WorksheetsKUIZ KATA TERBITAN
Total questions: 35
Worksheet time: 18mins
1. Raja Malim Deman berhajat untuk______puteranya dengan seorang puteri yang cantik.
A. beristerikan
B. beristeri
C. memperisterikan
D. memperisteri
2. Setelah menghabiskan zaman dudanya selama lima tahun, Daniel akhirnya mengambil keputusan untuk__________seorang ibu tunggal di kampungnya.
A. beristeri
B. memperisterikan
C. beristerikan
D. diperisterikan
3. Walaupun umurnya semakin lanjut, Encik Firdaus masih belum__________kerana masih teringat akan kekasih lamanya yang meninggal dunia dalam kemalangan ngeri itu.
A. diperisterikan
B. diperisteri
C. beristerikan
D. beristeri
4. Kamal berasa amat bertuah kerana_________seorang wanita yang cantik dan mempunyai pekerti yang baik.
A. beristeri
B. memperisterikan
C. beristerikan
D. diperisterikan
5. Hajatnya untuk __________________ seorang gadis dari Sarawak tidak tercapai kerana mendapat tentangan daripada orang tuanya.
memperisterikan
B. memperisteri
C. diperisterikan
D. diperisteri
6. Encik Ali telah mengedarkan kad_________perkahwinan anaknya kepada jiran tetangga.
jemputan
undangan
7. Pak Atam bercucuk tanam pelbagai sayur di tanah__________yang dipajaknya daripada Encik Chong.
penanaman
pertanian
8. ______terbuka di kawasan hutan itu berpunca daripada sikap segelintir masyarakat sekeliling.
(kebakaran/pembakaran)
Pembakaran
Kebakaran
9. Cikgu Juliana meminta para murid supaya memberikan________menarik ketika mengakhiri penutupan karangan.
ulasan
ungkapan
10. Pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas terhadap _____undang-undang oleh mana-mana pihak.
(perlanggaran/pelanggaran)
pelanggaran
perlanggaran
11. Syuhada akan _______ dengan seorang guru dari Istanbul.
A. bersuamikan
B. bersuami
C. dipersuamikan
D. dipersuami
12. Keinginannya untuk ____ anaknya dengan lelaki Inggeris itu terpaksa dilupakan setelah mengetahui lelaki itu sudah _______.
A. bersuamikan...diperisteri
C. mempersuami...diperisterikan
C. dipersuamikan...beristeri
D. mempersuamikan...beristeri
13. Hamidah_____ anak gadisnya dengan seorang lelaki dari kampung itu.
A. memperisterikan
B. mempersuamikan
C. memperisteri
D. Menpersuami
14. Hajat Amira untuk _____ anak lelaki orang berada itu tidak kesampaian apabila jutawan itu ______ anaknya dengan seorang gadis jutawan.
A. mempersuamikan...memperisterikan
B. memperisterikan...mempersuamikan
C. bersuamikan... memperisterikan
D. beristerikan...memperisteri
15. Peninju negara telah berjaya memperoleh pingat emas dalam Sukan Komanwel yang lalu.
betul
salah
16. Semua penonton terhibur oleh persembahan itu.
BETUL
SALAH
17. Pasar raya itu akan mengadakan jualan penghabis stok pada hujung bulan ini.
BETUL
SALAH
18. Abang telah dilantik menjadi pengetua pasukan bola sepak sekolah.
BETUL
SALAH
19. Golongan cerdik pandai atau sasterawan perlu memberikan pendapat yang bernas kepada kerajaan bagi mengatasi masalah penagihan dadah dalam kalangan remaja.
BETUL
SALAH
20. Dermawan yang terkenal itu telah menyumbangkan sebanyak RM 200.00 kepadanya untuk membiayai rawatan anaknya di luar negara.
BETUL
SALAH
21. Kematian remaja itu dikenal pasti berpunca daripada terkena ________________ elektrik yang berkuasa tinggi.
A. rantaian
B. rampaian
C. renjatan
D. rembatan
22. Pasukan polis sedang membuat ________________ jalan raya.
A. rondaan
B. siasatan
C. sekatan
D. serbuan
23. _______________ sakit paru-paru itu memerlukan wang sejumlah RM 80 000 untuk mendapatkan rawatan di luar negara.
A. pendua
B. Pencinta
C. Pendendam
D. Pengidap
24. Orang yang jujur dan ________________ tinggi akan disanjung oleh masyarakat.
A. berhemat
B. berhormat
C. berhemah
D. berbudi
25. Abang belajar dengan bersungguh-sungguh untuk ________________ ilmu pengetahuannya.
A. memperbesar
B. memperbanyak
C. memperlebar
D. mempertinggi
26. Apakah maksud kata terbitan?
A. Bentuk kata yang terbit dari mata turun ke hati.
B. Bentuk kata yang mengalami proses penggandaan
C. Bentuk kata yang terdiri daripada kata dasar yang mengalami proses pengimbuhan
Bentuk kata yang mesti terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
27. Proses pengimbuhan merangkumi kata terbitan kecuali
A. awalan
B. apitan
C. akhiran
D. gandaan
28. Pilih contoh kata kerja yang berimbuhan awalan .
A. menyikat, berjalan
B. pembawa, pekerja
C. terbesar, secantik
D. tatabahasa, prasejarah
29. Pilih contoh perkataan kata terbitan akhiran kata nama.
A. besarkan, tidurkan
B. pemakaian, perjalanan
C. sasterawan, nasionalisme
D. berlari, pelarian
30. Pilih contoh perkataan kata terbitan bersisipan yang salah.
A. jelajah, selerak
B. telunjuk, seruling
C. sinambung, sambung
D. gemilang, gelembung
31. Berikan contoh sisipan yang betul kecuali
A. -el- = telunjuk
B. -in- = linangan
C. -em- = gemilang
D. - er = seruling
32.Segelintir rakyat Malaysia masih tidak _____ dan memahami kemampuan dan kewibawaan bahasa Melayu.
A. menghargakan
B. hargai
C. menghargai
D. dihargai
33. Pilih contoh ayat yang menggunakan kata imbuhan dengan betul.
A. Khairul menghadiahkan ibunya sebentuk cincin.
B. Alia rajin mensapu sampah di lantai.
C. Harith sedang mempasang lampu di rumahnya.
D.Erin rajin membaca buku di perpustakaan.
34. Pilih contoh ayat yang menggunakan kata imbuhan dengan betul.
A.Cikgu Shahir tidak pernah mengenepikan anak muridnya.
B. Program itu banyak mengenengahkan bakat para pelajar.
C. Para pelajar diminta mengemaskan kelas pada waktu pagi.
D. Pihak berkuasa telah menghadkan tahap kelajuan kenderaan di lebuh raya.
35. Pilih contoh ayat yang menggunakan kata imbuhan dengan betul.
A. Bola itu di sepak dengan sangat kencang.
B. Para pelajar amat rindukan guru mereka.
C. Penduduk kampung diminta kehadiran diri ke mesyuarat.
D. Pihak sekolah telah melaksanakan Hari Sukan Sekolah pada minggu lepas.
