wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM- Aug Exam 2

Total questions: 27

Worksheet time: 28mins

Name
Class
Date
1.

Ahli-ahli pasukan bola sepak ……….piala mereka sambil berlari mengelilingi padang stadium setelah memenangi pertandingan bola sepak.

a)

menjinjing

b)

mendukung

c)

menjunjung

d)

menggendong

2.

Pekerja-pekerja paramedik ……………….mangsa yang mengalami kemalangan jalan raya itu ke dalam kereta ambulans mereka.

a)

mengangkat

b)

memikul

c)

mengusung

d)

memimpin

3.

Ibu saya sedang ……………..adik bongsu saya sambil duduk di atas kerusi.

a)

menggelek

b)

menjunjung

c)

memangku

d)

menggonggong

4.

Sejumlah besar daripada orang Melayu bertani iaitu menanam padi, pisang, jagung, dan tembakau sebagai ……………..

a)

mata pencarian

b)

wawasan

c)

mithali

d)

durjana

5.

Jantung saya …………..berhenti berdegup dan memikirkan yang bukan-bukan setelah mendapati wang saya sudah hilang.

a)

selebih-lebih

b)

sepandai-pandai

c)

seolah-olah

d)

sehabis-habisan

6.

Lihat gambar di bawah.

Pak Kalid sedang ____________ dua baldi yang penuh berisi air.

a)

memikul

b)

membawa

c)

menjunjung

d)

memimpin

7.

Yee Han mengucap kan terima kasih kepada jirannya setiap kali jirannya memberikan makanan kepadanya, bak kata orang tua-tua _____________________.

a)

kalau baik disebut orang, kalau jahat, jahatlah

b)

biar lambat asalkan selamat

c)

orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa

d)

jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

8.

Sewaktu berada di jalan raya, pandulah dengan cermat supaya selamat sampai ke tempat yang di tujui sesuai dengan bidalan yang berbunyi______________________.

a)

kalau baik disebut orang, kalau jahat, jahatlah.

b)

biar lambat asalkan selamat

c)

orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa

d)

jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

9.

Ayah selalu menasihati kakak supaya belajar dengan tekun dan gigih kerana kata orang tua-tua _________________.

a)

kalau baik disebut orang, kalau jahat, jahatlah.

b)

biar lambat asalkan selamat

c)

orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa

d)

jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

10.

Zaman Doktor Mahathir sudah berlalu, sekarang tibanya zaman Pak Lah, tidak kira siapa yang memerintah, kita akan junjung juga bak kata orang tua-tua ___________________.

a)

kalau baik disebut orang, kalau jahat, jahatlah.

b)

siapa menjadi raja, tangan kita ke dahi juga.

c)

orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa

d)

jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

11.

________________, walaupun Pak Cik Leman sudah meninggal dunia bertahun-tahun, namun namanya masih disebut-sebut oleh penduduk di sini kerana jasa bailknya masih diingati oleh mereka.

a)

kalau baik disebut orang, kalau jahat, jahatlah.

b)

biar lambat asalkan selamat

c)

orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa

d)

jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

12.

Raja-raja Melayu dan rakyat tempatan tegas menentang penubuhan Malayan Union dan ………………………selama satu minggu.

a)

menentang

b)

dibelenggu

c)

menerajui

d)

berkabung

13.

Bahasa Malaysia juga …………………….sebagai bahasa ilmu.

a)

diterjemahkan

b)

dianaktirikan

c)

dinamik

d)

dimahkotakan

14.

Sejak permulaan …………………manusia, pelbagai cara digunakan untuk menyampaikan maklumat berbentuk amaran, pertolongan cemas, dan berita.

a)

tamadun

b)

pelapis

c)

sasaran

d)

mesej

15.

Tinggal beberapa ……………………….telur sahaja di dalam peti sejuk.

a)

butir

b)

ketul

c)

ulas

d)

sisir

16.

Pak Lah mempunyai tiga …………….sawah yang masih diusahakan di kampungnya.

a)

pasukan

b)

bidang

c)

butir

d)

pintu

17.

Tiga …………………pistol telah ditemukan di tempat pembuangan sampah pada pagi tadi.

a)

ulas

b)

pucuk

c)

pasukan

d)

bidang

18.

Ambil ……………………..pakaian yang kamu suka.

a)

apa-apa

b)

bila-bila

c)

siapa-siapa

d)

mana-mana

19.

“………………….yang sudah habis menjawab soalan boleh hantar sekarang,” kata pengawas peperiksaan kepada semua pelajar.

a)

Mana-mana

b)

Apa-apa

c)

Siapa-siapa

d)

Bila-bila

20.

………………..pendapat saya, rancangan itu hanya memanfaatkan para peniaga.

a)

Pada

b)

Dengan

c)

Dari

d)

Bagi

21.

Baru-baru ini, Kak Ngah belajar …………………lewat malam.

a)

laksana

b)

sampai

c)

pada

d)

ke

22.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan-perkataan yang digariskan dengan betul.

I. Tinggal beberapa butir telur sahaja di dalam peti sejuk.

II. Hanya tinggal tiga butir tembikai di dalam bakul penjual itu.

III. Matanya pedih dan merah kerana termasuk beberapa butir pasir.

IV. Sila jelaskan kepada saya semua butir keterangan yang telah kamu temui dalam siasatan tadi.

a)

I, II,III

b)

I, II, IV

c)

II, III, IV

d)

I, III, IV

23.

Apakah jenis puisi di atas ?

a)

pantun

b)

sajak

c)

syair

d)

cerpen

24.

Apakah ayat pembayang untuk rangkap ke-5 ?

a)

Malaysia negaraku permai

b)

Menara berkembar menyapu awan

c)

cantik bersih hati tertawan

d)

Jernih air di sungai

25.

Rima akhir bagi puisi ini ialah

a)

abab

b)

aa

c)

ab

d)

aaaa

26.

Berikut merupakan salah satu tempat pelancongan yang dinyatakan dalam puisi ini :

a)

Gunung Kinabalu

b)

belantara

c)

tentera

d)

unggas

27.

Berikut merupakan nilai murni yang terdapat dalam puisi ini :

(i) Baik perangai

(ii) Baik budi

(iii) Aman damai

(iv) Semangat patriotisme

a)

i, ii, dan iii

b)

i, ii, dan iv

c)

i, iii, dan iv

d)

i, iii, iii, dan iv