Font size
WorksheetsPSV Tingkatan 3
Total questions: 75
Worksheet time: 38mins
Dalam seni reka industri, prototaip bermaksud...
Model baharu
Satu siri awal pengeluaran produk yang dihasilkan
Hasil akhir yang diperoleh untuk diperbanyakkan
Bentuk benda sebenar yang dihasilkan untuk melihat kesesuaian sebelum reka bentuk sebenar.
Seni arca merupakan hasil produk seni dalam bentuk (a) .
Perkataan arca dalam bahasa Latin disebut (a) yang bermakna satu proses mengukir, memotong atau menggores.
Sejarah perkembangan seni arca tempatan mendapat tempat secara menyeluruh di Malaysia pada tahun (a) .
• Dilahirkan pada tahun 1964 di Johor.
• Pensyarah Kanan di Jabatan Seni Halus, UiTM Melaka.
• Pengarca yang mempunyai gaya semi abstrak, dengan karya bercirikan tempatan.
Siapakah pengarca yang dimaksudkan di atas?
Ramlan Abdullah
Mad Anuar Ismail
Rosli Zakaria
Raja Shahriman Raja Aziddin
Tajuk: Gejolak Api (tahun 2008)
Media: besi tempa dan cat
Saiz: 170 x 80 x 233 cm
Pengarca yang telah menghasilkan arca di atas ialah
Rosli Zakaria
Raja Shahriman Raja Aziddin
Ramlan Abdullah
Anthony Lau
Dua jenis arca adalah __________ dan __________.
Arca berfungsi
Arca luakan
Arca mobail
Arca estetik
"Menggunakan satu jenis bahan utama sahaja untuk dibina, ditambah atau dicantumkan sehingga menghasilkan satu struktur yang lebih besar. Dua teknik yang biasa digunakan ialah berkerangka dan tidak berkerangka."
Ini adalah kaedah asas membentuk arca __________.
manipulasi
binaan
luakan
acuan
"Bahan yang sesuai digunakan ialah bahan cecair yang mudah membeku seperti lilin, Plaster of Paris , simen dan sebagainya. Arca ini boleh dihasilkan dalam kuantiti yang banyak dalam tempoh masa yang singkat."
Ini adalah kaedah asas membentuk arca __________.
manipulasi
binaan
luakan
acuan
Arca daripada cantuman pelbagai bahan terbuang yang berbeza.
Arca asemblaj
Arca mobail
Arca luakan
Arca timbulan
Satu peragaan arca yang menggunakan persembahan berdasarkan tempat dan masa yang sebenar.
Arca dinding
Arca asemblaj
Arca Instalasi
Arca luakan
Arca (a) merupakan arca yang diperagakan dengan tujuan penghayatan nilai keindahannya sahaja.
Apakah ciri utama dalam seni arca?
Digunakan sebagai hiasan
Seni yang berbentuk tiga dimensi
Digunakan untuk upacara keagamaan
Boleh dihasilkan dengan pelbagai media
Kain samping yang dipakai oleh lelaki kaum Melayu biasanya menggunakan kain ____________
kapas dan pelikat
pelikat dan songket
batik dan tenun
tenun dan songket
Hiasan kepala yang dipakai oleh wanita India di atas dinamakan ___________ dan bermotifkan ______________
matha patti, floral
dhoti, flora
dhoti, fauna
matha patti, fauna
__________________ meliputi lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima belas meter mengikut saiz pemakai.
sari
dhoti
jubah
kebaya labuh
wanita Iban memakai hiasan di dada yang diperbuat daripada manik dan bebola kain bertujuan untuk menutup bahagian atas baju kesil atau kemban.
Apakah jenis perhiasan tersebut ?
marek empang
bidang kain
bedong
kalambi
apakah teknik yang digunakan dalam lukisan tersebut ?
teknik lorekan
teknik titik
teknik gosokan
teknik silang pangkah
yang manakah contoh media kering ?
pensel
cat air
cat minyak
cat poster
Apakah penutup kepala yang sesuai bagi pelengkap pakaian tradisional lelaki Melayu ?
Topi atau songkok
Songkok atau Semutar
Tengkolok atau kopiah
Tengkolok atau songkok
Gambar di atas menunjukkan perhiasan diri bagi bagi wanita melayu . Di manakah perhiasan tersebut di pakai ?
Bahagian dahi
Bahagian bahu
Cuping telinga
Bahagian pinggang
Apakah nama era seni lukis moden pada tahun 90-an?
Era Pluralis
Era Perintis
Era Naturalis
Era Imperialis
Pelukis tempatan pada masa tersebut selain masih mengekalkan gaya seni moden Barat, turut menjadikan kesenian tradisi Islam sebagai sumber inspirasi dalam berkarya.
Maklumat di atas menerangkan tentang perkembangan seni tempatan. Bilakah era perkembangan seperti tertera di atas?
Era 90-an
Era 80-an
Era 70-an
Era 60-an
Tajuk : Ikan Kekek
Tahun : 1993
Media : Arang
Siapakah pelukis karya gambar di atas?
Tay Hooi Keat
Jalaini Abu Hassan
Syed Ahmad Jamal
Sharifah Fatimah Syed Zubir
Tajuk : Lidi
Tahun : 1962
Media : Pastel
Siapakah yang menghasilkan karya di atas?
Raja Azhar Idris
Dzulkifli Buyong
Jalaini Abu Hassan
Hasnul Jamal Saidon
Proclaim Series
Tahun : 1991
Media : Cetakan digital, dakwat, pensel dan
kolaj fotografi atas kertas dan kanvas
Siapakah pelukis karya tersebut?
Dzulkifli Buyong
Syed Ahmad Jamal
Hasnul Jamal Saidon
Tay Hooi Keat
Antara berikut yang manakah kategori hasil karya melalui aplikasi teknik hibrid?
Seni Lukisan Barat
Seni Lukisan Moden
Seni Lukisan Baharu
Seni Lukisan Kontemporari
• Pengaruh gaya Barat dengan aliran ekspresionisme dan abstrak ekspresionisme dalam kalangan pelukis yang melanjutkan pengajian ke luar negara yang menerapkan stail tersebut dalam karya mereka.
Pernyataan di atas merujuk kepada perkembangan seni lukisan tempatan era?
1960-an
1970-an
1980-an
1990-an
Gambar rajah di bawah menunjukkan Pakaian Tradisional Melayu (lelaki) .
Apakah nama pakaian yang bertanda X ?
Baju Melayu Kedah
Baju Melayu Teluk Belanga
Baju Melayu Cekak Musang
Baju Sikap leher cekak musang
Gambar di bawah menunjukkan satu perhiasan diri .
Etnik manakah yang menggunakan perhiasan tersebut ?
Iban
Bajau
Murut
Kadazan
Apakah gaya yang mempengaruhi perkembangan seni lukis tempatan pada era 1990 an ?
Pengaruh Barat dengan gaya eksperionisme
Era pruralis dengan kepelbagaian stail dan gaya
Kebangkitan seni lukisan berkonsepkan Islam
Gabungan seni moden barat dan seni Islam
Siapakah tokoh pelukis tempatan yang menghasilkan karya di bawah ?
Dzulkifli Buyong
Jailani Abu Hassan
Hasnol Jamal Saidon
Mohd Hoessein Enas
Manakah antara berikut dikenali sebagai lukisan kontemporari .
I Teknik hibrid
II Teknik lukisan digital
III Teknik garisan kontur
IV Teknik media kering
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Gambar di bawah menunjukkan sebuah karya Seni Catan .
Apakah teknik yang digunakan dalam catan tersebut ?
Glazing
Impasto
Hard-Edge
Pointillisme
Maklumat di bawah tentang satu teknik dalam catan cat minyak.
Menggunakan warna terus dari tiub
Sapuan warna menggunakan pisau palet
Apakah nama teknik tersebut ?
Glazing
Impasto
Hard Edges
Alla Prima
Manakah kaedah membentuk arca yang menggunakan alatan di bawah ?
Acuan
Luakan
Binaan
Manipulasi
Apakah prinsip yang paling jelas dalam reka bentuk landskap di bawah ?
Turutan
Keanekaan
Keseimbangan
Penumpuan
Apakah kelebihan jika mempelajari tentang pakaian tradisional kaum-kaum lain ?
memahami Identiti budaya kaum lain
Status individu mengikut kaum dan etnik
Sikap dan watak dipengaruhi pemakai
Personaliti pemakai mengikut jenis pakaian
Gambar di atas menunjukkan sebuah ruang dalaman . Apakah prinsip rekaan yang diberi keutamaan ?
Kontra
Imbangan
Penegasan
Pergerakan
Gambar di atas menunjukkan satu bentuk arca . Bagaimanakah cara menghasilkan arca tersebut ?
Membentuk dalam acuan
Mencantumkan bahan-bahan
Bentuk dengan tangan dan keringkan
Membuang bahagian yang berlebihan
Apakah nama teknik berdasarkan gambar di atas?
Teknik Impasto
Teknik Percikan
Teknik Hard-Edge
Teknik Scumbling
Siapakah pelukis karya bertajuk Antara Dua Hidangan?
Din Omar
Idris Salam
Khalil Ibrahim
Rohaizad Shaari
Antara berikut yang manakah merupakan karya Sulaiman Esa?
Seusia
Ke Arah Tauhid
Antara Dua Hidangan
Pantai Timor - East Coast I
Karya seni ini mengutamakan bentuk geometri yang bersatah.
Pernyataan di atas merujuk kepada seni aliran ...
Kubisme
Impresionisme
Ekspresionisme
Ekspresionisme Abstrak
Apakah jenis teknik dalam penghasilan cat minyak?
I Glazing
II Impasto
III Tempera
IV Hibrid
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah bahantara bagi cat minyak?
Air
Minyak
Turpentin
Air Kapur
Untuk mencairkan cat air, apakah bahan yang sesuai digunakan?
Minyak
Air
Kanji
Turpentin
-Basah atas basah,
-Basah atas kering,
-Kering atas kering,
-Kering atas basah
Teknik -teknik di atas adalah untuk proses catan cat?
Minyak
Tempera
Gouche
Air
Diaplikasikan melalui teknik titik secara berulangulang
dengan menggunakan hujung berus dalam kedudukan menegak.
Apakah teknik yang dinyatakan?
Pointilisme
Scumbling
Impasto
Glazing
Menggunakan cat minyak dengan sapuan berus secara bersahaja untuk mewujudkan kesan warna yang licin dan berkilau.
Apakah teknik di atas?
Scumbling
Alla Prima
Glazing
Hard Edges
Menggunakan warna secara terus dari tiub dengan sapuan pisau palet bagi mewujudkan kesan warna tebal , berjalinan dan legap.
Teknik di atas adalah?
Alla Prima
Scumbling
Impasto
Hard Edges
Menggunakan warna cat minyak yang diambil terus dari tiub dan disapukan secara spontan.
Apakah teknik di atas?
Scumbling
Alla-Prima
Impasto
Glazing
Menggunakan berus dimulai dengan warna gelap yang ditindan dengan warna cerah secara terkawal untuk menimbulkan kesan lut sinar.
Apakah teknik catan di atas?
Alla- Prima
Impasto
Scumbling
Glazing
Aliran seni yang menggambarkan sesuatu dalam keadaannya yang sebenar dan semula jadi.
Apakah aliran seni di atas?
Naturalisme
Ekpresionisme
Realisme
Impressionisme
Stail lukisan cat di Perancis pada tahun 1870-an yang mengutamakan kesan suasana atmosfera.
Apakah aliran seni di atas?
Ekspresionisme
Impresionisme
Surealisme
Kubisme
_________________ merupakan pereka landskap yang dikenali
dan berpengalaman luas di Malaysia. Beliau pernah
terlibat dalam Pergerakan Pertubuhan Pendidikan,
Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa
Bersatu (UNESCO) dalam usaha membaik
pulih landskap lama kepada keadaan asal
di sekitar Eropah.
Azry Fazamy
Hazamy Azry
khairul Azry
Azmy
Berikut adalah peranan pereka bentuk landskap kecuali :
Merancang menghias ruang landskap dengan
menitikberatkan aspek dan fungsi berdasarkan
elemen dan prinsip-prinsip rekaan dalam reka
bentuk landskap.
Mendapatkan maklumat yang diingini oleh
pelanggan mengikut peruntukan projek dan
fungsi ruang tersebut hendak digunakan.
Memastikan setiap reka bentuk yang dihasilkan
memenuhi standard dan mendapat kelulusan
daripada pihak berwajib.
Memastikan ruang tersebut dapat berfungsi
seperti yang dikehendaki dan bersesuaian
dengan keperluan manusia.
Memastikan harga yang ditawarkan oleh pengguna adalah tinggi
Ciri-ciri seorang pereka bentuk landskap seperti berikut kecuali :
Kefahaman dalam ilmu seni, fizik,
sejarah, matematik dan sains.
Kemahiran menyelesaikan masalah.
Mementingkan pandangan sendiri berbanding orang lain.
Kreatif dan inovatif.
Menjelaskan idea dengan tepat.
Manakah antara berikut bukan langkah proses reka bentuk:
Menjalankan inventori dan analisis tapak.
Menentukan keperluan.
Membuat gambar rajah fungsi.
Membangunkan reka bentuk konseptual.
Melakar pelan
Apakah Konsep Reka Bentuk Landskap dalam gambar rajah yang ditunjukkan?
Konsep Reka Bentuk Islam
Konsep Reka Bentuk Bali
Konsep Reka Bentuk Jepun
Konsep Reka Bentuk Melayu
Konsep Reka Bentuk Landskap Islam
Berasal dari _________dan tersebar ke negara lain seperti Persia, Sepanyol dan India.
Arab
Pakistan
Iran
Thailand
Konsep yang manakah menggunakan pokok dan bunga bagi ciri-ciri dalam konsep taman landskap?
Bali dan Melayu
Jepun, Bali dan Melayu
Inggeris, Bali dan Melayu
Inggeris, Jepun dan Melayu
3. Gambar tersebut merujuk kepada konsep?
Bali
Jepun
Melayu
Inggeris
-Banyak menitikberatkan hubungan antara manusia dengan persekitarannya.
-Mempunyai halaman yang luas untuk disesuaikan dengan pelbagai aktiviti masyarakat dan kekeluargaan.
Kenyataan tersebut adalah merujuk kepada konsep ?
Bali
Jepun
Melayu
Inggeris
Reka bentuk landskap bermaksud ____________
Aktiviti mereka bentuk produk.
Perancangan bagi menghias ruang landskap.
Peranan seorang pereka bentuk membina idea.
Seni dalam menghias dan menyusun bahagian dalaman sesuatu ruang dan mereka bentuk bahagian untuk menjadikan keadaan lebih selesa.
Nyatakan tiga seni yang mengetengahkan seni reka bentu hiasan dalaman kepada umum
Baroque, Art Deco, Art Nouveau
Abstract, Deco Madame, Boraque
Art Deco, French Tussaud, Baroque
Art Nouveau, Deco Madame, Baroque
Aspek yang penting dalam seni reka hiasan dalaman ialah?
pencahayaan, warna dan peredaran udara
saiz rumah, warna dan saiz tanah
keluasan tanah, pencahayaan dan warna
kewangan, saiz rumah dan warna
Apakah yang dimaksudkan dengan hiasan dalaman?
Merupakan seni dalam menghias dan menyusun bahagian pandangan yang boleh dilihat secara buatan manusia atau secara semula jadi.
Merupakan seni dalam menghias dan menyusun bahagian dalaman sesuatu ruang dan mereka bentuk ruang untuk lebih selesa.
Satu penghasilan idea kreatif dalam menghasilkan barangan yang bertujuan membantu manusia dalam aktiviti harian.
Merupakan kemahiran hasil kerja tangan warisan.
Berikut merupakan peranan pereka bentuk hiasan dalaman kecuali __________
Menentukan objektif reka bentuk melalui funding an bersama.
Merancang menghias reka bentuk ruang hiasan dalaman dengan menitikberatkan aspek dan fungsi berdasarkan elemen dan prinsip rekaan.
Memastikan reka bentuk selaras dengan struktur, mekanik dan elektrik.
Memastikan ruang reka bentuk berfungsi seperti yang dikehendaki dan bersesuaian dengan kehendak pelanggan.
Nyatakan ciri-ciri seorang pereka bentuk hiasan dalaman.
Kemahiran komunikasi dan pendengar yang baik.
Penggunaan barangan serta aksesori traditional.
Dapat menarik minat pelanggan.
Mampu menggabung kan elemen semula jadi dan elemen benda buat an manusia.
Namakan jenis ruang yang menempatkan ruang rehat keluarga dan rakan
ruang makan
ruang tamu
bilik tidur
beranda
Namakan perabot yang sering diletakkan di ruang makan
sofa
almari
peti ais
meja makan
Antara elemen berikut, yang manakah perlu diberi perhatian dalam sesuatu reka bentuk hiasan dalaman?
tema hiasan
fungsi ruang
saiz barangan
jenama barangan
Apakah warna yang sesuai digunakan di bilik tidur remaja lelaki?
Hitam
Biru air
Hijau pekat
Merah muda
Sesebuah ruang yang kemas dan selesa, akan mendorong seseorang untuk menjadi lebih _______________
tertekan
malas
positif
negatif
