NEW
Font size
WorksheetsKata Ganda Berentak
Total questions: 20
Worksheet time: 40mins
Hutan itu mempunyai ......................... yang bermutu tinggi.
cucu-cicit
kuih-muih
kayu-kayan
sayur-mayur
......................... dua orang lelaki yang mencurigakan itu sedang diperhatikan oleh anggota polis yang menyamar sebagai orang awam.
Gerak-geri
Bolak-balik
Lalu-lalang
Kusut-masai
Lelaki itu terkejut menyebabkannya lari ......................... apabila sekumpulan gajah mengejarnya.
kumat-kamit
desas-desus
susup-sasap
lintang-pukang
Penduduk kampung terdengar bunyi ......................... dari arah hutan simpan yang terletak berhampiran kampung mereka.
gilang-gemilang
dentam-dentum
kelam-kabut
gelap-gelita
Badan budak itu ......................... kerana bermain di kawasan semak berhampiran rumahnya.
calar-balar
herot-berot
punah-ranah
comot-momot
Muka dua orang pemburu haram itu ......................... apabila seekor harimau tiba-tiba muncul di hadapan mereka.
kering-kontang
gopoh-gapah
riuh-rendah
pucat-pasi
Keadaan menjadi ......................... kerana gempa bumi itu berlaku tanpa diduya.
lekak-lekuk
hiruk-pikuk
kelam-kabut
porak-poranda
Pak Abu menyusun ......................... yang segar di atas para dengan kemas supaya pelanggannya mudah membuat pilihan.
batu-batan
rumput-rampai
kayu-kayan
sayur-mayur
Puan Sally meminta anaknya menyikat rambut yang ......................... selepas bangun daripada tidur.
kusut-masai
kacau-bilau
sayur-mayur
lalu-lalang
Pengemis itu memakai pakaian ......................... semasa mengambil makanan yang disediakan oleh sukarelawan.
kering-kontang
hancur-lebur
compang-camping
pucat-pasi
Air perigi di belakang rumah Pak Hamid ......................... semasa musim kemarau melanda.
gilang-gemilang
calar-balar
robak-rabit
kering-kontang
Dia tidak mahu ......................... dalam membuat keputusan sama ada mahu menyambung pelajaran ke universiti atau bekerja sahaja..
gopoh-gapah
sorak-sorai
dentam-dentum
rumput-rampai
Pencuri itu berlari ......................... apabila anjing yang garang itu menyalak.
gerak-geri
kelam-kabut
lintang-pukang
compang-camping
Muka askar-askar itu ......................... kerana terkena ranting kayu ketika berlatih di hutan.
pucat-lesi
calar-balar
kusut-masai
dentam-dentum
Anak-anak yang sedang ......................... di sungai itu lari apabila mendengar bunyi ngauman itu.
mandi-manda
kusut-masai
cucu-cicit
gerak-geri
Mereka bukannya tidak tahu penghuni belantara di kawasan ......................... itu.
punah-ranah
calar-balar
bukit-bukau
hiruk-pikuk
Kim Seng yang ......................... kerana ketakutan itu pun mampu berlari pantas meninggalkan tempat itu.
kayu-kayan
bolak-balik
susup-sasap
sedu-sedan
Keadaan yang asalnya ......................... dengan gerak tawa bertukar menjadi ......................... setelah mendengar suara pelik tadi.
hingar-bingar , kelam-kabut
lintang-pukang, gopoh-gapah
serbah-serbih, calar-balar
pucat-pasi, gelap-gelita
Aiman ......................... berlari ke arah rakan-rakannya yang sudah agak jauh ke depan.
tercungap-cangip
kuih-muih
gopoh-gapah
gilang-gemilang
Masing-masing ketawa apabila melihat keadaan diri yang ......................... .
punah-ranah
dentam-dentum
serbah-serbih
hiruk-pikuk
