NEW
Font size
WorksheetsKata penegas tahun 6
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Setelah melihat keadaan Pak Long, Mak Ngah _______ meminta diri untuk pulang ke rumahnya.
jua
pun
-lah
lagi
"Dekat dengan rumah kamu ___________ kejadian itu berlaku?" tanya Azli kepada Nina.
pun
-lah
-tah
-kah
Pada zaman sekarang masih ada ___________ orang yang berfikiran tertutup.
pun
lagi
sahaja
memang
Makanan laut seperti udang dan ketam _____________ kurang elok untuk orang yang menghidap penyakit gout.
lagi
hanya
sahaja
memang
Cikgu Naim berdikir barat ____________ untuk mengisi masa lapangnya.
jua
lagi
juga
hanya
"Pemuda itu __________ yang telah menghantar tas tangan saya yang keciciran di Pusat Beli-belah Permata," kata ibu kepada jiran kami.
jua
-lah
-tah
-kah
Apabila adik membuat lawak, abang ________ yang tidak ketawa kerana dia demam.
lagi
juga
sahaja
memang
"Ayuh kita bertolak sekarang _________, nanti terlewat pula kita sampai ke tapak perkhemahan," kata Abdullah.
juga
hanya
sahaja
memang
Tuan Zahin seorang yang berbudi bahasa ____________ berhemah tinggi.
-kah
-tah
memang
lagi
Apa ______________ yang berlaku sehingga dia menjerit sekuat hati?
tah
kah
lah
pun
“Baling_____________ bola bowling itu kuat sedikit supaya semua jatuh,” kata pegawai sukan.
lah
tah
pun
kah
“Pernah____________ awak kerugian sepanjang menjalankan perniagaan pinggan-mangkuk ini?” tanya Puan Letchumi kepada Suhana.
kah
lah
pun
tah
Abang___________ yang bekerja keras untuk menyara keluarga kami.
tah
pun
kah
lah
Kita mesti mengamalkan budaya timur, apa___________ lagi jika kita berada di perantauan.
lagi
jua
tah
lah
_____________ kami tidak nafikan, kamu sangat hebat dalam sukan bola sepak.
Juga
pun
Memang
Jika
