wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

akaun

Total questions: 90

Worksheet time: 45mins

Name
Class
Date
1.

Siapakah yang bertanggungjawab memperkenalkan sistem catatan beregu?

a)

Adam Smith

b)

Luca Pacioli

c)

Isaac Newton

d)

Gallilo Galeri

2.

Apakah subbidang perakaunan yang meliputi kerja memeriksa rekod kewangan untuk mengesahkan rekod maklumat perakaunan adalah adil dan saksama?

a)

Percukaian

b)

Pengauditan

c)

Perakaunan Kewangan

d)

Perakaunan Pengurusan

3.

Siapakah merupakan pengguna dalaman Penyata Kewangan?

a)

Pembekal

b)

Pihak Bank

c)

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

d)

Pihak Pengurusan

4.

Pernyataan manakah yang merupakan ciri milikan tunggal?

a)

Liabiliti tidak terhad

b)

Diuruskan oleh pekongsi yang aktif

c)

Berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965

d)

Mesti dimiliki sekurang-kurangnya dua orang

5.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan sumber modal Syarikat Berhad?

a)

Sumbangan daripada pekongsi-pekongsi

b)

Subsidi daripada kerajaan

c)

Pinjaman bank

d)

Terbitan saham kepada orang ramai

6.

Tujuan Penyata Pendapatan disediakan adalah untuk

a)

Mengetahui kedudukan kewangan perniagaan

b)

Menunjukkan jumlah aset dan liabiliti perniagaan

c)

Mengetahui untung atau rugi bersih

d)

Mengira modal akhir perniagaan

7.

Antara berikut bukan tujuan penubuhan MASB (Malaysian Accounting Standard Board)?

a)

Menyediakan laporan kewangan untuk sesebuah perniagaan

b)

Menentukan kod etika akauntan

c)

Menetapkan taraf kelayakan profesional

d)

Menerbitkan, menyemak dan membaiki standard dalam pelaoran kewangan

8.

Perniagaan dianggap mempunyai hayat yang berterusan dan tidak dibubarkan dalam jangka pendek. Pernyataan ini merujuk kepada andaian perakaunan..

a)

ketekalan

b)

entiti berasingan

c)

usaha berterusan

d)

tempoh perakaunan

9.

Kaedah yang sama dan konsisten digunakan untuk merekod dan memproses data. Amalan ini berasaskan prinsip...

a)

ketekalan

b)

usaha berterusan

c)

pengiktirafan hasil dan belanja

d)

wang sebagai ukuran

10.

Encik Roslan, seorang peniaga telah merekodkan perabot peribadi yang telah dibawa masuk ke dalam perniagaan sebagai modal tambahan. Apakah andaian perakaunan yang diamalkan oleh Encik Roslan?

a)

Ketekalan

b)

Prinsip Kos

c)

Usaha berterusan

d)

Entiti berasingan

11.

Dalam sebuah perniagaan, ahli-ahlinya menerima dividen, bilangan ahli tiada had dan liabiliti ahli terhad. Antara perniagaan di bawah, yang manakah mungkin perniagaan tersebut?

a)

Dayang Enterprise

b)

Nab Industri Sdn Bhd

c)

Teguh Maju Berhad

d)

Restoran Liew dan Susan

12.

Maklumat berikut adalah benar mengenai perkongsian, kecuali...

a)

penubuhannya tertakluk pada Akta Perkongsian 1961

b)

perkongsian diuruskan oleh ahli lembaga pengarah yang dilantik

c)

liabiliti pemilik adalah tidak terhad

d)

penyata kewangan perlu dibentangkan kepada orang awam

13.

Pernyataan di bawah adalah benar mengenai syarikat berhad, kecuali ..

a)

liabiliti pemiliknya adalah terhad

b)

syarikat berhad diuruskan oleh pekongsi aktif

c)

tiada had maksimum bagi bilangan pemilik syarikat awam berhad

d)

pemilik awam berhad diuruskan oleh Lembaga Pengarah yang dilantik dalam mesyuarat agung tahunan

14.

Puan Rohani memulakan perniagaan Kedai Barangan Kosmetik pada 1 Mei 2016. Tempoh perakaunan perniagaannya berakhir setiap enam bulan. Manakah tempoh perakaunan perniagaan tersebut?

a)

1 Mei 2016 hingga 31 Oktober 2016

b)

1 Mei 2016 hingga 30 November 2016

c)

1 Mei 2016 hingga 30 April 2017

d)

1 Mei 2016 hingga 30 April 2017

15.

Maklumat berikut berkaitan tentang syarikat berhad. X dilantik oleh pemegang saham dalam mesyuarat agung tahunan untuk menetapkan dasar syarikat. Siapakah X ?

a)

Pendaftar syarikat

b)

Pengurus operasi

c)

Kesatuan pengarah

d)

Lembaga pengarah

16.

Profesion perakaunan di Malaysia dikawal oleh

a)

Chartered Institute of Management Accountants ( CIMA )

b)

Institut Akauntan Malaysia ( MIA )

c)

Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia ( MICPA )

d)

Association of Certified Charted Accountants ( ACCA )

17.

Antara berikut, pernyataan manakah menerangkan tentang perakaunan?


I Meliputi aktiviti merancang dan mengawal aktiviti perniagaan

II Meliputi aktiviti menyediakan maklumat kewangan

III Merekod semua urusniaga secara tunai

IV Merupakan sebahagian daripada simpan kira

a)

I dan III

b)

I dan II

c)

II dan IV

d)

III dan IV

18.

Apakah proses yang menunjukkan turutan tatacara perakaunan yang berlaku dalam satu tempoh perakaunan ?

a)

Prinsip Perakaunan

b)

Konsep Perakaunan

c)

Kitaran Perakaunan

d)

Persamaan Perakaunan

19.

Seorang akauntan perlu bersikap jujur dan telus dalam hubungan profesional dengan pihak lain supaya tidak berlaku kekeliruan dan pemalsuan kenyataan.

Apakah ciri etika profesion perakaunan yang dimaksudkan?

a)

Integriti

b)

Objektiviti

c)

Kerahsian

d)

Kompetensi

20.

Ciri kualitatif tertingkat Penyata Kewangan terdiri daripada


I Pemasaan

II Kerelevanan

III Perwakilan benar

IV Kebolehfahaman

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

21.

Perniagaan Sunwei telah merekodkan insurans kedai dalam penyata kewangan perniagaan termasuk insurans yang belum dijelaskan sebanyak RM350.

Apakah prinsip perakaunan yang dipatuhi Perniagaan Sunwei ?

a)

Ketekalan

b)

Prinsip Kos

c)

Kos Manfaat

d)

Pengiktirafan Hasil dan Belanja

22.

Antara berikut merupakan andaian perakaunan kecuali...

a)

tempoh perakaunan

b)

usaha berterusan

c)

ketekalan

d)

wang sebagai ukuran

23.
Maklumat berikut merujuk kepada perniagaan Encik Sabit    
*  Memulakan perniagaan menjual alat ganti kereta pada 1 Mac 2012    * 
Tempoh Perakunan perniagaannya berakhir setiap enam bulan
   
Antara berikut,  manakah tempoh perakaunan perniagaan Encik Sabit?.         
a)
1 Mac 2012 hingga 1 Ogos 2012 
b)
1 Mac 2012 hingga 31 Ogos 2012
c)
1 Mac 2012 hingga 1 September 2012 
d)
1 Mac 2012 hingga 30 september 2012 
24.

Perniagaan dianggap akan terus beroperasi untuk satu tempoh masa yang berpanjangan.

a)

Usaha berterusan

b)

Wang sebagai ukuran

c)

Ketekalan

d)

Entiti bersaingan

e)

Tempoh perakaunan

25.

Hanya urus niaga yang dapat dinyatakan dalam mata wang sahaja diambil kira dalam perakaunan.

a)

Usaha berterusan

b)

Wang sebagai ukuran

c)

Ketekalan

d)

Entiti bersaingan

e)

Tempoh perakaunan

26.

Perniagaan dianggap akan terus beroperasi untuk satu tempoh masa yang berpanjangan.

a)

Usaha berterusan

b)

Wang sebagai ukuran

c)

Ketekalan

d)

Entiti bersaingan

e)

Tempoh perakaunan

27.

Kaedah susut nilai aset bukan semasa yang sama digunakan pada setiap tahun kewangan kerana perubahan kaedah susut nilai akan mempengaruhi untung bersih tahun-tahun sebelumnya.

a)

Usaha berterusan

b)

Wang sebagai ukuran

c)

Ketekalan

d)

Entiti bersaingan

e)

Tempoh perakaunan

28.

Urus niaga peribadi pemilik diasingkan daripada urus niaga perniagaan untuk mengelakkan kekeliruan dan mengelakkan penyelewengan.

a)

Usaha berterusan

b)

Wang sebagai ukuran

c)

Ketekalan

d)

Entiti bersaingan

e)

Tempoh perakaunan

29.

Sebuah alatan kedai yang dibeli pada 4 tahun dahulu masih lagi direkod pada harga belian dalam Penyata Kedudukan Kewangan walaupun harga semasa telah merosot.

a)

Usaha berterusan

b)

Prinsip catatan bergu

c)

Prinsip kos

d)

Pengiktirafan hasil dan belanja

e)

Tempoh perakaunan

30.

Pemilik merancang untuk menempah sebuah mesin terbaharu untuk meningkatkan produktiviti pada 2 tahun akan datang.

a)

Usaha berterusan

b)

Prinsip catatan bergu

c)

Prinsip kos

d)

Pengiktirafan hasil dan belanja

e)

Tempoh perakaunan

31.

Penyata Kewangan Syarikat M Berhad disediakan pada 30 Jun setiap tahun.

a)

Usaha berterusan

b)

Prinsip catatan bergu

c)

Tempoh perakaunan

d)

Pengiktirafan hasil dan belanja

e)

Materialiti

32.

Laporan sukuan tahun disediakan untuk membandingkan prestasi perniagaan dari suku tahun ke suku tahun.

a)

Usaha berterusan

b)

Wang sebagai ukuran

c)

Ketekalan

d)

Entiti bersaingan

e)

Tempoh perakaunan

33.

Komisen belum terima diambil kira dalam penyediaan Akaun Untung Rugi pada tarikh imbangan.

a)

Usaha berterusan

b)

Prinsip catatan bergu

c)

Prinsip kos

d)

Pengiktirafan hasil dan belanja

e)

Tempoh perakaunan

34.

Encik L mengambil tunai perniagaan untuk membayar insurans nyawa anaknya, tetapi beliau merekodnya sebagai belanja perniagaan. Apakah konsep, andaian atau prinsip perakaunan yang tidak dipatuhi?

a)

Usaha berterusan

b)

Prinsip kos

c)

Entiti berasingan

d)

Pengiktirafan hasil dan belanja

e)

Tempoh perakaunan

35.

Butiran manakah terdapat dalam Akaun Kawalan Belum Bayar?

a)

Pulangan masuk

b)

Diskaun diterima

c)

Hutang lapuk

d)

Jualan

36.

Kedai Perabot Maju membeli perabot secara tunai daripada Kedai Perabot Teik Ho untuk kegunaan perniagaan.

Catatan manakah yang betul?

a)

Debit Alatan Pejabat

Kredit Akaun Tunai

b)

Debit Akaun Perabot

Kredit Akaun Tunai

c)

Debit Akaun Belian

Kredit Kedai Perabot Teik Ho

d)

Debit Akaun Perabot

Kredit Kedai Perabot Teik Ho

37.

Kedai Buku Dinamik mengambil inventori bukunya dan diberi kepada Tadika Ummi untuk promosi jualan.


Apakah catatan beregu yang terlibat bagi urus niaga tersebut?

a)

Debit Akaun Ambilan

Kredit Akaun Belian

b)

Debit Akaun Promosi

Kredit Akaun Belian

c)

Debit Akaun Promosi

Kredit Akaun Tadika Ummi

d)

Debit Ambilan

Kredit Akaun Tadika Ummi

38.

Kedai Butik Pakaian Anjung Amie membuat catatan beregu seperti berikut.


Debit Akaun Ambilan , Kredit Akaun Belian


Urus niaga manakah yang ditunjukkan dengan catatan beregu tersebut?

a)

Pemilik menaja pakaian seorang guru dalam Majlis Persaraan bagi tujuan promosi

b)

Pemilik mengambil sehelai tudung untuk menghadiri majlis perkahwinan anak rakannya

c)

Ambilan 5 helai baju Melayu oleh perniagaan dihadiahkan kepada anak yatim sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri

d)

Pemilik mengambil sebuah komputer untuk kegunaan anaknya

39.
a)

RM 2200

b)

RM 2600

c)

RM 5120

d)

RM 7720

40.
a)

Belian barang niaga daripada Syarikat Mawar RM 320

b)

Terima cek daripada Syarikat Mawar RM 320

c)

Jualan barang niaga kepada Syarikat mawar RM 320

d)

Cek yang diterima daripada Syarikat Mawar RM 320 adalah cek tak laku

41.
a)

Faedah

b)

Kontra

c)

Angkutan masuk

d)

Diskaun diterima

42.

Apakah fungsi lejar?

a)

Merekodkan penerimaan dan pembayaran tunai bagi satu tempoh perakaunan

b)

Merekodkan semua aset dan liabiliti bagi satu tempoh perakaunan

c)

Merekodkan hasil dan belanja untuk mengira keuntungan perniagaan

d)

Merekodkan pelbagai jenis akaun yang digunakan untuk penyediaan Imbangan Duga

43.

Manakah yang benar tentang akaun belanja?

a)

Didebitkan apabila belanja bertambah

b)

Dikreditkan apabila belanja bertambah

c)

Didebitkan apabila belanja berkurang

d)

Mempunyai baki kredit

44.

Apakah tujuan Akaun Kawalan disediakan?

a)

Menunjukkan prestasi perniagaan

b)

Mengawal aliran masuk dan aliran keluar tunai perniagaan

c)

Memastikan semua urus niaga dicatat menggunakan sistem catatan beregu

d)

Menyemak ketepatan catatan beregu dalam Lejar Jualan dan Lejar Belian

45.

Jurnal manakah yang merupakan sumber maklumat bagi Akaun Kawalan Belum Terima?


I Jurnal Am

II Jurnal Jualan

III Jurnal Belian

IV Jurnal Pulangan Belian

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

46.

Apakah butir dalam Akaun Kawalan Belum Bayar yang diperoleh daripada Buku Tunai?


I Belian tunai

II Diskaun diberi

III Diskaun diterima

IV Bayaran kepada Akaun Belum Bayar

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

47.

Apakah yang menyebabkan Akaun Kawalan Belum Terima berbaki kredit?

a)

Perniagaan terlebih bayar kepada Akaun Belum Terima

b)

Akaun Belum Terima terkurang bayar kepada perniagaan

c)

Akaun Belum Terima memulangkan barang selepas akaun dijelaskan

d)

Akaun Belum Terima memulangkan barang sebelum akaun dijelaskan

48.

Catatan kontra dalam Akaun Kawalan akan

a)

Mengurangkan baki hutang antara pemilik dengan Akaun Belum Bayar perniagaan

b)

Mengurangkan baki hutang antara Akaun Belum Terima dengan Akaun Belum Bayar perniagaan

c)

Menambah baki hutang antara pemilik dengan Akaun Belum Terima perniagaan

d)

Menambahkan baki hutang antara Akaun Belum Terima dengan Akaun Belum Bayar perniagaan

49.

Apakah catatan beregu bagi pindahan dari Lejar Jualan ke Lejar Belian

a)

Debit Akaun Belum Bayar dan Kredit Akaun Belum Terima

b)

Debit Akaun Belum Terima dan Kredit Akaun Belum Bayar

c)

Debit Akaun Belum Bayar dan Kredit Akaun Belian

d)

Debit Akaun Jualan dan Kredit Akaun Belum Terima

50.

Urus niaga manakah yang melibatkan penyediaan akaun nominal?

a)

Terima pinjaman bank

b)

Beli perabot secara kredit

c)

Bayar gaji pekerja dengan cek

d)

Komputer peribadi dibawa masuk ke dalam perniagaan

51.

Urus niaga manakah yang merupakan catatan kontra?

a)

Tunai pejabat dimasukkan ke dalam bank

b)

Tunai daripada jualan inventori dibankkan

c)

Tunai dikeluarkan daripada perniagaan untuk kegunaan sendiri

d)

Tunai peribadi dimasukkan ke bank untuk kegunaan perniagaan

52.

Kedai Runcit Hock Seng telah membeli mesin daftar tunai secara kredit bagi tujuan perniagaan.


Butir manakah yang mungkin ditulis di ruangan folio Akaun Alatan Pejabat bagi urus niaga tersebut?

a)

LA2

b)

BT1

c)

LB1

d)

LJ1

53.

Antara Akaun berikut yang manakah bukan Akaun Nyata?

a)

Akaun Tunai

b)

Akaun Inventori

c)

Akaun Belum Terima

d)

Akaun Perabot

54.

Inventori merujuk kepada

a)

Barang niaga yang bukan untuk dijual

b)

Barang niaga yang baru hendak dibeli daripada pembekal

c)

Barang niaga yang sudah habis dijual

d)

Barang niaga yang tersimpan dalam stor dan masih belum terjual

55.

Apakah yang dimaksudkan dengan Akaun Belum Terima ?

a)

Peniaga yang masih berhutang kepada pelanggan

b)

Peniaga menjual barang secara hutang dan masih belum menerima wang daripada orang yang berhutang dengannya.

c)

Pembekal masih belum menerima wang daripada orang yang berhutang dengannya

d)

Peniaga membeli barang secara hutang dan masih belum menerima wang daripadanya

56.
a)

Kenderaan - Aset Bukan Semasa - Debit

b)

Kenderaan - Aset Bukan Semasa - Kredit

c)

Mesin - Aset Bukan Semasa - Debit

d)

Perabot - Aset Semasa - Debit

57.
a)

Tunai di tangan - Aset Semasa - Debit

b)

Tunai di tangan - Aset Bukan Semasa - Debit

c)

Tunai di tangan - Aset Semasa - Kredit

d)

Tunai di tangan - Aset Bukan Semasa - Debit

58.

Yang manakah bukan ciri-ciri Aset Bukan Semasa

a)

Tahan lama

b)

Sukar untuk dijual

c)

Tempoh lebih setahun

d)

Tidak boleh dipegang

59.

Komponen manakah yang benar?

a)

Aset, Belanja = Kredit

b)

Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemlik = Debit

c)

Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil = Kredit

d)

Belanja, Ekuiti Pemilik, Hasil = Kredit

60.

Komponen Jualan bersih terdiri dari

a)

Inventori awal

b)

Jualan, Pulangan masuk

c)

Inventori akhir

d)

Jualan, Pulangan keluar

61.

Komponen kos jualan terdiri dari ....

a)

Sewa, Jualan

b)

Inventori, Belian bersih

c)

Insurans, Inventori

d)

Pulangan masuk, Kadar bayaran

62.

Item berikut terdapat dalam komponen aset semasa.

a)

Premis

b)

Kenderaan

c)

Akaun belum terima

d)

Akaun belum bayar

63.

X ialah hasil daripada aktiviti utama perniagaan.

Apakah X ?

a)

Sewa diterima

b)

Komisen diterima

c)

Jualan barang niaga

d)

Untung atas pelupusan aset bukan semasa

64.

Butir berikut perlu dijelaskan dalam tempoh lebih dari satu tahun kewangan.

a)

Komisen belum terperoleh

b)

Overdraf bank

c)

Gadai janji

d)

Akaun belum bayar

65.

Ekuiti pemilik ialah ....

a)

modal kerja perniagaan

b)

perbelanjaan hasil

c)

hutang perniagaan kepada pemilik perniagaan

d)

hutang perniagaan kepada pihak ketiga

66.

Ekuiti pemilik akan berkurang sekiranya....

a)

pemilik membawa masuk aset dalam perniagaan

b)

pemilik mengambil aset dari perniagaan

c)

perniagaan mendapat untung bersih

d)

perniagaan memulangkan barang yang rosak

67.

Urus niaga berikut akan menambahkan aset dan juga liabiliti.

a)

Belian barang niaga secara tunai

b)

Membayar pinjaman bank

c)

Beli perabot daripada Perabot Gina

d)

Ambilan barang niaga untuk kegunaan peribadi

68.

Catatan kontra bagi akaun belum terima ialah .....

a)

peruntukan hutang ragu

b)

pulangan jualan

c)

ambilan

d)

susut nilai terkumpul

69.

Catatan kontra bagi Modal ialah ....

a)

ambilan

b)

peruntukan hutang ragu

c)

susut nilai terkumpul

d)

pulangan jualan

70.

Aset bukan semasa mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

a)

Dimiliki bukan bertujuan untuk dijual

b)

Sukar ditukar menjadi tunai

c)

Boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang

d)

Boleh digunakan untuk jangka masa pendek

71.

Antara yang berikut, yang manakah rumus persamaan perakaunan yang betul ?

a)

Aset = Liabiliti - Ekuiti Pemilik

b)

Aset = Liabiliti + Modal + Untung Bersih

c)

Aset = Liabiliti - Modal - Hasil + Belanja

d)

Aset = Aset Bukan Semasa - Aset Semasa

72.

Perniagaan Man Top menerima nota kredit daripada pembekal Syarikat Mahawangsa.

Apakah buku catatan pertama yang digunakan oleh Perniagaan Man Top?

a)

Jurnal belian

b)

Jurnal Jualan

c)

Jurnal Pulangan Belian

d)

Jurnal Pulangan Jualan

73.

Pada 15 Mei 2019, pemilik Hadi Catering telah membeli peralatan memasak secara kredit.

Apakah buku catatan pertama yang digunakan oleh Hadi Catering untuk merekodkan urus niaga tersebut?

a)

Jurnal Am

b)

Jurnal Belian

c)

Jurnal Jualan

d)

Jurnal Pulangan Belian

74.

Urus niaga yang berikut dijalankan oleh Kedai Alat Tulis Zainab.

Manakah yang akan dicatatkan dalam Jurnal Belian Kedai Alat Tulis Zainab?

a)

Membeli tiga buah rak buku daripada Perniagaan Teik Ho

b)

Membeli perabot secara kredit daripada Syarikat Hakim

c)

Membeli dua puluh dozen pensil daripada Perniagaan Cergas Jaya

d)

Membeli fail kertas secara tunai daripada Kedai Umaiza

75.

Apakah kegunaan lajur folio dalam Buku Catatan Pertama?

a)

Mencatat nama akaun di lejar

b)

Mencatat nombor rujukan akaun di lejar

c)

Mencatat nombor invois dokumen perniagaan

d)

Mencatat tarikh urus niaga yang berlaku

76.

Pernyataan manakah yang benar mengenai Buku Catatan Pertama?


I Merupakan buku akaun utama

II Terdiri daripada Jurnal Am dan Jurnal Khas

III Merekod urus niaga mengikut urutan tarikh

IV Sumber maklumat adalah dokumen perniagaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

77.

Urus niaga manakah yang akan direkodkan dalam Jurnal Am?


I Membeli perabot secara tunai

II Menjual kenderaan terpakai secara kredit

III Catatan penutupan

IV Ambilan tunai oleh pemilik

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

78.

Jurnal yang manakah adalah Jurnal Khas?


I Jurnal Am

II Jurnal Jualan

III Jurnal Penerimaan Tunai

IV Buku Tunai

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

79.

Dokumen manakah yang merupakan sumber maklumat Jurnal Belian?


I Invois asal

II Invois salinan

III Nota debit salinan

IV Nota debit asal

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

80.

Perniagaan Yob Zainan telah menerima bil tunai atas belian barang bernilai RM900.


Apakah Buku Catatan Pertama yang digunakan bagi merekodkan urus niaga tersebut?

a)

Jurnal Belian

b)

Jurnal Jualan

c)

Jurnal Penerimaan Tunai

d)

Jurnal Pembayaran Tunai

81.

Encik Kassim menghantar nota debit berjumlah RM240 kepada Puan Murni kerana terkurang caj.


Apakah Buku Catatan Pertama yang digunakan oleh Encik Kassim untuk merekod urus niaga tersebut?

a)

Jurnal Belian

b)

Jurnal Jualan

c)

Jurnal Pulangan Belian

d)

jurnal Pulangan Jualan

82.

Urus niaga manakah yang direkodkan dalam Jurnal Penerimaan Tunai?


I Jelaskan hutang kepada pembekal

II Pelanggan menjelaskan bayaran hutang

III Tunai peribadi dibawa masuk untuk kegunaan perniagaan

IV Ambilan tunai untuk kegunaan perniagaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

83.

Maklumat apakah yang dicatat di lajur butir dalam Jurnal Jualan?

a)

Nama pemilik

b)

Nama pembeli

c)

Nama pembekal

d)

Nama barang niaga

84.

Urus niaga manakah yang direkodkan dalam Buku Tunai?


I Membayar gaji dengan cek

II Membeli kelengkapan secara tunai

III Membeli kenderaan secara kredit

IV Ambilan barang untuk kegunaan sendiri

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

85.

Urus niaga manakah yang merupakan catatan kontra dalam Buku Tunai?

a)

Mengeluarkan tunai untuk membayar bil elektrik

b)

Mengeluarkan tunai untuk kegunaan sendiri

c)

Memindahkan tunai peribadi ke dalam perniagaan

d)

Memindahkan tunai perniagaan ke dalam bank

86.

Apakah kegunaan Buku Tunai Runcit?

a)

Merekod belanja kecil

b)

Mengawal sebahagian penerimaan dan pembayaran tunai

c)

Mengawal wang keluar dan wang masuk

d)

Memastikan perniagaan mempunyai wang yang cukup

87.

Butiran manakah yang dicatatkan dalam lajur belanja pos Buku Tunai Runcit?

a)

Belian minuman pejabat

b)

Upah mencuci

c)

Belian pewangi pejabat

d)

Belian setem

88.

Kedai Buku Aliyah menjual komputer terpakai secara kredit kepada Puan Naimah.

Buku Catatan Pertama manakah yang perlu digunakan untuk merekod urus niaga tersebut?

a)

Jurnal Am

b)

Jurnal Jualan

c)

Jurnal Belian

d)

Jurnal Pulangan Jualan

89.

Sistem Panjar biasanya digunakan dalam penyediaan

a)

Buku Tunai

b)

Jurnal Pembayaran Tunai

c)

Penyata Bank

d)

Buku Tunai Runcit

90.

Pernyataan manakah benar tentang Nota Debit?

a)

Merekod pulangan barang kepada pembekal

b)

Nama pembekal ditulis di atas manakala nama pembeli ditulis di bawah

c)

Digunakan untuk memberitahu bahawa invois sebelumnya terlebih caj

d)

Merekod pulangan barang kepada pembeli