wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Bahasa Melayu

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj digelar Bapa Kemerdekaan kerana ___________ banyak berjasa ke arah kemerdekaan Tanah Melayu.

a)

ia

b)

dia

c)

baginda

d)

beliau

2.

"________ berharap seluruh rakyat dapat hidup dengan makmur dan harmoni," titah Sultan Abdul Aziz Shah.

a)

Aku

b)

Saya

c)

Beta

d)

Patik

3.

Perniagaan En. Amin telah _______________sejak wabak Covid 19 melanda negara.

a)

putih mata

b)

gulung tikar

c)

hancur lebur

d)

pindah tangan

4.

____________ ialah sejumlah wang yang diberikan oleh pihak pengantin lelaki kepada pengantin perempuan.

a)

Wang belanja

b)

Wang cengkeram

c)

Wang hantaran

d)

Wang bonus

5.

Dalam pilihan raya yang diadakan baru-baru ini, Dr. Salahuddin terpilih sebagai __________ di kawasan tersebut.

a)

ADUN

b)

JUSA

c)

AJK

d)

YDP

6.

Sudah berjam-jam Taufiq melayari internet __________ dia ditegur oleh bapanya.

a)

tentang

b)

dengan

c)

daripada

d)

sehingga

7.

Penganiayaan _______________ binatang merupakan satu perbuatan yang sangat kejam.

a)

terhadap

b)

dengan

c)

tentang

d)

kepada

8.

Kakak memasak nasi goreng di dapur ______________ mendengar lagu-lagu kegemarannya.

a)

tatkala

b)

sambil

c)

kemudian

d)

sementara

9.

_________ keluarga itu mempunyai tanah berekar-ekar, ___________ tiada seorang pun yang mahu mengusahakannya.

a)

Oleh itu.....dan

b)

Sungguhpun....namun

c)

Namun begitu...tetapi

d)

Di samping itu...jika

10.

10. Saya akan tetap bersama-sama awak menghadapi segala cabaran ______________ susah dan ____________ senang.

a)

semakin ......semakin

b)

sungguhpun.....tetapi

c)

sama ada...mahupun

d)

sedangkan...inikan pula

11.

Belakang badan Aizat dipenuhi bintik merah yang gatal kerana digigit ________________.

a)

jejentik

b)

kekura

c)

sesungut

d)

pepijat

12.

Pada waktu petang, Pak Majid dan kawan-kawannya suka duduk di ____________ sambil menghirup udara segar.

a)

tetupai

b)

kekuda

c)

lelangit

d)

bebalai

13.

Kami sekeluarga suka makan _____________ ulam pegaga dan pucuk gajus itu.

a)

mentah-mentah

b)

hidup-hidup

c)

segar-bugar

d)

pohon-pohon

14.

Rambut Kamala yang keriting itu __________ kerana tidak disikat selepas dikeringkan.

a)

kacau-bilau

b)

remuk-redam

c)

lintang-pukang

d)

kusut-masai

15.

Selepas ___________ ikan-ikan pelaga itu, Amir memasukkannya ke dalam botol yang berisi air.

a)

memukat

b)

menyauk

c)

menjaring

d)

menjerat

16.

Anak-anak muda Kampung Bahagia bergilir-gilir ______________ di kawasan kampung mereka untuk mencegah kegiatan jenayah.

a)

menjaga

b)

menyelia

c)

meronda

d)

mengawas

17.

Semua pekerja di restoran itu dikehendaki menjalankan pemeriksaan kesihatan.

a)

jalani pemeriksaan kesihatan

b)

menjalankan periksa kesihatan

c)

menjalani pemeriksaan kesihatan

d)

menjalankan pemeriksaan kesihatan

18.

Kanak-kanak itu menangisi kerana ditinggalkan oleh ibunya yang ingin ke kedai untuk membeli barang.

a)

tangisan kerana ketinggalan

b)

menangis kerana ditinggalkan

c)

menangis kerana tertinggal

d)

menangisi kerana ditinggalkan

19.

Rahimi bukan sahaja aktivis alam sekitar malah dia juga amat sayangkan binatang.

a)

amat sayang akan binatang

b)

sayangkan amat binatang

c)

amat sayangi akan binatang

d)

amat sayangkan binatang.

20.

Baju Amira dan adiknya lencun kerana mereka kehujanan ketika pulang dari sekolah.

a)

ketika pulang mereka hujan

b)

ketika pulang dihujani mereka

c)

menghujani ketika mereka pulang

d)

mereka kehujanan ketika pulang