Font size
WorksheetsPantun Budi
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Berikut merupakan rangkap 1 bagi Pantun Budi.
Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.
Apakah maksud rangkap ini?
Orang yang baik mempunyai budi dan bahasa yang tinggi.
Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina.
Budi yang baik akan sentiasa dikenang dan menjadi sebutan orang.
Biarlah kita hidup miskin asalkan kita sentiasa berbudi bahasa.
Berikut merupakan rangkap 5 bagi Pantun Budi.
Anak beruk di tepi pantai,
Pandai melompat pandai menari;
Biar buruk kain dipakai,
Asal hidup pandai berbudi.
Apakah maksud rangkap ini?
Orang yang baik mempunyai budi dan bahasa yang tinggi.
Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina.
Budi yang baik akan sentiasa dikenang dan menjadi sebutan orang.
Biarlah kita hidup miskin asalkan kita sentiasa berbudi bahasa.
Berikut merupakan rangkap 3 bagi Pantun Budi.
Bunga melati bunga di darat,
Bunga seroja di tepi kali;
Hina besi kerana karat,
Hina manusia tidak berbudi.
Apakah maksud rangkap ini?
Orang yang baik mempunyai budi dan bahasa yang tinggi.
Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina.
Budi yang baik akan sentiasa dikenang dan menjadi sebutan orang.
Biarlah kita hidup miskin asalkan kita sentiasa berbudi bahasa.
Tema bagi Pantun Budi
Masyarakat Melayu amat mementingkan budi bahasa dan tutur kata.
Masyarakat yang berbudi bahasa akan dipandang tinggi kerana bahasa menunjukkan identiti sesuatu bangsa.
Sikap masyarakat yang mementingkan kekayaan boleh menyebabkan mereka lupa akan nilai budi bahasa.
Kebijaksanaan seseorang akan terserlah jika berada dalam kalangan orang yang bijaksana.
Bagai cincin dengan permata.
Apakah gaya bahasa yang ditunjukkan?
Anafora
Personifikasi
Peribahasa
Repetisi
Yang kurik kundi,
Yang merah saga;
Yang baik budi,
Yang indah bahasa.
Apakah gaya bahasa yang ditunjukkan?
Anafora
Personifikasi
Peribahasa
Repetisi
Nilai bagi Pantun Budi
Budi bahasa
Baik hati
Rendah diri
Kebijaksanaan
Apakah perkara yang akan sentiasa dikenang dan menjadi sebutan orang?
Budi yang baik
Ketinggian pangkat
Kemuliaan keturunan
Kekayaan harta benda
Pengajaran bagi Pantun Budi
Kita mestilah berbudi bahasa agar diri dipandang mulia.
Kita hendaklah mengenang jasa orang yang telah berbudi kepada kita.
Kita hendaklah sentiasa melakukan kebaikan dan menjauhkan diri daripada melakukan kemungkaran.
Kita mestilah berhati-hati dalam bertutur, jika tersilap buruk padahnya.
Masyarakat dahulu mengutamakan budi dalam kehidupan mereka, nilai budi lebih tinggi daripada ................ dan tidak terbayar hingga dibawa mati.
suasa
gangsa
emas
perak
Beriktu merupakan bentuk pantun...
Terdiri daripada 7 rangkap
Bilangan baris adalah sama iaitu empat baris.
Ada pembayang dan maksud
Jumlah suku kata antara lima hingga sebelas suku kata.
Berbentuk bebas
Apakah tema pantun yang diberikan?
Budi
Kasih Sayang
Kerjasama
Keadilan
Adakah perbuatan di atas merupakan salah satu adab berbudi?
Ya
Tidak
Apakah contoh yang BENAR mengenai adab berbudi bahasa?
Memotong perbualan orang lain
Meninggikan suara terhadap orang yang lebih tua
Tidak menyampuk semasa perbualan berlangsung
Tidak menggunakan nada yang kasar
Adakah perbuatan di dalam gambar merupakan amalan berbudi yang baik?
Salah
Benar
Masyarakat Melayu amat mementingkan amalan berbudi dalam kehidupan harian?
Betul
Salah
Mengapakah kita perlu berbudi terhadap orang lain?
Untuk menjadikan kita lebih disayangi dan dihormati
Untuk mendapatkan perhatian
Menjadi insan yang disenangi oleh individu lain
Menjadi insan yang berperkerti mulia
Apakah kepentingan amalan berbudi dalam masyarakat?
Menjadikan masyarakat lebih berperibadi mulia
Menaikkan nama baik masyarakat sehingga ke seluruh dunia
Mendapat cacian dan hinaan
Kehidupan harmoni dalam masyarakat dapat dijamin
Adakah perbuatan membantu orang lain ialah perbuatan salah?
Ya
Tidak
Pantun Budi ini terdiri daripada _____________ rangkap
4
5
6
7
