Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Kerja 2 Tingkatan 1 - XYF

Total questions: 10

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Tuan Puteri Dewi Pertiwi __________ tatkala mendengar cerita-cerita rakyat yang disampaikan oleh penglipur lara itu.

a)

terusik

b)

terubat

c)

terhibur

d)

tersentuh

2.

Syed Ubaidillah __________ ke seluruh dunia sambil mencari tempat yang sesuai untuk membina empayar perniagaannya.

a)

berlepas

b)

bertapak

c)

berangkat

d)

berdagang

3.

Walaupun tinggal __________ dengan keluarganya, Hisyam tidak pernah melupakan ibu bapanya di kampung.

a)

berjauhan

b)

berpautan

c)

berdekatan

d)

berhampiran

4.

Kami __________ dengan datuk dan nenek sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur.

a)

bersambutan

b)

bertautan

c)

bersalaman

d)

bergantungan

5.

Beg sekolahnya yang __________ biru itu dicuri oleh rakan-rakannya yang kaki buli.

a)

berlabel

b)

bercorak

c)

berwarna

d)

berlambang

6.

Hushairi tidak terpilih sebagai wakil sekolah dalam pertandingan bola baling itu kerana dia malas __________.

a)

belajar

b)

berlatih

c)

bekerja

d)

bermain

7.

Datuk Naim __________ ke pejabatnya untuk menghadiri mesyuarat penting dengan pelabur-pelabur asing.

a)

berlari

b)

berlepas

c)

bergegas

d)

bertandang

8.

Buah manggis telah __________ sebagai buah kemegahan negara kerana potensinya untuk menghasilkan pendapatan melalui aktiviti perdagangan antarabangsa.

a)

terukir

b)

terpilih

c)

tercatat

d)

tersemat

9.

Soalan yang berikut berdasarkan gambar di atas ini.


Para penyokong pasukan bola sepak sekolah kami __________ apabila Akil Putra berjaya menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan akhir itu.

a)

bertepuk

b)

bersorak

c)

berdebar

d)

bertempik

10.

Suzana __________ seorang diri tatkala mengenangkan peristiwa yang lucu itu.

a)

terdiam

b)

terpukau

c)

tergamam

d)

tersenyum