Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ HINDARI RASUAH TAHUN 6 SKSS

Total questions: 36

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Apa itu rasuah?

a)

Perbuatan untuk menghalalkan yang salah dan menyalahkan yang benar.

b)

Perbuatan yang mengharamkan yang salah dan mengharuskan yang samar.

c)

Perbuatan yang menggalakkan yang benar.

d)

Perbuatan yang mengelakkan kemiskinan masyarakat.

2.

Antara yang berikut, manakah Hadis yang mengharamkan Rasuah?

a)

لَيَشْرَبَنَّ نَاسٌ مِنْ أُمَّتِى الْخَمْرَ يُسَمُّونَهَا بِغَيْرِ اسْمِهَا

b)

وَإِنَّ فَضْلَ العَالِمِ عَلَى العَابِدِ كَفَضْلِ القَمَرِ لَيْلَةَ البَدْرِ عَلَى سَائِرِ الكَوَاكِبِ

c)

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ

d)

إِذَا أَعْطَى اللهُ أَحَدَكُمْ خَيْرًا فَلْيَبْدَأْ بِنَفْسِهِ وَأَهْلِ بَيْتِهِ

3.

Mengapakah kita wajib menjauhi amalan Rasuah?

(a)  

4.

Apakah akibat kepada negara jika Rasuah dibiarkan berleluasa?

a)

Berlaku peningkatan jumlah banduan dalam penjara.

b)

Ekonomi negara akan bertambah maju.

c)

Ramai pelabur yang akan datang melabur ke negara kita.

d)

Negara tidak akan maju kerana berlaku banyak penipuan.

5.

Antara berikut, manakah faedah-faedah menjauhi Rasuah?

a)

Dapat melobi projek mega dengan pantas.

b)

Dicemburui oleh semua bangsa.

c)

Pembangunan negara semakin rancak.

d)

Memberikan wang tambahan supaya dapat mempercepatkan urusan.

6.

Pilih pernyataan yang BETUL tentang perbuatan Rasuah.

a)

Dato Sri Hajah Reena memberikan duit kepada orang miskin dan anak-anak yatim.

b)

Tan Sri Zafran memberi hadiah mewah kepada YB Dato Afif kerana telah membantunya mendapatkan Projek Mega.

c)

Datin Sri Farzana berjaya mencari dana untuk membantu persatuan ibu-ibu tunggal.

d)

Professor Aniq berjaya menemui vaksin COVID-19 dengan cepat selepas menerima dana sumbangan.

7.

Apakah perbuatan Rasuah yang mungkin boleh berlaku dalam kalangan murid-murid sekolah?

a)

Asma belajar bersungguh-sungguh dan berjaya dalam pelajaran.

b)

Karim akan belanja makan di kantin sekolah sekiranya dia dipilih menjadi ketua kelas.

c)

Hazimah dipilih menjadi ketua pelajar selepas melalui temuduga di Bilik Kaunseling.

d)

Farid mendapat hadiah selepas membantu guru mengangkat barang-barang.

8.

Apakah usaha yang boleh dibuat agar amalan Rasuah dalam kalangan masyarakat dapat dihilangkan?

a)

Meminta polis dan tentera menembak mati si pesalah.

b)

Memantapkan penyebaran ajaran agama dan nilai-nilai murni kepada masyarakat melalui media massa.

c)

Memberi wang kepada mereka yang memerlukan supaya tidak berlaku rasuah.

d)

Sentiasa bekerja untuk mengharapkan habuan yang berlipat kali ganda.

9.

Jika seseorang itu terjebak dengan amalan rasuah, apakah perkara dasyat yang akan berlaku terhadap si pelaku rasuah?

a)

Dilaknat oleh Allah s.w.t.

b)

Akan dimasukkan ke dalam senarai hitam.

c)

Di masukkan ke dalam penjara.

d)

Di buang kerja oleh majikan.

10.

Apakah kesimpulan ringkas yang paling tepat tentang menjauhi amalan rasuah?

a)

Rasuah menyebabkan seseorang itu menjana pendapatan tambahan.

b)

Rasuah akan menjadikan seseorang itu dicemuh oleh masyarakat.

c)

Rasuah boleh memberi impak yang berbeza kepada orang lain.

d)

Rasuah akan merugikan seseorang di dunia mahupun di akhirat.

11.

Rasuah bermaksud _______________________________

a)

Suatu pemberian yang diberikan kepada seseorang untuk membenarkan sesuatu yang salah atau membatalkan sesuatu yang benar.

b)

Suatu pemberian yang diberikan atas dasar kasihan dan prihatin.

c)

Pemberian bantuan kepada orang yang amat memerlukan.

d)

Pemberian yang diberikan kepada seseorang untuk menyatakan hasrat yang terpendam.

12.

Yang manakah contoh yang betul menunjukkan situasi rasuah.

a)

Ali memberikan sepasang baju kepada ayahnya tanda kasih sayangnya.

b)

Pak Abu membeli kereta dan mendapat rebate sebanyak RM9000.

c)

Sofia sangat rajin bekerja dan dia dinaikkan pangkat pada bulan berikutnya.

d)

Maria memandu dengan had laju yang berlebihan dan dia disaman akibat tindakannya itu. Untuk menyelesaikan kes tersebut, Maria menyogok pegawai polis tersebut sebanyak RM 1000.

13.

Rasuah mestilah dijauhi kerana _____________________

a)

Allah dan Rasulullah SAW melaknat orang yang memberi dan menerima rasuah.

b)

Membebankan suatu pihak.

c)

Menambahkan pahala kepada si penerima rasuah.

d)

Mengakibatkan gejala penagihan dadah.

14.

Yang manakah menunjukkan kesan rasuah terhadap masyarakat.

(Jawapan boleh dipilih lebih daripada satu)

a)

Menimbulkan permusuhan.

b)

Mendapat kemurkaan dan laknat Allah SWT.

c)

Menjatuhkan maruah diri.

d)

Dapat mewujudkan kesejahteraan umum.

e)

Mengeratkan silaturrahim

15.

"Masyarakat hidup bersatu padu dan jauh daripada kemurkaan Allah SWT"


Pernyataan diatas merujuk kepada __________

a)

Kebaikan menjauhi rasuah.

b)

Keburukan menjauhi rasuah.

c)

Kepentingan menjauhi rasuah.

d)

Syarat wajib rasuah

16.

Sebab berlakunya rasuah?

a)

Tidak mengetahui masuknya waktu solat.

b)

Tidak takut dengan azab Allah SWT.

c)

Berjaya mengawal kehendak diri.

d)

Mahu segera cepat sembuh dari penyakit.

17.

Rasuah boleh menyebabkan sesebuah negara ____________________________.

a)

maju dan berdaya saing.

b)

mencipta nama di persada dunia.

c)

menaikkan imej negara.

d)

mundur dan kucar-kacir.

18.

Perbuatan rasuah sangat dilaknat oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW kerana kesannya sangat buruk kepada _____________________

a)

Individu, masyarakat dan negara.

b)

habitat alam

c)

ekonomi negara jiran.

d)

pesakit yang kronik.

19.

Apakah erti الراشي ?

a)

Pemberi rasuah

b)

Penerima rasuah

c)

Rasuah

20.

Apakah erti والمرتشي ?

a)

Pemberi rasuah

b)

Penerima rasuah

c)

Rasuah

21.

Apakah hukum melakukan rasuah?

a)

Harus

b)

Makruh

c)

Haram

22.

Apakah akibat melakukan perbuatan rasuah?

a)

mendapat pahala

b)

mendapat hadiah

c)

mendapat dosa

23.

Apakah kesan rasuah?

a)

memartabatkan maruah diri

b)

Hidup diberkati

c)

Menimbulkan permusuhan

24.

Menjatuhkan maruah diri dan mendapat kemurkaan Allah merupakan

a)

Kebaikan rasuah

b)

Kesan melakukan rasuah

c)

Sebab berlakunya rasuah

25.

Pilih kebaikan menjauhi rasuah.

a)

Masyarakat hidup bersatu padu

b)

Hidup tidak diberkati Allah

c)

Kestabilan sesuatu organisasi akan tergugat.

26.

Rasuah merupakan perbuatan yang ______ dan ______

a)

mulia, pahala

b)

keji, berdosa

c)

baik, dicontohi

27.

Islam menyuruh penganutnya meraih kejayaan dan mencari rezeki dengan cara yang __________

a)

halal

b)

haram

c)

makruh

28.

Mereka yang terjebak dengan rasuah akan mendapat _____________

a)

Pahala dan balasan syurga

b)

Sanjungan masyarakat

c)

Laknat Allah dan balasan neraka

29.

APA YANG ANDA FAHAM TENTANG RASUAH?

a)

PERLAKUAN YANG MENENTUKAN BAIK ATAU BURUK

b)

JUMLAH PEMBERIAN YANG DIBERI KEPADA SESEORANG SECARA IKHLAS

c)

SUATU PEMBERIAN YANG DIBERIKAN KEPADA SESEORANG UNTUK MEMBENARKAN SESUATU YANG SALAH ATAU MEMBATALKAN SESUATU YANG BENAR

d)

SEDEKAH YANG DIBERI KEPADA ORANG MISKIN

30.

YANG MANAKAH CONTOH MENUNJUKKAN PERBUATAN RASUAH?

a)

BERI SERINGGIT KEPADA PEMINTA SEDEKAH

b)

BERI SAGUHATI KEPADA PEMBEKAL UNTUK MENDAPAT TENDER YANG BESAR

c)

MENABUNG UNTUK KE TEMPAT MEWAH

d)

BERSEDEKAH SEBAB BERJAYA DALAM KERJAYA

31.

APAKAH SEBAB BERLAKUNYA RASUAH

a)

BERSIKAP TAMAK

b)

IMAN YANG LEMAH

c)

KELEMAHAN DIRI UNTUK CAPAI SESUATU

d)

SEMUA DI ATAS

32.

KESAN RASUAH ADALAH SEPERTI BERIKUT KECUALI

a)

DIPANDANG MULIA OLEH MASYARAKAT

b)

MENJATUHKAN MARUAH DIRI

c)

MENIMBULKAN PERBALAHAN DAN PERMUSUHAN

d)

HIDUP TIDAK DIBERKATI

33.

FAEDAH MENGHINDARI PERLAKUAN RASUAH

a)

MASYARAKAT HIDUP BERSATU PADU

b)

EKONOMI, POLITIK DAN SOSIAL DAPAT DIPERKUKUHKAN

c)

SESUATU ORGANISASI AKAN STABIL

d)

SEMUA DI ATAS

34.

APAKAH PENGAJARAN DARIPADA HADIS LARANGAN RASUAH

a)

KITA PERLU MENGAMALKAN RASUAH

b)

RASUAH ADALAH PERBUATAN YANG SANGAT KEJI DAN BERDOSA

c)

RASUAH ADALAH PERBUATAN YANG PERLU DILAKUKAN JIKA TERDESAK UNTUK DIBUAT

d)

PEMBERIAN HADIAH PERLU DIBUAT UNTUK MENDAPAT PENGHARGAAN

35.

PIHAK MANAKAH YANG BERTANGGUNGJAWAB MENANGANI RASUAH?

a)

PDRM

b)

BOMBA

c)

SPRM

d)

AXN

36.

PERKATAAN "RASUAH" DALAM JAWI YANG BETUL ADALAH

a)

رﭼﻮاﻩ

b)

رشوة

c)

رﺻﻮاﻩ

d)

رﺛﻮاﻩ