NEW
Font size
WorksheetsKata Ganti Nama 3 - XYF
Total questions: 10
Worksheet time: 3mins
"Ibu, duit Adik Farah hilang semasa ___________ bermain seorang diri di taman permainan," kata Umi kepada ibunya.
beliau
kami
kita
dia
"Ali, suruh __________ datang ke sekolah petang ini untuk latihan sukan," kata Cikgu Maimun kepada saya.
kami
kamu
beliau
mereka
Encik Wan Omar bakal pemimpin di kampung kita. Oleh itu, kita perlu memberikan sokongan sepenuhnya kepada ______________.
ia
dia
beliau
mereka
"Sebagai tentera, _________ berikrar akan memperjuangkan tanah air sehingga titisan darah yang terakhir," kata askar-askar itu kepada pegawai mereka.
kita
kami
beliau
mereka
"Kalau engkau tidak ada kerja marilah ikut ____________ ke perpustakaan," kata Siti dan Yusni kepada Nurul.
mereka
engkau
kalian
kami
"Ibu, ini kawan-kawan lama saya. Bolehkah _______________ menumpang tidur di rumah kita?" kata Rosmaini kepada ibunya.
mereka
engkau
kalian
dia
"Kalau ______________ izinkan sekarang juga patik akan melaksanakan tugas itu," sembah ahli nujum kepada sultan.
tuan
tuanku
baginda
tuan hamba
"Saya harap __________ dapat mempersembahkan permainan yang bermutu nanti," kata jurulatih bola sepak itu kepada pemain-pemainnya.
mereka
kalian
kami
kita
Setelah sultan itu mangkat, maka takhta kerajaan negeri itu pun diserahkan kepada putera __________.
baginda
tuanku
beta
nya
Saya dan murid-murid Tahun Enam Bestari merancang untuk mengadakan pertandingan bercerita. ___________ telah menjemput beberapa orang guru sebagai pengadil.
beliau
kami
saya
kita
