wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kebarangkalian Peristiwa Bergabung (KSSM T4)

Total questions: 25

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Peristiwa bergabung ialah

a)

gabungan dua peristiwa dalam

satu kesudahan.

b)

gabungan dua atau lebih peristiwa dalam

satu kesudahan.

c)

gabungan tiga atau lebih peristiwa dalam

satu kesudahan.

d)

tiada jawapan

2.

Antara peristiwa bergabung berikut, yang manakah peristiwa bersandar?

a)

Mendapat gambar apabila duit syiling adil dilambung dan nombor 5 apabila dadu adil dilambung.

b)

Mendapat dua biji guli yang berwarna sama apabila dua biji guli dikeluarkan secara rawak satu demi satu dari bekas yang mengandungi tiga biji guli merah dan dua biji guli biru tanpa pemulangan.

c)

Mendapat angka sebanyak dua kali apabila sekeping syiling dilambung dua kali

d)

Mendapat dua keping kad yang berhuruf sama apabila dua keping kad dipilih secara rawak daripada kad berlabel dengan huruf "S, A, T, U" satu demi satu dengan pemulangan.

3.

Kenal pasti sama ada peristiwa bergabung di bawah ialah peristiwa bersandar atau peristiwa tak bersandar.


Mendapat angka sebanyak dua kali apabila sekeping syiling adil dilambung dua kali.

a)

Peristiwa bersandar

b)

peristiwa tak bersandar

4.

Kenal pasti sama ada peristiwa bergabung di bawah ialah peristiwa bersandar atau peristiwa tak bersandar.


Mendapat dua keping kad yang berhuruf sama apabila dua keping kad dipilih secara rawak daripada kad berlabel dengan huruf ''B, A, I, K" satu demi satu dengan pemulangan.

a)

Peristiwa bersandar

b)

peristiwa tak bersandar

5.

Pilih peristiwa saling eksklusif bagi setiap peristiwa bergabung yang berikut :

a)

Sebiji dadu adil dilambung. Nombor yang diperolehi adalah besar daripada 4 dan kuasa dua sempurna

b)

Sebiji telur dipilih secara rawak daripada ladang penternakan. Telur yang dipilih adalah Gred B egg dan retak.

c)

Satu huruf dipilih daripada satu senarai abjad. Huruf yang dipilih adalah satu vokal dan satu konsonan.

d)

Sebuah beg megandungi 2 biji bola merah, 3 biji bola biru dan 2 biji bola hijau. Sebiji bola dipilih daripada beg itu. Bola yang dipilih berwarna merah dan biru.

e)

Seorang pelancong dipilih secara rawak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Pelancong yang dipilih ialah seorang lelaki dan dari Sarawak.

6.

Yang manakah BENAR

a)

Kebarangkalian persilangan dua peristiwa A dan B yang tak bersandar adalah sama dengan

hasil tambah kebarangkalian A dan kebarangkalian B.

b)

Kebarangkalian persilangan dua peristiwa A dan B yang tak bersandar adalah sama dengan

hasil tolak kebarangkalian A dan kebarangkalian B.

c)

Kebarangkalian persilangan dua peristiwa A dan B yang tak bersandar adalah sama dengan

hasil darab kebarangkalian A dan kebarangkalian B.

d)

Kebarangkalian persilangan dua peristiwa A dan B yang tak bersandar adalah sama dengan

hasil bahagi kebarangkalian A dan kebarangkalian B.

7.

Dua peristiwa A dan B ialah peristiwa tak bersandar jika

a)

peristiwa A tidak mempengaruhi kejadian peristiwa B dan sebaliknya.

b)

peristiwa A mempengaruhi kejadian peristiwa B dan sebaliknya..

c)

peristiwa A ada kesan kejadian peristiwa B dan sebaliknya.

d)

tiada jawapan

8.

P(A  \cup   B) = P(A) + P(B)   ialah bagi peristiwa

a)

bersandar

b)

tidak bersandar

c)

ekslusif 

d)

tidak ekslusif

9.

P(A  \cup   B) = P(A) + P(B) – P(A  \cap   B)  ialah bagi peristiwa

a)

bersandar

b)

tidak bersandar

c)

ekslusif 

d)

tidak ekslusif

10.

Atlet A dan C terlibat dalam suatu acara lompat tinggi. Jika kebarangkalian atlet A dan C masing-masing melepasi paras yang ditetapkan ialah

 35\frac{3}{5}  dan  58\frac{5}{8}  , cari kebarangkalian bahawa kedua-dua atlet berjaya melepasinya.

a)

 58\frac{5}{8}  

b)

 38\frac{3}{8}  

c)

 2425\frac{24}{25}  

d)

 125\frac{1}{25}  

11.

Dua keping duit syiling adil dilambung. A mewakili angka dan G mewakili gambar. Antara ruang sampel berikut, yang manakah betul?

a)

{(A,A),(G,G)}

b)

{(A,G),(G,A)}

c)

{(A,A),(A,G),(G,A),(G,G)}

d)

{(A,A,A),(G,G,G)}

12.

Sebuah beg mengandungi lapan biji guli merah dan sebiji guli kuning. Dua biji guli dipilih secara rawak dari beg satu demi satu tanpa pemulangan. Warna dicatatkan. Cari kebarangkalian mendapat guli kedua berwarna kuning.

a)

19\frac{1}{9}

b)

18\frac{1}{8}

c)

14\frac{1}{4}

d)

12\frac{1}{2}

13.

Sebuah kotak mengandungi 3 biji guli merah, 4 biji guli biru dan 2 biji guli hijau. Sebiji guli dipilih secara rawak dari kotak itu, cari kebarangkalian bahawa guli biru atau guli hijau dipilih.

a)

29\frac{2}{9}

b)

49\frac{4}{9}

c)

23\frac{2}{3}

d)

79\frac{7}{9}

14.

Kotak M dan kotak N masing-masing mengandungi kad berlabel dengan nombor 1,3,6 dan 9 dan kad berlabel X,Y,Z. Sekeping kad dipilih secara rawak dari setiap kotak itu. Hitung kebarangkalian mendapat faktor bagi 9 dan huruf X.

a)

13\frac{1}{3}

b)

14\frac{1}{4}

c)

15\frac{1}{5}

d)

16\frac{1}{6}

15.

Terdapat tiga batang pensel berwarna ungu dan dua batang pensel berwarna hijau dalam

sebuah kotak. Dua batang pensel berwarna dipilih secara rawak dari kotak satu demi satu tanpa pemulangan.

Dengan menggunakan singkatan U untuk ungu dan H untuk Hijau, manakah unsur bagi ruang sampel bagi pensel warna dipilih.

a)

(U,U)

b)

(H,H)

c)

(H,U)

d)

(U,H)

16.

Peristiwa mendapat angka sebanyak dua kali apabila sekeping syiling adil dilambung

dua kali adalah contoh bagi peritiwa

a)

bersandar

b)

tidak bersandar

c)

ekslusif dan tidak ekslusif

d)

tiada jawapan

17.

Sebuah kotak mengandungi 8 batang pensil 2B dan 7 batang pensil mekanikal. Dua batang pensil dipilih secara rawak. Hitung kebarangkalian bahawa kedua-dua pensil itu adalah pensil 2B.

a)

1 / 210

b)

4 / 15

c)

11 / 56

d)

3 / 56

18.

Jadual menunjukkan gred yang diperoleh oleh sekumpulan murid dalam suatu ujian matematik. Kebarangkalian memilih seorang murid yang mendapat gred B ialah 1/3. Cari bilangan murid yang tidak mendapat gred A.

a)

8

b)

20

c)

30

d)

36

19.

Lima keping kad yang berlabel dengan huruf “C, I, N, T, A” dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Sekeping kad dipilih secara rawak. Hitung kebarangkalian kad itu berlabel huruf konsonan atau “A”.

a)

1/5

b)

2/5

c)

3/5

d)

4/5

20.

Sekeping syiling dilambungkan sebanyak dua kali. Yang manakah merupakan kesudahan yang mungkin bagi peristiwa tersebut.

a)

(gambar, angka) (angka, gambar)

b)

(gambar, angka) (angka, gambar) (angka, angka) 

c)

(gambar, angka) (angka, gambar) (gambar, gambar)

d)

(gambar, angka) (angka, gambar) (gambar, gambar) (angka, angka)

21.
Apabila sebiji dadu dilambungkan, bilangan kesudahan yang mungkin ialah  
a)
2
b)
6
c)
7
d)
12
22.
Kad-kad dalam Rajah 1 diletakkan ke dalam sebuah beg.      
                         
              S   P  M   2   0   1   7
                       Rajah 1
 
Jika sekeping kad dikeluarkan secara rawak daripada beg itu, cari kebarangkalian bahawa satu nombor dikeluarkan.
a)
1/7
b)
2/7
c)
3/7
d)
4/7
23.
Diberi set M = { 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10 }. Satu nombor dipilih secara rawak daripada set itu. Cari kebarangkalian bahawa nombor yang terpilih itu ialah faktor bagi 32.
a)
2/9
b)
1/3
c)
4/9
d)
2/3
24.
Diberi bahawa set H = { 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14 }. Satu nombor dipilih secara rawak dari set H. Cari kebarangkalian memilih satu nombor perdana.          
a)
2/3
b)
3/5
c)
1/2
d)
2/5
25.
Dalam satu soal selidik, didapati bahawa 9/20 daripada pelajar SMKAMi gemar membaca komik. Hitungkan bilangan pelajar yang dijangka gemar membaca komik dalam satu sampel seramai 1 600 pelajar.
a)
36
b)
72
c)
360
d)
720