WorksheetsSejarah Tingkatan 2 Bab 9
Total questions: 20
Worksheet time: 24mins
Dalam sistem pemerintahan beraja, pemerintah tertinggi negeri digelar sebagai
Sultan @ Raja
Penghulu
Pembesar
Tengku
Kerajaan manakah pemerintah tertingginya menggunakan gelaran Raja?
Negeri Sembilan
Perlis
Kedah
Kelantan
Apakah peranan pembesar dalam sistem pemerintahan beraja negeri?
Mengetuai pentadbiran negeri
Sebagai penguasa di peringkat mukim
Orang perantaraan antara rakyat dan pemerintah
Wakil pentadbiran kerajaan
Apakah tujuan diadakan Istiadat Pertabalan Diraja?
Pengiktirafan yang diberikan kepada pemerintah
Memaklumi rakyat & mengabsahkan kedaulatan Raja
Pengiktirafan kepada rakyat yang berjasa
Menganugerahkan jasa Sultan dan Raja
Apakah peranan Majlis Mesyuarat Negeri yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri?
Melantik Menteri Besar negeri
Ketua Agama Islam Negeri
Membantu Raja atau Sultan mmerintah negeri dan rakyat
Menyerahkan negeri atau kuasa kepada negeri lain
Apakah tujuan penggubalan undang-undang dalam sistem pemerintahan sesebuah kerajaan? (Jawapan lebih daripada satu)
Melancarkan pentadbiran negeri
Memperluaskan kuasa Sultan
Menjamin keadilan rakyat
Memakmurkan negeri
Hukum Maksiat di Kelantan telah ditulis pada abad ke-19. Antara kandungannya ialah
Menyatakan hukuman kesalahan jenayah
Mengharamkan tarian ulik mayang
Mengharamkan perbuatan laga lembu dan persembahan menora
Menguruskan zakat negeri
Apakah nama karya sastera sejarah yang mengisahkan pemerintahan zaman Che Siti Wan Kembang, Puteri Saadong dan Raja Abdullah?
Hikayat Seri Kelantan
Detik-detik Sejarah Kelantan
Hikayat Merong Mahawangsa
Syair Sultan Maulana
Pada pendapat anda, apakah kepentingan karya persuratan kepada generasi masa kini? Berikan dua kepentingan sahaja.
Gambar rajah diatas menunjukkan warisan seni persembahan. Berdasarkan gambar rajah, bagaimana kita dapat menghargai warisan seni yang ditinggalkan kepada kita?
Adat Perpatih telah diamalkan di
Negeri Sembilan
Kedah
Kelantan
Perlis
Apakah yang dimaksudkan dengan Ibu Soko dalam adat perpatih
Ibu yang melahirkan anggota masyarakat
Suku yang telah wujud
Pemerintah tertinggi dalam adat perpatih
Kumpulan terbesar dalam kumpulan masyarakat
Perlaksaan hukuman dalam adat perpatih mestilah bersifat
tegas dan berat
pemulihan dengan memberikan pertimbangan
kekasaran dan kejam
Mengapakah Adat Perpatih menggalakkan perkahwinan luar suku?
Bagi mewujudkan hubungan persaudaraan antara suku
Bagi mengekalkan kedudukan sukunya
Supaya ahli suku lebih ramai
Supaya hak ahli suku dapat dikekalkan
Apakah yang akan berlaku sekiranya wanita dan lelaki berkahwin sesama suku?
Dibuang daripada sukunya dan dibuang negeri
Mendapat jawatan dalam adat
Hilang hak mewarisi harta dan menyandang jawatan dalam adat
Dicemuh oleh keluarga dan suku mereka
"Darah dicecah
Doa ditampung
Sumpah dilabuh
Quran dijunjung"
Penyataan diatas berkaitan dengan upacra kedim. Apakah yang berlaku semasa upacara kedim ini?
Orang semenda mengerjakan tanah pusaka isterinya
Pemilihan Buapak oleh Ibu Soko dalam pemerintahan
Adat memulih pusaka bagi perempuan yang hilang hak
Seseorang bersumpah taat setia dengan ahli suku yang akan disertai
Apakah peranan Ibu Soko dalam pemerintahan Negeri Sembilan?
Menjaga keamanan dan keselamatan sukunya
Mengetahui adat dan asal usul kelompok keluarganya
Membantu Yang di-Pertuan besar dalam memerintah Negeri Sembilan
Menyelesaikan pertelingkahan antara suku
Jawatan Undang merupakan Ketua Luak yang dilantik oleh Lembaga. Apakah peranan Undang?
Mengurus pembahagian harta pusaka
Ketua rujukan dalam aspek adat dan hukum
Memilih Yang di-Pertuan Besar yang berketurunan Yamtuan Radin
ketua negeri bagi Negeri Sembilan
Jawatan Penghulu merupakan Ketua Luak bagi daerah berikut kecuali
Jempol
Ulu Muar
Gunung Pasir
Sungai Ujong
Bagaimanakah prinsip demokrasi diamalkan dalam Adat Perpatih?
Perlantikan pemimpin secara paksaan oleh ketua
Penyandang pesaka adat pada semua peringkat dipilih hasil permuafakatan
Pemilihan pemimpin secara sukarela pada setiap peringkat
