wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ INTERAKTIF RBT TINGKATAN 3

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Bermula dengan penggunaan Reka Bentuk Mekanikal bagi menggantikan tenaga manusia untuk menghasilkan suatu produk. Revolusi tersebut ialah....

a)

Revolusi Industri 1.0

b)

Revolusi Industri 2.0

c)

Revolusi Industri 3.0

d)

Revolusi Industri 4.0

2.

Mekatronik merupakan bidang ilmu yang menggabungkan elemen asas kejuruteraan berikut :

a)

Sistem elektrik

b)

Sistem mekanikal

c)

Sistem elektronik

d)

Sistem kawalan dan pengaturcaraan

3.

Tandakan komponen-komponen mekanikal yang digunakan didalam produk mekatronik

a)
b)
c)
d)
4.

Antara yang berikut, yang manakah terdapat pada sebuah kereta mainan kawalan jauh ?

I Pengubah

II Motor AT

III Bateri alkali

IV Galas bebola

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

5.

Apakah input bagi blok diagram mesin basuh automatik?

a)

Penderia gerakan

b)

Panel kawalan tanpa wayar

c)

Mod pilihan dan penderia

d)

Panel kawalan tanpawayar dan penderia

6.

Yang manakah merupakan fungsi bagi sistem kawalan dan pengaturcaraan bagi gambar yang ditunjukkan

a)

membuka dan menutup pintu

b)

membekalkan tenaga elektrik kepada keseluruhan sistem

c)

memproses isyarat input dari penderia pergerakan dan menghantar isyarat output kepada pemacu motor

d)

mengesan sebarang pergerakan dan memberikan isyarat kepada sistem kawalan

7.

Yang berikut merupakan cadangan penambahbaikan untuk menjadikan produk lebih menarik KECUALI...

a)

LED

b)

Penderia

c)

LDR

d)

Aksesori

8.

Rajah di bawah menunjukkan langkah-langkah dalam proses penghasilan produk. Namakan butiran yang berlabel X dan Y.

a)

X - Penyelesaian masalah inventif, Y- Projek brief

b)

X - Penyelesaian masalah bukan inventif, Y- Projek brief

c)

X- Projek brief, Y - Penyelesaian masalah inventif

d)

X- Projek brief, Y - Penyelesaian masalah bukan inventif

9.

Penyelesaian masalah inventif terbahagi kepada 2 iaitu kaedah _____________ dan kaedah _____________.

a)

pemisah ruang, pemisah detik

b)

pemisah tempat, pemisah detik

c)

pemisah ruang, pemisah masa

d)

pemisah tempat, pemisah masa

10.

Konsep penghasilan idea manakah adalah berhubungkait dengan gambarajah?

a)

Bentuk ikut fungsi

b)

Fungsi ikut fungsi

c)

Fungsi ikut bentuk

d)

Bentuk ikut bentuk

11.

Maklumat berikut menunjukkan senarai kos yang terlibat dalam menghasilkan 100 unit projek akuaponik.


Kos bahan : RM 1580.00

Kos upah : RM 430.00

Kos overhed : RM 80


Hitungkan jumlah modal yang diperlukan untuk menghasilkan seunit projek itu.

a)

RM 15.80

b)

RM 16.60

c)

RM 20.10

d)

RM 20.90

12.

Lakaran ceraian....

Pernyataan manakah yang berkaitan dengan pernyataan di atas?

a)

Lakaran dengan pengasingan maklumat

b)

Lakaran yang dilakukan secara berasingan

c)

Lakaran dengan maklumat untuk memahami rekaan

d)

Lakaran yang menunjukkan hubungan antara setiap komponen

13.

Apakah yang dimaksudkan dengan jadual kerja?

a)

Perancangan seluruh aktiviti yang dipersembahkan dalam bentuk jadual

b)

Menggarkan sumber yang diperlukan bagi setiap aktiviti

c)

Mengurus bahan mentah secara sistematik dan teratur

d)

Menyusun aktiviti mengikut keutamaan

14.

1.Direka bentuk bukan menggunakan bahan sebenar

2. Boleh direka bentuk menggunakan kertas, gabus, kadbod, polistrina, kayu lembut


Pernyataan di atas berkaitan tentang

a)

mock-up

b)

prototaip

c)

produk berfungsi

d)

produk berfungsi sebahagian

15.

Pilih pernyataan yang benar mengenai pemasaran di bawah

I Aktiviti perniagaan yang menyalurkan barang daripada peniaga kepada orang tengah.

II Aktiviti pihak pengeluar untuk memasar dan menyampaikan maklumat tentang sesuatu produk.

III Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna menerusi proses pertukaran produk dan nilai.

IV Menyalurkan barang dan perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna.

a)

I, II dan III

b)

I,II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II,III dan IV

16.

Rajah diatas menunjukkan contoh sebuah iklan. Apakah kaedah reka bentuk pengiklanan yang digunakan?

a)

Demonstrasi

b)

Matlamat produk

c)

Kiasan atau ibarat

d)

Penyampaian fakta

17.

Rajah menunjukkan reka bentuk gadget (telefon bimbit) yang dihasilkan mengikut permintaan dan penawaran ke atas produk dan berlaku atau berakhir dalam tempoh tertentu. Perkara tersebut merujuk kepada ____________.

a)

nilai produk

b)

trend

c)

fungsi produk

d)

kekuatan dan kelemahan produk

18.

Apakah penjenamaan produk yang sesuai untuk Rajah A dan B?

a)

A= Bentuk persendirian

B= Bentuk cap dagangan

b)

A= Bentuk nama

B= Bentuk cap dagangan

c)

A= Bentuk persendirian

B= Bentuk cap

d)

A= Bentuk cap

B= Bentuk nama

19.

Apakah jenis pengenalan diri produk ini?

a)

Penjenamaan

b)

Kesetiaan

c)

Boleh ingat

d)

Dikenali

20.

Pengiklanan melalui media elektronik merupakan cara yang paling menarik dan berkesan bagi mempromosikan barang atau perkhidmatan. Apakah alat komunikasi yang digunakan pada iklan di atas?

a)

Televisyen

b)

Facebook

c)

Brosur

d)

Papan digital