Font size
WorksheetsBab 12: TENAGA NUKLEAR
Total questions: 22
Worksheet time: 22mins
Apakah jenis tenaga yang dijana daripada tenaga nukelar?
Tenaga suria
Tenaga cahaya
Tenaga elektrik
Tenaga kimia
Negara manakah yang menggunakan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga untuk menjana elektrik?
Amerika Syarikat
Malaysia
Australia
Thailand
Apakah kebaikan menggunakan sumber tenaga nuklear berbanding sumber tenaga lain?
lebih murah
lebih selamat kepada hidupan
menghasilkan tenaga yang sedikit
membebaskan jumlah gas rumah hijau yang sedikit
Yang manakah merupakan keburukan penghasilan tenaga nuklear?
menghasilkan gas-gas beracun
menghasilkan bahan buangan radioaktif yang berbahaya
lebih mahal berbanding dengan bahan api fosil
menghasilkan lebih banyak jelaga dan habuk
Antara berikut, yang manakah bidang yang menggunakan tenaga nuklear?
Perikanan
Perubatan
Pendidikan
Pengiklanan
Rajah menunjukkan suatu tindak balas penghasilan tenaga nuklear. Apakah tindak balas tersebut?
Pelakuran nukleus
Pembelahan nukleus
Pereputan nukleus
Penjanaan nukleus
Di manakah proses pelakuran nukleus berlaku?
Teras Matahari
Loji nuklear
Stesen janakuasa
Loji rawatan air
Tindak balas ini membebaskan tenaga nuklear yang lebih banyak dan hanya berlaku pada suhu yang amat tinggi.
Apakahtindak balas tersebut?
Pembelahan nukleus
Pelakuran nukleus
Apakah tujuan dinding konkrit tebal yang dipasang pada reaktor nuklear?
Mengukuhkan binaan reaktor
Menghalang kehilangan tenaga haba ke persekitaran
Melindungi reaktor daripada tekanan yang kuat dari dalam
Menghalang pelepasan sinaran radioaktif ke persekitaran
Antara yang berikut, yang manakah berlaku di dalam reaktor nuklear yang menggunakan uranium-235?
Pembedilan dilakukan oleh proton
Banyak tenaga haba dihasilkan
Sinaran radioaktif tidak dibebaskan
Tenaga keupayaan kenyal meningkat
Apakah tenaga yang terlibat semasa penjanaan tenaga nuklear di dalam reaktor nuklear?
Tenaga cahaya
Tenaga keupayaan
Tenaga haba
Tenaga bunyi
Apakah proses yang berlaku di K?
Pelakuran nukleus
Pembelahan nukleus
Pereputan nukleus
Pembahagian nukleus
Apakah sumber tenaga dalam reaktor nuklear?
Iodin-131
Uranium-235
Kobalt-60
Karbon-14
Apakah nama zarah yang digunakan untuk membedil nukleus semasa pembelahan nukleus?
proton
neutron
nukleon
elektron
Manakah BENAR tentang proses pelakuran nukleus?
melibatkan pemecahan satu nukleus berjisim besar
helium yang terbentuk mempunyai nukleus yang tidak stabil
berlaku pada suhu rendah
dua nukleus ringan bercantum menjadi satu nukleus yang lebih berat
Manakah yang merupakan kesan somatik disebabkan oleh kesan penyebaran radiasi daripada ujian nuklear?
Kanser
Mutasi sel
Keguguran rambut
Kecacatan pada bayi
Yang manakah merupakan kesan pengeboman di Hiroshima?
Bandar raya itu menjadi amat sejuk
Mengorbankan banyak nyawa orang awam
Tanah di bandar raya itu menjadi lebih subur
Bangunan di bandar raya itu masih kukuh
Apakah faktor yang perlu diambil kira untuk membina stesen jana kuasa nuklear di Malaysia?
Kawasan pembinaan perlu berhampiran dengan punca air
Tenaga yang dihasilkan adalah lebih kecil
Kos bahan api fosil semakin menurun
Kesan pencemaran oleh tenaga nuklear yang lebih tinggi
Berikut merupakan faktor penggunaan Tenaga Nuklear bagi Negara yang menggunakannya kecuali
kurang sumber tenaga lain
sumber pendapatan negara
mempunyai teknologi yang canggih
sebagai persediaan ketenteraan
Antara yang berikut, yang manakah merupakan tujuan penubuhan Agensi Nuklear Malaysia?
Menjalankan kajian tentang penggunaan bahan radioaktif dalam pelbagai bidang
Menjalankan kajian untuk menghasilkan bom atom
Menjalankan kajian dan pembangunan senjata nuklear
Menjana tenaga elektrik
Pilih kelebihan menggunakan tenaga nuklear sebagai tenaga alternatif
Menggantikan bahan api fosil
Boleh menjana tenaga elektrik dalam jumlah yang banyak
Kurang mencemarkan udara
Kos pengoperasian yang murah
Perubahan tenaga yang berlaku dalam penjanaan tenaga elektrik melalui penghasilan tenaga nuklear ialah
t. nuklear → t.haba → t. kinetik → t. elektrik
BENAR
SALAH
