Font size
WorksheetsSYAIR SI BURUNG NURI
Total questions: 23
Worksheet time: 12mins
Maksud rangkap 1 ialah
Bermula warkah surat rencana,
Ikatan fakir yang sangat hina,
Sajak dan nazam banyak tak kena,
Daripada pendapat kurang sempurna.
Penyair menyatakan bahawa dia dipandang hina, pemikirannya yang tidak luas dan hidup dalam keadaan miskin.
Penyair menceritakan warkah yang ditulis oleh orang hina banyak kekurangan berdasarkan pendapatnya yang tidak sempurna
Penyair memohon maaf atas coretan kata-katanya yang ditulis dalam perasaan sedih.
Apakah maksud "leta" yang terdapat dalam rangkap 2
Gerangan sungguh amatlah leta,
Perinya akal gelap-gelita,
Hemat pun rendah daif berserta,
Tambahan badan miskin dan nista.
berasa sayu
hina
dukacita
hancur lebur
Apakah maksud "merawan" dalam rangkap 3 ialah __________
Beribu ampun kiranya tuan,
Atasnya hulu fakir nistawan,
Daripada masyghul gundah merawan,
Terperilah madah patik nin tuan.
berasa sayu
malu
sedih
dukacita
Maksud Rangkap 8 yang paling tepat ialah ___
Remuk dan redam rasanya hati,
Lenyaplah fikir budi pekerti,
Jikalau kiranya hamba turuti,
Daripada hidup sebaiknya mati
Penyair menceritakan kehidupannya yang tiada hala tuju dan terumbang-ambing hinggakan tidak makan dan minum.
Penyair tersedar bahawa kesedihan dan kekecewaan boleh mengakibatkan hidupnya musnah.
Penyair sedar kekecewaan boleh menyebabkan seseorang itu bertindak di luar kawalan fikiran yang waras dan rasional. Jika penyair menurut perasaannya lebih baik dia memilih mati daripada hidup.
Perkataan "redam" yang terdapat dalam rangkap 8 bermaksud __________
Remuk dan redam rasanya hati,
Lenyaplah fikir budi pekerti,
Jikalau kiranya hamba turuti,
Daripada hidup sebaiknya mati.
hancur lebur
dukacita
hina
Nyatakan tiga bentuk Syair Nuri.
SYAIR BURUNG NURI
Bermula warkah surat rencana,
Ikatan fakir yang sangat hina,
Sajak dan nazam banyak tak kena,
Daripada pendapat kurang sempurna.
Gerangan sungguh amatlah leta,
Perinya akal gelap-gelita,
Hemat pun rendah daif berserta,
Tambahan badan miskin dan nasta.
Beribu ampun kiranya tuan,
Atasnya hulu fakir nistawan,
Daripada masyghul gundah merawan.
Terperilah madah patik nin tuan.
Dituliskan sahifah supaya nyata,
Barang yang ghairah di dalam cinta,
Terfikir-fikir bukan menderita,
Dakwat dan kertas tempat berkata.
Sudahlah nasib untung yang malang,
Mengambah tautan berulang-ulang,
Mudaratnya bukan lagi kepalang,
Senantiasa di dalam nasib dan walang.
Hanyutlah badan ke sana ke mari,
Segenap pesisir desa negeri,
Bertambahlah pula sopan dan negeri,
Santap nan tidak minum pun kari.
Bangun terjunun badan suatu,
Gundahlah fikir tiada tertentu,
Laksana cermin jatuh ke batu,
Remuk dan redam hancur di situ.
Remuk dan redam rasanya hati,
Lenyaplah fikir budi pekerti,
Jikalau kiranya hamba turuti,
Daripada hidup sebaiknya mati.
Mempunyai 8 rangkap
1 rangkap terdiri daripada 4 baris
Syair ini berbentuk bebas
Rima akhir bagi syair ini aaaa
Nyatakan rima akhir bagi rangkap ini
Bangun terjunun badan suatu,
Gundahlah fikir tiada tertentu,
Laksana cermin jatuh ke batu,
Remuk dan redam hancur di situ.
aaaa
bbbb
uuuu
tutututu
Nyatakan gaya bahasa bagi contoh yang diberi.
Barang yang ghairah di dalam cerita
Aliterasi
Asonansi
sinkope
Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam Syair Burung Nuri.
Merendah diri
Kejujuran
Keberanian
Nyatakan maksud "sahifah" yang terdapat dalam rangkap berikut.
hina
naskhah bertulis
dukacita
Rangkap manakah menggambarkan penyair memohon maaf sekiranya perkara yang ditulis daripada perasaan kecewanya menghasilkan kata-kata yang kurang menarik dalam warkah tersebut?
Rangkap 1
Rangkap 2
Rangkap 3
Rangkap 4
Tema yang sesuai dengan Syair Burung Nuri ialah
Adab dalam kehidupan seseorang
Kebahagiaan dalam kehidupan seseorang
Kekecewaan dalam kehidupan seseorang
Persoalan dalam Syair Burung Nuri ialah
Kepentingan memiliki ilmu dan berakhlak mulia
Kebijaksanaan dalam mengawal diri ketika bercinta
Rasional dalam berfikir dan membuat tindakan
Semua di atas
Bilangan suku kata dalam Syair Burung Nuri ialah
Dua hingga lima suku kata sebaris
Tiga hingga enam suku kata sebaris
Tiga hingga lapan suku kata sebaris
Empat hingga lapan suku kata sebaris
Gaya bahasa berikut terdapat dalam Syair Burung Nuri kecuali
Inversi
Sinkope
Klimaks
Repetisi
Asonansi bermaksud
Perulangan vokal
Perulangan konsonan
Aliterasi bermaksud
Perulangan vokal
Perulangan konsonan
Penyair memohon maaf sekiranya perkara yang ditulis daripada perasaan kecewanya itu menghasilkan kata-kata yang kurang menarik dalam warkah tersebut.
Penyataan diatas adalah maksud bagi rangkap.....
Rangkap 2
Rangkap 8
Rangkap 3
Penyair tersedar bahawa tiada guna hidup dalam kekecewaan sehingga boleh menyebabkan kehidupannya menjadi hancur.
Penyataan diatas adalah maksud bagi rangkap...
Rangkap 6
Rangkap 7
Rangkap 8
Syair ini terdiri daripada ......rangkap
8
7
6
Bentuk syair ini ialah....
Bebas
Terikat
Maksud bagi perkataan walang ialah..
sukacita/ gembira
dukacita/ gelisah
Berikut ialah nilai yang terdapat dalam syair burung nuri kecuali
Rasional
Berhemah Tinggi
Merendah diri
Mengenang budi
