wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Integriti Pembantu Operasi

Total questions: 10

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Mana yang berikut BUKAN tugas Pembantu Operasi?

a)

Menghantar dan mengambil surat

b)

Membuat salinan pendua dokumen

c)

Menyediakan surat rasmi sekolah

d)

Memandu kenderaan sekolah apabila diarahkan Ketua Jabatan

2.

Di bawah Peraturan 4(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dinyatakan bahawa seseorang pegawai awam tidak boleh melakukan perbuatan berikut KECUALI:

a)

Tidak boleh membelakangkan tugasan awam demi kepentingan peribadi

b)

Tidak boleh menggunakan kedudukan sebagai pegawai awam bagi faedah diri sendiri

c)

Tidak boleh ingkar perintah atau berkelakuan dengan cara yang boleh ditafsirkan sebagai ingkar perintah

d)

Tidak boleh terlibat dengan keterhutangan kewangan yang serius

3.

Puan Em ialah seorang Pembantu Operasi. Hari ini beliau clock in di pejabat pada pukul 8.50 pagi. Pukul berapakah paling awal beliau dibenarkan clock out?

a)

4.30 petang

b)

5.50 petang

c)

5.00 petang

d)

4.50 petang

4.

Encik Zed ialah seorang Pembantu Operasi di Sekolah Kebangsaan XY. Beliau selesai menghantar surat ke PPD pada pukul 3 petang dan terus pulang ke rumah. Perbuatan beliau tersebut boleh dianggap .....

a)

Ingkar perintah

b)

Cuai dalam melaksanakan tugas

c)

Tidak jujur atau tidak amanah

d)

Kurang cekap atau kurang berusaha

5.

Berikut ialah etika pakaian bagi Pembantu Operasi KECUALI:

a)

Pakaian seragam Pembantu Operasi

b)

Baju batik pada hari Khamis

c)

Pakaian sukan untuk bersukan

d)

Baju Melayu pada hari Jumaat

6.

Perbuatan berikut boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana berkelakuan hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam:

a)

Tidak hadir bertugas selama 7 hari berturut-turut

b)

Memberi komen negatif terhadap dasar Kerajaan di media sosial

c)

Terlibat dengan aktif dalam parti politik dan kempen pilihanraya

d)

Diisytihar bankrap oleh Jabatan Insolvensi dan Mahkamah

7.

Semua pegawai awam WAJIB mengambil vaksin Covid-19 sebelum 1 November 2021.

a)

BETUL

b)

SALAH

8.

Antara tatakelakuan berikut, manakah yang tidak sewajarnya dilakukan oleh seseorang pegawai awam semasa waktu bertugas?

a)

Keluar pejabat untuk urusan peribadi dengan kebenaran Ketua Jabatan

b)

Menggunakan telefon pejabat untuk menghubungi pihak luar atas urusan rasmi

c)

Cuti tanpa mendapat kebenaran Ketua Jabatan terlebih dahulu

9.

Mana antara berikut TIDAK BENAR mengenai syarat-syarat melakukan pekerjaan luar oleh seseorang pegawai awam?

a)

Pekerjaan luar dilakukan di luar waktu pejabat

b)

Dijalankan tidak melebihi 4 jam seminggu

c)

Tidak mengganggu tugas rasmi

d)

Tiada

10.

Pilih pernyataan yang SALAH mengenai gred jawatan Pembantu Operasi:

a)

N11

b)

N14

c)

N16

d)

N19