wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU TINGKATAN 3 (TATABAHASA)

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Arahan menangguhkan aktiviti luar kelas ketika jerebu ................. daripada Pengarah Pelajaran Malaysia.

a)

ialah

b)

harus

c)

adalah

d)

belum

2.

Semua khabar angin yang tersebar kebelakangan ini ............. palsu.

a)

ialah

b)

akan

c)

adalah

d)

masih

3.

Baru pagi tadi abang Faris ................ jambang dan misainya.

a)

mencantas

b)

menebang

c)

mencukur

d)

menghakis

4.

Amalan ................. orang yang sedang sakit di hospital merupakan suatu amalan yang mulia.

a)

menoleh

b)

menonton

c)

memandang

d)

menziarah

5.

Kawasan tanah ............... yang terdapat di negeri ini akan dimajukan oleh pihak pemaju tidak lama lagi.

a)

terabai

b)

terbiar

c)

terbaik

d)

tercemar

6.

Walaupun Hijaz berasa penat bekerja berulang-alik dari Seremban ke Kuala Lumpur, namun gaji yang diterimanya adalah ........................

a)

berbaloi

b)

berpadan

c)

berkaitan

d)

bertepatan

7.

Pihak berkuasa tempatan akan menjalankan ....................... terhadap kedai-kedai makan di kawasan itu dari semasa ke semasa.

a)

penelitian

b)

pemantauan

c)

penyiasatan

d)

penyelidikan

8.

Nilofa sangat rindu ................ anak bongsunya yang sedang melanjutkan pelajaran di Australia.

a)

akan

b)

untuk

c)

kepada

d)

dengan

9.

Kita boleh berbincang dan bertanya kepada guru-guru tentang .......................yang kita tidak faham agar kita tidak ketinggalan dalam pelajaran.

a)

apa-apa

b)

bila-bila

c)

mana-mana

d)

siapa-siapa

10.

Para penumpang ................masuk ke dalam tren itu setelah menunggu selama satu jam.

a)

berapat-rapat

b)

bersaing-saing

c)

bersesak-sesak

d)

berbondong-bondong

11.

Budak perempuan yang hampir lemas itu ..................... meminta pertolongan daripada orang yang berada berhampiran dengannya.

a)

terkial-kial

b)

tersipu-sipu

c)

teragak-agak

d)

terkapai-kapai

12.

Yang di-Pertuan Agong telah memberikan .................... kepada Perdana Menteri untuk membentuk kabinet yang baharu.

a)

perintah

b)

mandat

c)

arahan

d)

tugasan

13.

Pelajar dari Universiti Putra Malaysia itu sedang ...................... seorang tokoh politik yang terkenal.

a)

menemu bual

b)

menemu duga

c)

menyoal siasat

d)

memeriksa balas

14.

Peruncit itu dikenakan kompaun oleh pihak berkuasa kerana menjual barang-barang kawalan tanpa mengikut ..................

a)

harga gelap

b)

harga mati

c)

harga runtuh

d)

harga siling

15.

"Daging kambing ini sedap di makan jika direbus sehingga ..............", kata nenek kepada kakak.

a)

segar

b)

padat

c)

lembik

d)

empuk