WorksheetsPSV Ting 3 - Tekat
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Tekat benang emas juga dikenali sebagai
tekat bersuji. Apakah yang dimaksudkan dengan bersuji?
berulang-ulang
bersulam-sulam
berbunga-bunga
berbenag-benang
Seni tekat adalah kegunaan bagi ?
kegunaan pakaian dan kelengkapan keluarga raja-raja atau istana
pakaian pengantin
barangan dan peralatan rumah
sarung bantal di rumah
Sulam tekat tersebut merujuk kepada tekat jenis .............
tekat benang emas timbul
tekat gubah
tekat motif bunga padi
tekat kain baldu
Antara peralatan tekat gubah ialah .........
pemidang, mempulur dan benang emas
pemidang, mempulur dan benang kapas
pemidang, kain baldu dan benang emas
pemidang, jarum dan mempulur
Istilah lain bagi mempulur ialah .........
kertas A4
kain kapas
kenanga
kemaga
Apakah tujuan penggunaan kain baldu
berwarna gelap?
Supaya hasil tekatan benang emas
tahan lama
Memudahkan kerja-kerja menekat dengan
benang emas
Supaya mempulur mudah dikenakan
pada kain dasar
Supaya hasil tekatan benang emas atau
perak nampak jelas dan bercahaya
Susun mengikut tertib yang betul untuk proses seni tekat.
I Menjahit mempulur
II Meregang kain dasar
III Menyediakan pemidang
IV Proses menekat
I, II, III, IV
II, III, I, IV
III, I, II, IV
III, II, I, IV
Manakah antara pernyataan berikut benar berkaitan tekat gubah?
Mesin digunakan sebagai alat tekatan
Corak mempulur dililit dengan benang emas
Hanya menggunakan motif-motif geometri
Manik dan labuci digunakan sebagai bahan tekat
Apakah perbezaan antara tekat timbul dengan tekat gubah?
Penggunaan benang
Penggunaan kain dasar
Penggunaan mempulur
Jenis motif yang digunakan
Apakah kegunaan pemidang berkaki dalam seni tekat?
Untuk melilit benang
Untuk membentuk motif
Menjadi struktur utama tekat
Untuk menegang dan mengelakkan kedutan pada kain dasar
Mengapakah benang emas perlu disusun rapat-rapat semasa proses menekat?
Untuk menutup mempulur
Agar kain dasar lebih tegang
Mengelakkan benang terlerai
Mengelakkan kain dasar berkedut
Apakah nama motif dalam gambar foto yang diberi?
Bunga raya
Bunga lawang
Bunga asam batu
Bunga kekwa
Selain kain baldu yang digunakan sebagai kain dasar, kain juga mempunyai fungsi tertentu. Apakah fungsi kain putih?
Diperbuat daripada kain kapas
Kain yang membentuk mempulur
Lapik pada bahagian dalam kain dasar
Mengukuhkan dan mengemaskan sulaman
Produk seni tekat banyak digunakan dalam majlis perkahwinan. Antara produk berikut, yang manakah tidak digunakan dalam majlis tersebut?
Alas pahar
Tudung saji
Kipas tangan
Kasut bersulam
Apakah kegunaan cuban?
Alat menjahit
sebagai pengalas kain tebal
Digunakan untuk melilit benang
Sebagai penegak kain dasar semasa kain ditekan
Gambar di bawah adalah salah satu proses dalam persiapan pemidang. Pilih keterangan yang betul tentang proses ini.
Kain kapas bertelinga diregang pada pemidang.
Pemidang kayu yang siap diregang.
Mengikat benang putih pada kayu pemidang.
Kain kapas diikat pada pemidang berkaki menggunakan tali.
Gambar rajah di bawah menunjukkan proses?
Proses menjahit benang emas diulang sehingga selesai.
Benang emas direntaskan di atas mempulur dan dijahit dengan benang putih.
Proses menekat diulang sehingga selesai.
Seni tekat merupakan warisan daripada sebuah negeri yang terkenal di Malaysia. Negeri yang dimaksudkan adalah .........
Johor Darul Takzim
Selangor Darul Ehsan
Perak Darul Ridzuan
Pahang Darul Makmur
Siapakah nama adiguru seni tekat yang tersohor tersebut ?
Hajah Aziah Mohamad Yusof
Hajah Azizah Mohamad Yusof
Hajah Azimah mohamad Yunus
Hajah Azurah Mohamad Yatim
Mengapakah seni tekat ini perlu dikekalkan sehingga ke hari ini ?
ia merupakan warisan dan komersail negara Malaysia
mudah dihasilkan oleh generasi muda
terdapat keunikan di setiap negeri
cantik dan suka dipamerkan
