Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TALIA DAN RAKSASA QADQAD

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Talia dan keluarganya merupakan masyarakat...

a)

orang indonesia

b)

orang melayu

c)

orang asli

d)

orang jawa

2.

Raksasa Qadqad merupakan...

a)

seekor katak raksasa

b)

seekor ular gergasi

c)

seekor beruang ganas

d)

seekor tikus besar

3.

Siapakah nama ayah kepada Talia?

a)

Jini

b)

Dodo

c)

Binjah

d)

Ungu

4.

Apakah tema cerpen Talia dan Raksasa Qadqad?

a)

Kasih sayang antara manusia

b)

Menghormati golongan yang lebih tua

c)

Percintaan antara haiwan dan manusia

d)

Konflik antara manusia dengan alam semula jadi

5.

Berikut merupakan persoalan yang ditekankan dalam cerpen Talia dan Raksasa Qadqad kecuali?

a)

Sikap tamak segelintir manusia yang rakus mengejar kekayaan

b)

Kasih sayang sesama makhluk

c)

Kepentingan menjaga alam semulajadi daripada musnah

d)

Anak-anak yang tidak bertanggungjawab terhadap orang tuanya

6.

Pada waktu bilakah Talia berjumpa dengan anak Raksasa Qadqad?

a)

Waktu siang

b)

Waktu malam

c)

Sebelum subuh

d)

Selepas subuh

7.

Berikut merupakan latar masyarakat yang terdapat dalam Cerpen Talia dan Raksasa Qadqad, kecuali...

a)

masyarakat orang Melayu yang hidup berjiran

b)

masyarakat orang asli yang menjalankan aktiviti pertanian

c)

masyarakat yang mementingkan alam semula jadi dalam kehidupan

d)

masyarakat bandar yang tamak dan kejam

8.

Bagaimanakah perwatakan Talia?

a)

Seorang anak yang degil dan keras kepala

b)

Seorang yang kejam dan tamak terhadap sesuatu

c)

Seorang yang bersifat belas kasihan dan suka menolong

d)

Seorang yang takut untuk merawat anak Raksasa Qadqad yang cedera

9.

Apakah pengajaran yang tidak terdapat dalam cerpen Talia dan Raksasa Qadqad?

a)

Kita haruslah berani mempertahankan hak kita walaupun terpaksa mengorbankan diri.

b)

Kita haruslah bersimpati dengan semua makhluk yang berada di sekeliling kita

c)

Kita sepatutnya bertindak agresif dan terburu-buru untuk melakukan sesuatu perkara

d)

Kita hendaklah menjaga alam semula jadi supaya kehidupan manusia akan lebih selesa dan selamat

10.

Mengapakah Raksasa Qadqad membantu Talia ketika diserang oleh orang suruhan Binjah

a)

Talia merupakan tuan kepada mereka

b)

Talia selalu memberi mereka makan

c)

Talia menyapu calitan tanah berwarna ungu pada wajah

d)

Talia pernah membantu salah seekor Raksasa Qadqad yang cedera

11.

Di manakah tempat pekerja dan keluarga Talia diserang oleh Raksasa Qadqad

a)

Di kawasan Lombong

b)

Di Bukit Hitam

c)

Di kawasan hutan

d)

Di stesen kereta api

12.

Raksasa Qadqad yang dibantu Talia itu mempunyai luka di bahagian sisi kepalanya yang persis luka akibat __________?

a)

ditikam pisau

b)

dihunus pedang

c)

dilibas gergaji

d)

dihayun kapak

13.

Raksasa Qadqad diberikan nama oleh penduduk kampung sempena dengan __________?

a)

bunyi yang dihasilkan oleh mereka

b)

penduduk kampung merasakan nama itu comel

c)

bunyi katak yang dikeluarkan ketika hujan

d)

kerana bentuk tubuh badan mereka bulat dan gempal

14.

Mengapakah adik Talia perlu dihantar ke hospital ?

a)

Adik Talia luka di kaki

b)

Adik Talia mengalami cirit-birit

c)

Adik Talia deman

d)

Adik Talia sakit perut

15.

Mengapakah Binjah cuba merampas tanah penduduk kampung ?

a)

Tanah ungu sangat subur untuk aktiviti pertanian

b)

Kawasan itu memiliki emas yang banyak

c)

Tanah di kawasan tersebut sangat bagus untuk menghalang Raksasa Qadqad

d)

Dia berminat dengan pertanian padi huma

16.

Siapakah nama Ketua kampung Talia?

a)

Tok Sabit

b)

Tok Sabut

c)

Tok Sahut

d)

Tok Sibat

17.

Selepas semuanya berakhir dengan kematian Binjah dan Orang suruhannya dalam peristiwa serangan terakhir itu, Raksasa Qadqad dan Talia __________?

a)

hidup bahagia selamanya

b)

sering bertemu di pinggir hutan

c)

berkawan baik

d)

tidak pernah berjumpa lagi

18.

Antara berikut, yang manakah bukan ciri-ciri makhluk yang ditemui Talia?

a)

Mirip katak

b)

Sepasang tanduk kecil di kepala

c)

mempunyai taring

d)

darahnya berwarna merah

19.

Apakah yang digunakan Talia untuk merawat luka raksasa Qadqad itu?

a)

pucuk daun pisang

b)

pucuk daun dalut

c)

pucuk daun ubi

d)

Pucuk daun pegaga

20.

Apakah tanggapan awal Dodo terhadap cerita Talia mengenai Raksasa Qadqad yang ditemuinya?

a)

mempercayai cerita tersebut

b)

menganggap cerita itu hanya rekaan anaknya

c)

pergi mencari raksasa itu untuk mendapatkan kebenaran

d)

bertanya kepada tok ketua