasa

b)

Pendahuluan Jenis Pendapat Tokoh

c)

Pendahuluan Jenis Definisi

d)

Pendahuluan Jenis Suasana

4.

Nyatakan jenis pendahuluan karangan di bawah:


Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri mereka. Apakah yang dikatakan kecemerlangan? Apakah dengan kecemerlangan boleh membuatkan seseorang itu berjaya? Apakah dengan berdiam diri sahaja tanpa sebarang usaha seseorang itu boleh mencapai kecemerlangan? Soalnya, apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan?

a)

Pendahuluan Jenis Persoalan

b)

Pendahuluan Jenis Pendapat Tokoh

c)

Pendahuluan Jenis Definisi

d)

Pendahuluan Jenis Suasana

5.

Nyatakan jenis pendahuluan karangan di bawah:


Peribahasa Melayu ” ringan sama dijinjing, berat sama dipikul” dan “seperti aur dengan tebing” amat sesuai ke arah mewujudkan masyarakat penyayang yang anggota-anggotanya mengamalkan sifat-sifat yang mengambarkan wujudnya hubungan kasih sayang dalam sesebuah komuniti. Namun semangat berkerjasama dalam masyarakat semakin hari semakin terhakis terutama di kawasan bandar. Punca-punca permasalahan ini perlu dibincangkan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab.

a)

Pendahuluan Jenis Persoalan

b)

Pendahuluan Jenis Pendapat Tokoh

c)

Pendahuluan Jenis Peribahasa

d)

Pendahuluan Jenis Suasana

6.

Nyatakan jenis pendahuluan karangan di bawah:


Duhai apakah gerangan budi balasan

Bagi insan melahirkan, membesarkan


Bercucuran air mata bila mengenangkan

betapakah bersar budi , ibunda berikan

siang malam ..menderita hingga entah bila

sungguh bersar pengorbanan ibunda berikan


Pengorbanan dan jasa seorang ibu tergambar jelas dalam lirik lagu ini. Ibu telah melahirkan dan mendidik seseorang anak menjadi insan yang berjaya dan berguna kepada keluarga, bangsa dan tanah air. Kasih sayang dan budi seorang ibu tanpa mengharap sebarang balasan, tetapi sudah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk membalas segala jasa dan pengorbanan mereka.

a)

Pendahuluan Jenis Persoalan

b)

Pendahuluan Jenis Pendapat Tokoh

c)

Pendahuluan Jenis Peribahasa

d)

Pendahuluan Jenis Sedutan Lagu / Puisi

7.

Nyatakan jenis pendahuluan karangan di bawah:


Menurut kamus, kegiatan vandalisme boleh didefinasikan sebagai kegiatan laku musnah yang berkaitan dengan tidakan merosakkan atau memusnahkan harta benda termasuk kemudahan awam. Gejala memusnahkan kemudahan awam seperti pondok menunggu bas, telefon awam, kemudahan di sekolah dan sebagainya. Persoalannya mengapakah gejala vandalisme ini sering berlaku dalam kalangan remaja? Apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk membendung gejala ini?

a)

Pendahuluan Jenis Persoalan

b)

Pendahuluan Jenis Gabungan

c)

Pendahuluan Jenis Peribahasa

d)

Pendahuluan Jenis Sedutan Lagu / Puisi

8.

Nyatakan jenis pendahuluan karangan di bawah:


Pada tahun 1972, pasukan bola sepak negara kita telah berjaya melayakkan diri dalam pertandingan bola sepak Sukan Olimpik di Munich, Jerman. Kejayaan ini diulang pada tahun 1980 apabila pasukan kita layak menyertai Sukan Olimpik di Moscow, Rusia. Pada akhir tahun 1970-an dan awal tahun 1980-an pula, keupayaan pasukan bola sepak negara kira setanding dengan keupayaan pasukan bola sepak Korea Selatan. Namun demikian, apakah punca-punca yang menyebabkan mutu sukan bola sepak negara kita sekarang ini begitu jauh merosot atau ketinggalan berbanding dengan negara-negara lain?

a)

Pendahuluan Jenis Persoalan

b)

Pendahuluan Jenis Gabungan

c)

Pendahuluan Jenis Sejarah

d)

Pendahuluan Jenis Sedutan Lagu / Puisi

9.

Nyatakan jenis pendahuluan karangan di bawah:


‘Kerajaan galak mohon permit teksi eksekutif’. Demikian tajuk berita yang terpapar di muka 11 akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 17 Jun 2007 yang lalu. Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi selepas beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Berjasa Negeri Sembilan Berhad kali ke-9 di Seremban. Teksi eksekutif merupakan sistem pengangkutan awam yang menggunakan teksi yang lebih besar dan selesa, tetapi tambangnya lebih tinggi berbanding dengan teksi bajet. Penggunaan teksi eksekutif dicadangkan apabila usia kenderaan sedia ada mencapai tempoh tujuh tahun. Selain teksi eksekutif, terdapat beberapa jenis sistem pengangkutan moden di negara ini, termasuklah monorel, keretapi LRT dan lain-lain lagi.

a)

Pendahuluan Jenis Persoalan

b)

Pendahuluan Jenis Gabungan

c)

Pendahuluan Jenis Sejarah

d)

Pendahuluan Jenis Berita

10.

Nyatakan jenis pendahuluan karangan di bawah:


“Kataku pergi! Pergi!!” pekik Kassim.

“Pergi kataku!” kataku lagi.

“Mengapa mesti aku pergi?” balas Aminah, isteri Kassim sambil menangis teresak-esak menahan kesakitan.

“Bukankah ini rumahku juga?” tambahnya lagi. Mata kirinya yang lebam kerana dipukul sebelum ini sudah tidak boleh dibuka lagi. Namun, Aminah sedar, sekeras-keras batu akan lembut juga apabila terkena titisan air. Aminah sedar akan sifat Pak Karim suaminya yang kerap membuat keputusan terburu-buru tanpa usul periksa . Aminah juga sedar, sikap pemarah Pak Karim pada hari itu sungguh berbeza. Kemungkinan juga,suaminya mempunyai masalah pada waktu tersebut. Aminah tetap sabar dan terus mendiamkan diri selepas itu.

Hatinya berkata-kata, “ Sabar separuh daripada iman, jika aku terus melawan tindakaku ibarat api dengan minyak akan terus menyala.”

a)

Pendahuluan Jenis Dialog

b)

Pendahuluan Jenis Gabungan

c)

Pendahuluan Jenis Sejarah

d)

Pendahuluan Jenis Berita