WorksheetsKuiz 4_Model_2
Total questions: 15
Worksheet time: 13mins
Puan Maria _________ anaknya menyapu rumah pada hari pertama Tahun Baharu Cina.
melarang
terlarang
larangan
dilarang
_________orang penduduk Kampung Sentosa sedang membersihkan Sungai Uda.
Beberapa
Setengah
Sekalian
Segala
"Bolehkah _______ tolong ambilkan saya mikroskop di atas meja itu?" pinta Cikgu Lee kepada Jareth.
kami
kamu
kalian
kita
Encik Nadia berasa _______ kerana venu kesayangannya telah rosak.
kasih
sedih
segan
terharu
Encik Zheng Kai _______ erhu di atas pentas dengan penuh semangat.
meniup
memalu
memetik
menggesek
Datuk _______ Nazir cara-cara menghasilkan lampu tanpa menggunakan tenaga elektrik.
mengajar
mengurus
mengawal
mentadbir
"Beta _______ untuk menganugerahkan ahli sains itu pingat kebesaran," kata Sultan Alaudin Shah.
beradu
bersantap
berkenan
berangkat
Semua peserta perlu menghadiri sesi ________ sebelum dipilih untuk menyertai pertandingan persembahan alat muzik tradisional itu.
uji bakat
uji kaji
temu ramah
temu bual
Serena ______ untuk menjawab soalan sains yang sukar itu dalam masa satu jam.
mencuit hati
memeras otak
membawa diri
memeras keringat
"Anak muda mestilah mempelajari dan mengekalkan warian tradisional masyarakat dahulu supaya tidak hilang ditelan zaman,"pesan datuk.
Pilih peribahasa yang sesuai.
Ikut hati mati, ikut rasa binasa
Tegak sama tinggi, duduk sama rendah
Tak lapuk di hujan, tak lekang di panas
Sesat di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan
Pilih perkataan sinonim bagi perkataan bergaris dalam dialog di atas.
menegah
menangkap
menghalau
membantah
Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.
Saya berkunjung ke Istana Bukit Chandran kerana bangunan tersebut unik dan bersejarah.
Bilakah kamu akan berkunjung ke Istana Bukit Chandran?
Mengapakah kamu berkunjung ke Istana Bukit Chandran?
Adakah kamu akan berkunjung ke Istana Bukit Chandran?
Siapakah yang akan berkunjung ke Istana Bukit Chandran?
Krayon yang dibuat daripada madu lebah asli itu tidak berbau busuk.
Pilih perkataan antonim bagi busuk.
wangi
tengik
hapak
hamis
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betulnya.
I Cahaya pada hari ini sungguh panas.
II Tumbuh-tumbuhan memerkukan cahaya matahari untuk hidup.
III Pemandangan pada malam ini sungguh indah kerana disinari cahaya bulan.
IV Air muka Ramli cahaya apabila mendengar berita baik daripada ibunya.
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
"Jing Sen, beritahu rakan-rakan kamu supaya berkumpul di hadapan makmal sains pada pukul 9:00 pagi," kata Cikgu Wong.
Cikgu Wong berpesan kepada rakan-rakan Jing Sen supaya berkumpul di hadapan makmal sains pada pukul 9:00 pagi.
Jing Sen memberitahu rakan-rakannya di hadapan makmal sains bahawa Cikgu Wong meminta mereka berkumpul pada pukul 9:00 pagi.
Cikgu Wong berpesan kepada Jing Sen agar memberitahu rakan-rakannya supaya berkumpul di hadapan makmal sains pada pukul 9:00 pagi.
Jing Sen berpesan kepada Cikgu Wong agar memberitahu rakan-rakannya supaya berkumpul di hadapan makmal sains pada pukul 9:00 pagi.
