wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Penilaian Atas Talian Menengah Rendah (SHS) - Bahasa Melayu

Total questions: 20

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas ialah ...

a)

seperti tikus membaiki labu

b)

seperti kera mendapat bunga

c)

seperti pahat dengan penukul

d)

seperti kaca terhempas ke batu

2.

Sikap Amin yang suka membantu orang lain dan berbudi pekerti seperti bapanya bertepatan dengan peribahasa ...

a)

baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang

b)

carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

c)

ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

d)

cubit paha kanan, paha kiri pun terasa juga

3.

Peribahasa “yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran” bermaksud

a)

orang yang mengikut hawa nafsu akan musnah akhirnya.

b)

keuntungan yang diharapkan tidak didapati sedangkan yang telah ada hilang pula.

c)

menghindarkan diri daripada kesukaran yang kecil, jatuh dalam kesukaran yang lebih besar.

d)

sesuatu nasihat itu hendaklah difikirkan masak-masak buruk baiknya, kecaman janganlah pula ditolak mentah-mentah.

4.

Peribahasa “umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga” bermaksud

a)

berbuat baik kepada orang yang tahu membalasnya.

b)

mempunyai kepandaian atau kekayaan daripada orang lain.

c)

orang yang baik, di mana-mana sekalipun akan dimuliakan juga.

d)

orang lemah dalam kekuasaan orang yang berkuasa tidak berdaya untuk melawan.

5.

Semua peribahasa di bawah mempunyai maksud yang sama, iaitu membuat dua kerja dalam satu masa, kecuali

a)

sambil menyelam minum air.

b)

sambil menyerodok galas lalu.

c)

sambil berdendang, biduk hilir.

d)

sambil berdiang, nasi masak.

6.

Peribahasa yang mempunyai maksud yang sama dengan peribahasa yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing ialah

a)

bukit sama didaki, lurah sama dituruni.

b)

duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.

c)

ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua.

d)

bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

7.

Kami berasa sedih apabila ada orang yang memperkatakan hal keluarga Sudani kerana dia ialah sahabat baik kami bak kata orang

a)

cakap sejengkal dibawa sehasta.

b)

condong ditumpil, lemah dianduh.

c)

cubit paha kanan, paha kiri pun sakit juga.

d)

carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.

8.

Rosman menjaga adik-adiknya __________ setelah kedua-dua orang ibu bapanya meninggal dunia.

a)

bagai ikan kena tuba

b)

bagai itik pulang petang

c)

bagai aur dengan tebing

d)

bagai menatang minyak yang penuh

9.

Zaleha tercengang-cengang __________ apabila melihat bangunan mencakar langit di Kuala Lumpur.

a)

bagai isi dengan kuku

b)

bagai itik pulang petang

c)

bagai melukut tepi gantang

d)

seperti rusa masuk kampung

10.

Rozita melonjak kegembiraan apabila abangnya menghadiahkan sepasang kasut sukan yang sudah lama diidam-idamkannya. Situasi di atas sesuai dengan peribahasa

a)

seperti kera mendapat bunga.

b)

bagai pungguk merindukan bulan.

c)

kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.

d)

orang mengantuk disorongkan bantal.

11.

Cikgu Salleh memuji Sulaiman atas kejayaan projek sains itu, sedangkan Rahimi lah yang bertungkus lumus menyiapkan projek tersebut. Peribahasa yang sesuai ialah ...

a)

untung sabut timbul, untung batu tenggelam

b)

biar putih tulang, jangan putih mata

c)

berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

d)

lembu punya susu, sapi dapat nama

12.

Besson dan Treyson ialah adik-beradik. Meskipun begitu, mereka selalu sahaja bertengkar. Hal kecil pun boleh menjadi masalah besar. Setiap kali bertemu, ada saja yang ditengkarkan.


Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah ...

a)

Ada asap pasti ada api.

b)

Bagai pinang dibelah dua.

c)

Bagai anjing dan kucing.

d)

Menang jadi arang, kalah jadi abu.

13.

Pilih tiga peribahasa yang sesuai dijadikan nasihat bagi mengelakkan kemalangan di jalan raya

a)

biar lambat asalkan selamat.

b)

mencurah air ke daun keladi.

c)

sudah terhantuk baru tengadah.

d)

sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

14.

Lengkapkan.


Kalau tak dipecahkan __________, manakan dapat sagunya.

a)

buyung

b)

tempurung

c)

ruyung

d)

balang

15.

Nyatakan dua peribahasa yang boleh dikaitkan dengan gambar ini.

a)

Sepakat membawa berkat

b)

Bagai kacang lupakan kulit

c)

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

d)

Indah khabar dari rupa

16.
Berikan peribahasa yang sesuai dengan gambar.
a)
Bagaikan kacang suka makan kulit
b)
Umpama kulit kacang yang bersepah
c)
Seperti kulit lupakan kacang
d)
Bagaikan kacang lupakan kulit
17.

Pilih peribahasa yang mempunyai maksud yang sama dengan peribahasa yang berikut :

"carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua"

a)

air dicencang tak akan putus

b)

gunting dalam lipatan

c)

haruan pulang ke lubuk

d)

gunting dalam lipatan

18.

"Membuat kerja sambilan sementara mendapat pekerjaan yang tetap"

Berikan peribahasa yang sesuai bagi pernyataan di atas.

a)

Berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak.

b)

Biar alah sabung, asalkan menang sorak.

c)

Biar putih tulang jangan putih mata.

d)

Buang yang keruh, ambil yang jernih.

19.

Apakah dua nilai yang terkandung dalam peribahasa "Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh"?

a)

nilai kasih sayang

b)

nilai perpaduan

c)

nilai kerjasama

d)

nilai kejujuran

20.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar bersiri yang diberi.

(a)