Font size
WorksheetsT2 ALATAN DAN PERKAKASAN DALAM PROSES PENYEDIAAN MAKANAN
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Antara berikut, yang manakah merupakan alatan yang digunakan untuk membuat dan menghasilkan makanan? [Tandakan 2 jawapan]
Alatan memasak
Alatan menghias
Alatan memotong
Alatan membungkus
Antara berikut, alatan manakah digunakan untuk mengukir dan membentuk hiasan pada buah-buahan?
Parisian scoop
Pisau ukir
Pisau paring
Penerap (cutter)
Rajah menunjukkan alatan untuk memotong. Tandakan dua pernyataan yang benar mengenai peralatan ini.
Mempunyai fungsi yang pelbagai
Mempunyai mata yang bergerigi
Diperbuat daripada keluli tahan karat
Boleh digunakan untuk memotong halus herba dan sayur-sayuran
Pisau pelepa, redai kek dan beg ising merupakan alatan dalam penyediaan reka bentuk makanan. Alatan ini merupakan
alatan menghias
alatan memotong
alatan membentuk
alatan menghidang
Alatan memotong yang ditunjukkan dalam rajah ialah
pisau tukang masak
pisau bergerigi
pisau penyisih
pisau paring
Alatan ini digunakan untuk
mendapatkan bentuk bulat pada makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran
membentuk doh, sayur-sayuran berubi dan juga buah-buahan
mengukir buah-buahan dan sayur-sayuran
membentuk, merapi dan membuang kulit buah-buahan
Pisau bergerigi merupakan alatan memotong yang digunakan untuk
memotong buah-buahan, sayur-sayuran dan mengupas bawang
memisahkan daging daripada tulangnya dan membuang urat dan lemak pada daging
memotong bahan makanan yang lembut namun mempunyai permukaan yang keras
memotong halus herba dan sayur-sayuran
Apakah alatan yang sesuai untuk membuat reka bentuk hidangan buah-buahan seperti dalam gambar.
Pisau turning
Parisian scoop
Icecream scoop
Pisau paring
Seorang pembantu chef ingin membuat persediaan untuk hidangan ayam tanpa tulang. Apakah alatan memotong yang sesuai digunakan untuk memisahkan isi ayam dengan tulangnya?
Pisau ukir
Pisau penyisih
Pisau bergerigi
Pisau bulan sabit
Alat apakah yang sesuai digunakan untuk membuat bentuk bunga seperti dalam gambar.
Pisau ukir
Pisau pelepa
Parisian scoop
Penerap
Apakah alat yang digunakan untuk menghias kek cawan?
Beg aising
Pisau pelepa
Tiub aising
Redai kek
Apakah perkakas yang paling sesuai untuk menghasilkan hidangan ini?
Ketuhar gelombag mikro
Ketuhar elektrik
Pengukus elektrik
Pengadun
Apakah perkakas yang sesuai untuk memasak hidangan dim sum?
Pengukus elektrik
Ketuhar elektrik
Mesin pengisar
Mesin mengadun
Perkakasan yang ditunjukkan dalam rajah berfungsi untuk
mengisar pelbagai jenis makanan
membuat jus buah-buahan dan sayur-sayuran
mengadun adunan roti dan terus dibakar
mengadun semua jenis adunan untuk membuat kek, biskut dan roti
Perkakasan yang ditunjukkan dalam rajah ialah
periuk nasi elektrik
ketuhar elektrik
pengukus elektrik
ketuhar gelombang mikro
