wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UJIAN TATABAHASA

Total questions: 31

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

Soalan 1-7

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.


1. Semangat__________ dan persaudaraan perlu dipupuk tanpa mengira kaum dan bangsa.

a)

A. toleransi

b)

B. perpaduan

c)

C. perkauman

d)

D. persefahaman

2.

2. Jinny membuat laporan polis setelah beberapa kali __________ oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

a)

A. diminta

b)

B. disuruh

c)

C. diugut

d)

D. diarah

3.

3. Sherly sangat terkejut mendengar berita kemalangan yang menimpa suaminya sehingga tiada ___________ perkataan pun yang terluah daripada mulutnya.

a)

A. sebaris

b)

B. sepatah

c)

c. sepucuk

d)

D. sepotong

4.

4.Ilham untuk penulisan novelnya __________ secara tiba-tiba apabila dia terjaga daripada tidur pada waktu malam.

a)

A. terbit

b)

B. datang

c)

C. pulang

d)

D. terpacul

5.

5.Lister cuba mententeramkan perasaan isterinya yang sedang__________.

a)

A. bersedih

b)

B. kesedihan

c)

C. disedihkan

d)

D. menyedihkan

6.

6. __________ Iban pada zaman dahulu sanggup menggadaikan nyawa mereka daripada menyerah kalah kepada pihak musuh demi mempertahankan negara.

a)

A. Perwira

b)

B. Seniman

c)

C. Pendekar

d)

D. Pahlawan

7.

7. Persembahan Falvin yang __________mendapat tepukan gemuruh daripada para penonton.

a)

A. menarik

b)

B. bertenaga

c)

C. mempesona

d)

D. bersemangat

8.

Soalan 8-14

Ayat-ayat berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.


8. Internet merupakan saluran komunikasi yang paling penting terutamanya kepada golongan remaja. Tiada kesalahan.

a)

A. komunikasi

b)

B. paling

c)

C. kepada

d)

D. tiada kesalahan

9.

9. Ayah sering pulang lewat ke rumah kerana dia terjerumus dalam kesesakan lalu lintas. Tiada kesalahan.

a)

A. pulang

b)

B. kerana

c)

C. terjerumus

d)

D. TIada kesalahan

10.

10.Dalam usaha menempah kejayaan, pelajar hendaklah bersungguh- sungguh mengulang kaji pelajaran

mereka. Tiada kesalahan.

a)

A. menempah

b)

B. bersungguh-sungguh

c)

C. mereka

d)

D. Tiada kesalahan

11.

11. Pendatang haram sukar memasuki pengairan kita kerana kawalan ketat oleh polis marin. Tiada kesalahan.

a)

A. Pendatang

b)

B. pengairan

c)

C. kita

d)

D. Tiada kesalahan

12.

12. Penyanyi baharu itu mula dikenali ramai dengan lagu yang berunsurkan ketuhanan. Tiada kesalahan.

a)

A. dengan

b)

B. berunsurkan

c)

C. ketuhanan

d)

D. Tiada kesalahan

13.

13. Saya dan rakan-rakan telah mengadakan perkhemahan di hutan lipur yang terkenal di negara kita. Tiada kesalahan.

a)

A. rakan-rakan

b)

B. mengadakan

c)

C. di

d)

D. Tiada kesalahan

14.

14. Lelaki yang bersenjatakan sebatang parang itu menghayun-hayunkan parangnya untuk mengancam pihak polis. Tiada kesalahan.

a)

A. bersenjatakan

b)

B. sebatang

c)

C. menghayun-hayunkan

d)

D. Tiada kesalahan

15.

Soalan 15-17

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.


15.

I Pandangannya yang tajam menakutkan saya.

II Datuk selalu mengasah parangnya agar tajam.

III Perkataan yang tajam itu telah mengguris hati saya.

IV Kritikan pengarang tentang penulisan buku itu

sungguh tajam.

a)

A. I dan II sahaja

b)

B. III dan IV

c)

C. I, II dan IV

d)

D. II, III dan IV sahaja

16.

16.

I Bunga yang kembang pada pagi itu amat cantik.

II Akibat makan terlalu banyak, badan Sabariah menjadi kembang.

III Span yang direndamkan di dalam air akan menjadi kembang.

IV Kembang hati Mala apabila semua orang memuji kekacakan suaminya.

a)

A. I, II dan III sahaja

b)

B. I, III dan IV sahaja

c)

C. II, III dan IV sahaja

d)

D. I, II, III dan IV

17.

17.

I Pengarah urusan itu telah menolak cadangan timbalannya.

II Bayi dalam kandungan itu menolak perut ibunya.

III Kami akan menolak ke Tapah pada pagi esok.

IV Fahmi menolak kotak itu ke tepi dinding.

a)

A. I dan IV sahaja

b)

B. III dan IV sahaja

c)

C. I, II dan III sahaja

d)

D. II, III dan IV sahaja

18.

Soalan 18-21

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin tidak.Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.


18. Ibu bapa mungkin menjadi faktor penyumbang kepada masalah sosial yang berlaku dalam kalangan remaja.

a)

A. faktor sumbangan pada masalah

b)

B. faktor penyumbang pada masalah

c)

C. faktor menyumbangkan pada masalah

d)

D. faktor penyumbang kepada masalah

19.

19. Mi goreng amat sesuai dihidang bersama teh panas pada waktu pagi sebagai sarapan.

a)

A. amat sesuai dihidang bersama dengan

b)

B. amat sesuai sekali dihidang bersama

c)

C. amat sesuai dihidangkan dengan

d)

D. amat sesuai dihidang bersama

20.

20. Encik Zainudin memberi anaknya sebuah payung untuk dibawa ke sekolah kerana musim panas dijangka berpanjangan.

a)

A. memberikan anaknya sekaki payung

b)

B. memberi anaknya selaras payung

c)

C. memberi anaknya sekaki payung

d)

D. memberi anaknya sebuah payung

21.

21. Ali belajar bersungguh-sungguh demi untuk kebahagiaan keluarganya.

a)

A. demi bahagia

b)

B. demi kebahagiaan

c)

C. demi untuk membahagiakan

d)

D. demi untuk kebahagiaan

22.

Soalan 22-24

Pilih ayat yang mengandungi maksud yang sama atau maksud yang hampir dengan ayat yang dicetak tebal.


22. “Jangan biarkan anak-anak bermain seorang diri di luar rumah,” kata Puan Leha kepada Puan Ana.

a)

A. Puan Leha mengingatkan Puan Ana agar tidak membiarkan anak-anaknya bermain di luar rumah tanpa sesiapa menemankannya.

b)

B. Puan Ana menasihati Puan Leha supaya membiarkan anak-anaknya bermain di luar rumah bersama-sama kawan-kawannya.

c)

C. Puan Leha dan Puan Ana tahu bahawa membiarkan anak-anak bermain seorang diri di luar rumah adalah berbahaya.

d)

D. Puan Leha dan Puan Ana diingatkan agar tidak membiarakan anak-anak mereka bermain seorang diri di luar rumah.

23.

Soalan 22-24

Pilih ayat yang mengandungi maksud yang sama atau maksud yang hampir dengan ayat yang dicetak tebal.


22. “Jangan biarkan anak-anak bermain seorang diri di luar rumah,” kata Puan Leha kepada Puan Ana.

a)

A. Puan Leha mengingatkan Puan Ana agar tidak membiarkan anak-anaknya bermain di luar rumah tanpa sesiapa menemankannya.

b)

B. Puan Ana menasihati Puan Leha supaya membiarkan anak-anaknya bermain di luar rumah bersama-sama kawan-kawannya.

c)

C. Puan Leha dan Puan Ana tahu bahawa membiarkan anak-anak bermain seorang diri diluar rumah adalah berbahaya.

d)

D. Puan Leha dan Puan Ana diingatkan agar tidak membiarakan anak-anak mereka bermain seorang diri di luar rumah.

24.

23. Danial tinggal bersama-sama datuk di kampung sementara ayah dan ibunya pergi menunaikan fardu haji di Mekah.

a)

A. Ketika ibu dan bapanya berada di Mekah untuk menunaikan fardu haji, Danial tinggal di kampung bersama-sama datuknya.

b)

B. Ketika ayah dan ibu pergi menunaikan fardu haji, Danial tinggal bersama-sama datuknya di sebuah kampung di Mekah.

c)

C. Ayah dan ibu Danial meninggalkan Danial dan datuknya di kampung kerana ingin menunaikan haji di Mekah

d)

D. Ayah dan ibu Danial tinggal di kampung sementara datuknya pergi ke Mekah untuk mengerjakan haji.

25.

24. Kita janganlah suka menghina orang kerana setiap manusia itu tidak sempurna.

a)

A. Kita dinasihatkan agar tidak menghina orang yang tidak sempurna kerana perbuatan itu adalah tidak baik.

b)

B. Sikap suka menghina orang lain akan menjadikan kehidupan seseorang itu kurang sempurna.

c)

C. Setiap manusia tidak sempurna. Oleh itu, janganlah kita suka mengeji orang lain.

d)

D. Orang yang suka menghina orang lain akan menjadikan dirinya tidak sempurna.

26.

Soalan 25-27

Pilih ayat-ayat yang betul.


25.

I Jualan murah itu mendapat sambutan luar dugaan daripada pengguna-pengguna.

II Jika air sungai melimpah, Kampung Padang Belalang pasti akan dilanda banjir.

III Sejak di kejadian itu, Aida tidak lagi mengganggu rakan sebiliknya.

IV Sebuah rantai dihadiahkan oleh Encik Daud kepada isterinya.

a)

A. I dan II sahaja

b)

B. I dan III sahaja

c)

C. II dan III sahaja

d)

D. II dan IV sahaja

27.

26.

I Berpuluh-puluh ekor kambing peliharaan Pak Mail disyaki dicuri malam tadi.

II Novel-novel hasil tulisan Syamsul Akmal begitu laris dipasaran kerana diminati oleh golongan remaja.

III Oleh kerana cuaca mendung, Halimin tidak jadi keluar rumah untuk bermain bola sepak di padang bersama-sama rakan-rakannya.

IV Sebelum anak perempuannya pulang dari sekolah, Mak Leha cepat-cepat menyenduk nasi dan meletakkannya di bawah tudung saji.

a)

A. I dan II sahaja

b)

B. III dan IV sahaja

c)

C. I, II dan IV sahaja

d)

D. II, III dan IV sahaja

28.

27.

I Pak Abu telah memperisterikan Aminah sebagai suri hatinya.

II Ibu menyuruh Eliza ke kedai sebelum ke rumah nenek di Taman Melawati.

III Pembabitan pihak polis dalam menangani masaalah disiplin pelajar amatlah dialu-alukan.

IV Rakyat sebenarnya mahu kerajaan membetulkan mutu perkhidmatan kesihatan negara.

a)

A. I dan II sahaja

b)

B. II dan III sahaja

c)

C. I, II dan III sahaja

d)

D. II, III dan IV sahaja

29.

Soalan 28-30

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang berikut.


28. Peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan pasangan pengantin yang sama cantik dan sama padan ialah…

a)

A. bagai pinang dibelah dua.

b)

B. seperti lembu dicucuk hidung.

c)

C. pipit hendak menjadi enggang.

d)

D. bunga disunting, perdu dibuang.

30.

29. Peribahasa yang berikut berkaitan dengan sikap tidak mengenang budi dan melupakan orang yang berbuat baik kepada kita, kecuali

a)

A. seperti kacang lupakan kulit.

b)

B. seperti tikus jatuh ke beras.

c)

C. habis madu sepah dibuang.

d)

D. seperti ulat lupakan daun.

31.

30. Air dicencang tidak akan putus. Carik- carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga. Peribahasa ini bermaksud

a)

A. melakukan sesuatu untuk kebaikan diri sendiri sahaja.

b)

B. berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.

c)

C. melakukan kerja yang sia-sia dan tidak mendatangkan faedah.

d)

D. sesuatu persengketaan tidak mungkin dapat memutuskan tali persaudaraan.