wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENTAKSIRAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU TINGKATAN 2 (KES KHAS)

Total questions: 40

Worksheet time: 2hrs 35mins

Name
Class
Date
1.

1. Peladang itu mencapai kapak ......... menghayunkannya ke pangkal pokok manggis.

a)

A. dan

b)

B. lalu

c)

C. sambil

d)

D. lantaran

2.

2. Pertandingan menganyam ketupat itu dibuka kepada peserta perempuan ............ peserta lelaki yang berminat.

a)

A. dan

b)

B. bahkan

c)

C. malahan

d)

D. manakala

3.

3. Pembantu rumah itu mengemas rumah ............. majikannya ke tempat kerja.

a)

A. setelah

b)

B. sampai

c)

C. kerana

d)

D. sementara

4.

4. Saya berharap ............. Encik Abbas dan isterinya sihat semasa mengerjakan haji di Mekah.

a)

A. agar

b)

B. meskipun

c)

C. manakala

d)

D. andai kata

5.

5. Cikgu Azizul yakin ............. murid-muridnya yang rajin mengulang kaji pelajaran akan lulus dalam peperiksaan.

a)

A. jika

b)

B. agar

c)

C. bahawa

d)

D. biarpun

6.

6. Tempoh masa yang diberikan kepada saya untuk melukis pelan bangunan itu ............ suntuk.

a)

A. betul

b)

B. benar

c)

C. sekali

d)

D. terlalu

7.

7. Laporan ............. keadaan mangsa peperangan di kem pelarian itu akan disiarkan dari semasa ............ semasa.

a)

A. tentang ........... ke

b)

B. bagi ............ hingga

c)

C. terhadap ........... ke

d)

D. bagi .......... hingga

8.

8. Setelah 25 tahun Encik Fadzuwal dan keluarganya tinggal di Kanada, akhirnya mereka mengambil keputusan untuk menetap di tanah air. Keadaan ini sama seperti

a)

A. sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.

b)

B. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

c)

C. sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi.

d)

D. setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga.

9.

9. Walaupun harga televisyen yang dibeli oleh Encik Khairul ini mahal, namun dia berpuas hati kerana televisyen ini tidak pernah rosak walaupun sudah berpuluh-puluh tahun digunakan.

a)

A. Ada rupa ada gaya

b)

B. Ukur baju di badan sendiri.

c)

C. Alah membeli menang memakai.

d)

D. Besar periuk besarlah keraknya.

10.

10. Pilih peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan situasi di atas

a)

A. seperti kerbau dicucuk hidung

b)

B. Bagai aur dengan tebing

c)

C. seperti pahat dengan penukul

d)

D. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

11.

11. Apa keunikan dan kemudahan yang terdapat di Cameron Highlands?

a)

A. Betul

b)

B. Salah

12.

"Sambutan Hari Kebangsaan ke-63 akan diadakan di mana? tanya Farisha kepada Qaleesya.

a)

A. Betul

b)

B. Salah

13.

13. Mereka dapat menggunakan kalkulator semasa menjawab soalan Matematik itu kerana dibenarkan oleh guru.

a)

A. Betul

b)

B. Salah

14.

14. Kotak-kotak di hadapan rumah Hazwan itu ialah untuk dikitar semula bukan dijual.

a)

A. Betul

b)

B. Salah

15.

15. Kereta buruk itu bergerak terenjut-enjut kerana mengalami masalah kerosakan enjin.

a)

A. betul

b)

B. Salah

16.

16. Pilih ejaan yang betul dan tepat.

a)

A. Nasi beriani

b)

B. Nasi beriyani

17.

17. Pilih ejaan yang betul dan tepat.

a)

A. Aturcara

b)

B. Atur cara

18.

18. Pilih ejaan yang betul dan tepat.

a)

A. Guru-guru tingkatan

b)

B. Guru tingkatan-guru tingkatan

19.

19. Pilih ejaan yang betul dan tepat.

a)

A. Mee goreng

b)

B. Mi goreng

20.

20. Pilih ejaan yang betul dan tepat.

a)

A. Sate

b)

B. Satay

21.

Ya Allah, banjir kebahagiaan di mata tuannya meruntun sukma, sampai mendorong kepala ini tergoyang spontan, mengangguk-angguk dalam senyum. Jika ini suatu dosa, ampunkan saya ya Allah kerana menjadi pendusta.


21. Berdasarkan petikan daripada cerpen 'Banjir di Mata Emak' di atas, frasa banjir kebahagiaan merujuk kepada.....

a)

A. amat derita

b)

B. begitu tenang

c)

C. amat gembira

d)

D. begitu sengsara

22.

Jika ini suatu dosa, ampunkan saya ya Allah kerana menjadi pendusta.


22. Mengapakah penulis berharap agar Tuhan mengampunkan dosanya?

a)

A. menipu Mak Piah

b)

B. Menyakitkan Mak Piah

c)

C. Memperdayakan Mak Piah

d)

D. Mengecewakan Mak Piah

23.

Malam itu, saya dipeluk kepanasan demam.


23. Apakah gaya bahasa yang terdapat pada ayat di atas?

a)

A. Hiperbola

b)

B. Epifora

c)

C. Anafora

d)

D. Personifikasi

24.

24. Dalam cerpen 'Banjir di Mata Emak' siapakah "saya"?

a)

A. anak bongsu Mak Piah

b)

B. Anak yatim piatu yang menjaga Mak Piah semasa banjir berlaku.

c)

C. seorang ibu tunggal.

d)

D. Anak yang mengabaikan ibunya.

25.

25. Pada pendapat anda, mengapakah anak-anak mengabaikan ibu bapa mereka?

a)

A. Pengaruh Barat

b)

B. Kesibukan kerja

c)

C. Kurang keprihatinan

d)

D. Pengaruh media massa

26.

26. Berdasarkan 'Pantun Kasih Sayang' di atas, apakah tema yang ingin disampaikan?

a)

A. Kesetiaan sepasang kekasih

b)

B. kasih sayang antara suami dan isteri

c)

C. kasih sayang antara teruna dan dara

d)

D. Kesetiaan seorang isteri terhadap suaminya.

27.

27. Pernyataan di bawah adalah persoalan yang ada dalam Pantun kasih Sayang kecuali

a)

A. Perwatakan yang menarik akan menyebabkan kita disukai orang ramai.

b)

B. Perbezaan antara darjat menyebabkan impian seseorang akan terhalang.

c)

C. Sikap berpura-pura akan menyebabkan sesuatu tujuan itu tercapai.

d)

D. Cita-cita untuk memiliki sesuatu yang besar dianggap mustahil kerana adanya kekurangan diri.

28.

28. Contoh gaya bahasa unsur alam dalam Pantun Kasih sayang ialah .........

a)

A. Plastik

b)

B. Langit

c)

C. Pen

d)

D. Tayar

29.

29. Pada rangkap ke berapa,pantun menerangkan tentang pertemuan bagi orang yang berpisah akan berlaku lagi jika ada ketentuan-Nya.

a)

A. Rangkap 2

b)

B. Rangkap 3

c)

C. Rangkap 4

d)

D. Rangkap 5

30.

30. Bentuk Pantun ini ialah .........

a)

terdiri daripada 5 rangkap

b)

Mempunyai baris yang sama dalam setiap rangkap

c)

berbentuk bebas

d)

Ada pembayang dan maksud

31.

31. Apakah maksud rangkap pertama sajak roti ?

a)

A. Selera untuk makan roti bertambah apabila melihat roti dibakar, kemudian melihat roti yang rangup itu terhidang.

b)

B. Roti yang dibuat di dapur membangkitkan selera. Selera itu bangkit kerana baunya yang harum.

c)

C. Jika banyak orang yang beriman, maka berkuranglah orang yang menderita di dunia ini. Orang yang susah akan bersyukur kerana mereka dibantu oleh golongan yang berada dan beriman.

d)

D. Apabila roti sudah dihidangkan di hadapan mata, selera kian meningkat. Protagonis makan roti itu sampai kenyang dan bersendawa.

32.

32. Berapakah baris yang terdapat pada rangkap ke 5 ?

a)

A. 3

b)

B. 4

c)

C. 5

d)

D. 6

33.

33. Apakah rima akhir bagi rangkap 1?

a)

A. a,a,a,a

b)

B. a,b,a,c

c)

C. a,b,b,a

d)

D. a,b,a,a

34.

34. Apakah pengajaran yang anda dapat dalam Sajak Roti ?

a)

A. Sebagai manusia, kita hendaklah sentiasa berputus asa.

b)

B. Kita hendaklah memberontak jika tidak mendapat sesuatu.

c)

C. Kita hendaklah bersabar ketika menunggu untuk mendapatkan sesuatu.

d)

D. Kita hendaklah melatih diri supaya menjadi orang yang tidak berima

35.

terkecur liur


35. Unsur bunyi bagi huruf yang digariskan ialah ......

a)

A. Aliterasi

b)

B. Asonansi

36.

36. Apakah format penulisan surat ini?

a)

A. Surat kiriman rasmi

b)

B. Surat kiriman tidak rasmi

37.

37. Format penulisan berita adalah seperti berikut kecuali ....

a)

A. Tajuk berita ditulis di tengah-tengah muka surat dengan huruf pertama bagi setiap perkataan ditulis dengan huruf besar. Contoh : Semua Sekolah di Klang Ditutup Akibat Jerebu.

b)

B. Nama tempat ditulis di sebelah kiri perenggan pertama dengan huruf besar dan diikuti oleh tanda ( , ).

c)

C. Isi berita dimulai dengan isi yang kurang penting dan diikuti oleh isi yang penting.

d)

D. Nama hari atau tarikh ditulis selepas nama tempat dan diletak tanda sempang ( - ).

38.

38. Format penulisan ulasan yang baik haruslah merangkumi ...........

a)

50 hingga 80 patah perkataan.

b)

mempunyai isi tersurat dan isi tersirat.

c)

menggunakan penanda wacana yang sesuai untuk menghubungkan idea utama.

d)

mempunyai pendahuluan, isi dan kesimpulan.

39.

39. Yang manakah bukan tergolong dalam penanda wacana?

a)

A. Al-kisahnya

b)

B. Di samping itu

c)

C. Selain itu

d)

D. Seterusnya

40.

40. Penulisan karangan yang baik di bahagian perenggan isi haruslah merangkumi ayat topik, ayat huraian, ayat contoh dan ayat penegas.

a)

A. Betul

b)

B. Salah