wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

RBT Tahun 5 Aplikasi Reka bentuk teknologi kejuruteraan

Total questions: 40

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud Tenaga Boleh Baharu?

a)

tenaga buatan manusia

b)

tenaga yang boleh dijanakan daripada sumber semula jadi secara berterusan.

c)

tenaga yang sangat kuat

d)

tenaga yang baru digunakan.

2.

Matahari merupakan salah satu sumber tenaga. Tenaga yang diperoleh daripada matahari dikenali sebagai.....

a)

geoterma

b)

tenaga solar

c)

biojisim

d)

tenaga api

3.

Biojisim merupakan ....................

a)

bahan reputan benda hidup seperti tumbuhan dan najis haiwan untuk menghasilkan bahan api.

b)

bahan reputan benda hidup seperti tumbuhan dan najis haiwan untuk menghasilkan tenaga solar.

c)

bahan reputan perabot rumah untuk menghasilkan bahan api.

d)

bahan reputan benda yang tidak bernyawa untuk menghasilkan tenaga solar

4.

Antara sumber tenaga boleh baharu adalah Matahari, ________ , ________, __________, Angin dan Ombak. (pilih 3)

a)

geoterma

b)

biojisim

c)

api

d)

air

5.

Gambar menunjukkan cara menjana tenaga elektrik menggunakan sumber angin. Apakah nama objek di dalam gambar.

a)

kincir angin

b)

empangan air

c)

kipas udara

d)

kipas angin gergasi

6.

Contoh Tenaga Tidak Boleh Baharu adalah petroleum, gas asli dan ____________.

a)

angin

b)

geoterma

c)

biojisim

d)

arang batu

7.

Antara kepentingan Tenaga Boleh Baharu adalah ___________

a)

meningkatkan kesan rumah hijau

b)

menjanakan peluang pekerjaan.

c)

mengotorkan udara

d)

mengurangkan peluang pekerjaan

8.

Tenaga haba yang akan dihasilkan adalah berbentuk wap atau stim yang akan menggerakkan turbin bagi menjanakan tenaga elektrik. Apakah sumber tenaga boleh baharu ini ?

a)

MATAHARI

b)

ANGIN

c)

GEOTERMA

d)

BIOJISIM

9.

Apakah sumber yang digunakan berdasarkan gambar ini ?

a)

Sumber Angin

b)

Sumber Ombak

c)

Sumber Matahari

d)

Sumber Air

10.

Gambar menunjukkan sebuah kincir angin. Antara berikut, yang manakah BENAR mengenai sumber tenaga bagi kincir angin di atas?

a)

Ia mencemarkan alam sekitar

b)

Boleh didapati secara berterusan

c)

Perlu digunakan secara terkawal

d)

Tidak dapat digantikan apabila telah habis

11.

Terdapat beberapa tenaga boleh baharu. Antaranya ialah __________________

a)

Matahari, Geoterma, Air, Angin, Bio, dan ombak.

b)

Matahari, Geo, Air, Angin, Bio, dan ombak.

c)

Matahari, Geoterma, Air, Angin, Biojisim, dan ombak.

d)

Matahari, Geoterma, Air, Angin, Biojisim, Bulan dan ombak.

12.

Matahari.

Diperoleh daripada matahari.

Boleh ditukarkan kepada tenaga elektrik dan tenaga haba.

Ianya juga dikenali sebagai _________________

a)

tenaga maya

b)

tenaga solar

c)

tenaga haba

d)

tenaga panas

13.

Geoterma.

Diperoleh daripada perut bumi yang menghasilkan haba.

Tenaga haba tersebut digunakan untuk menghasilkan __________________

a)

wap atau stim yang menggerakkan turbin bagi menjanakan tenaga elektrik.

b)

asap panas yang menggerakkan turbin bagi menjanakan tenaga panas.

c)

tenaga solar yang menggerakkan turbin bagi menjanakan tenaga suria.

d)

wap atau stim yang menggerakkan air bagi menjanakan tenaga elektrik.

14.

Air.

Diperoleh daripada empangan air yang dibina untuk menjanakan tenaga elektrik melalui stesen jana kuasa hidroelektrik.

AIr dapat menjanakan ________________________

a)

tenaga angin.

b)

tenaga suria.

c)

tenaga hidro.

d)

tenaga air.

15.

Angin.

Diperoleh daripada tiupan angin yang kuat yang memutarkan kincir angin bagi menjanakan ________________________.

a)

tenaga elektrik

b)

tenaga haba

c)

tenaga manusia.

d)

tenaga air.

16.

Biojisim.

Kaedah tertentu digunakan untuk menjanakan tenaga daripada biojisim.

Diperoleh daripada _______________ .

a)

tenaga haba.

b)

reputan benda hidup.

c)

bahan kitar semula.

d)

tenaga solar.

17.

Ombak.

Diperoleh daripada ombak laut yang kuat yang menggerakkan ________________ yang diletakkan pada stesen jana kuasa.

a)

ombak

b)

turbin

c)

angin

d)

air

18.

Apakah kepentingan tenaga boleh baharu?

Kepentingannya adalah __________________.

a)

mengurangkan penggunaan air.

b)

mengurangkan kesan rumah hijau.

c)

menjanakan peluang pencarian tenaga baru.

d)

memberikan kehidupan yang mewah.

19.

Antara berikut tenaga manakah yang boleh digunakan untuk menggerakkan turbin bagi menjanakan tenaga elektrik?

a)

tenaga solar

b)

geoterma

c)

matahari

d)

biojisim

20.

Antara berikut tenaga manakah yang boleh ditukarkan kepada elektrik dan tenaga haba?

a)

tenaga solar

b)

geoterma

c)

matahari

d)

biojisim

21.

Penggunaan Tenaga Boleh Baharu dapat mengurangkan penggunaan tenaga tidak boleh baharu

a)

BETUL

b)

SALAH

22.

Penggunaan Tenaga Boleh Baharu mampu mengurangkan kesan rumah hijau

a)

SALAH

b)

BETUL

23.

Fungsi panel solar adalah untuk menyerap cahaya matahari bagi menghasilkan tenaga elektrik atau haba

a)

BETUL

b)

SALAH

24.

Berikut adalah alatan untuk menghasilkan kipas solar KECUALI

a)

kapak

b)

gunting

c)

pensel

d)

suis

25.

Apakah kegunaan gunting serbaguna dalam projek membuat kipas solar?

a)

Memotong besi

b)

Memotong bod lekap

c)

Memotong kayu dan plywood

d)

Menggunting kertas dan plastik

26.

Apakah kegunaan pelucut wayar?

a)

Memotong wayar

b)

Memotong kayu dan aluminium

c)

Mengetatkan dan melonggarkan skru

d)

Melucutkan penebat daripada wayar

27.

Apakah kegunaan bilah kipas dalam membina projek kipas solar?

a)

Menggoyangkan kipas apabila disambung dengan motor

b)

Memutuskan dan menyambung litar elektrik

c)

Menyambungkan dua wayar atau kaki komponen

d)

Menggerakkan udara apabila disambungkan dengan motor

28.

Langkah-langkah menyediakan projek kipas solar.Langkah yang kedua ialah?

a)

Memasang tapak

b)

Memotong

c)

Memasang badan

d)

Mengukur dan menanda

29.

Apakah kegunaan motor dalam projek membina kipas solar?

a)

Menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga kinetik

b)

Mengukuhkan bahagian tapak

c)

Menyambung kaki komponen elektrik

d)

Membuat bahagian badan projek

30.

Nyatakan tiga sumber tenaga boleh baharu kecuali:-

a)

Cahaya Matahari

b)

Biojisim

c)

Geoterma

d)

Petroleum

31.

Kegunaan pembaris keluli ialah memindahkan tanda jarak pada bahan projek? Betul atau salah jawapannya

a)

Salah

b)

Betul

32.

Apakah kegunaan wayar dalam projek kipas solar?

a)

Mengukuhkan bahagian tapak

b)

Menyambung dua wayar

c)

Memutuskan dan menyambung litar elektrik

d)

Menghubungkan komponen elektrik

33.

Apakah sumber tenaga yang boleh dibaharui yang digunakan dalam projek kipas solar?

a)

Angin

b)

Air

c)

Matahari

d)

Biomass

34.

Langkah pertama yang perlu dilakukan dalam proses pembinaan projek kipas solar ialah

a)

•Melakar reka bentuk

b)

•Menilai lakaran dan membuat penambahbaikan

c)

•Menyediakan peralatan dan bahan

d)

•Menghasilkan reka bentuk projek

35.

Sekurang-kurangnya berapakah bilangan lakaran idea yang perlu dilukis sebelum menghasilkan lakaran terbaik ?

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

36.

Apakah label pada lakaran?

a)

Gambar rajah

b)

Ukuran pada lakaran

c)

Nama pada bahagian lakaran

d)

Bentuk lakaran

37.

Selepas menghasilkan lakaran idea, apakah langkah seterusnya?

a)

•Menilai lakaran dan membuat penambahbaikan

b)

•Menyediakan peralatan dan bahan

c)

•Menghasilkan reka bentuk projek

d)

•Membentangkan produk

38.

Bagaimanakah cara menggerakkan bilah kipas menggunakan tenaga boleh baharu?

a)

Tangan

b)

Panel Solar

c)

Pemutar Skru Philipp

d)

Bod impra

39.

Apakah nama projek RBT yang akan dibuat ?

a)

Kipas Angin

b)

Kipas Elektronik

c)

Kipas Solar

d)

Kipas Meja

40.

Petroleum ialah tenaga yang __________ .

a)

boleh diperbaharui

b)

tidak boleh diperbaharui