Font size
WorksheetsUJIAN SUMATIF 2 BAHASA MELAYU TINGKATAN 2
Total questions: 40
Worksheet time: 33mins
Zairul membatalkan niatnya untuk membeli telefon pintar itu kerana harganya terlalu _______ sedangkan wang simpanannya sedikit sahaja.
tebal
berat
kasar
mahal
Proses _________ undi bagi pilahan raya kecil di kawasan itu berjalan dengan lancarnya.
penyebaran
pemarkahan
pemerhatian
pembuangan
"Semoga persahabatan yang terjalin antara ________ akan kekal selama-selamanya," kata Anis kepada Syafiqah.
kita
saya
kami
kamu
Anak Puan Norlita telah meninggal dunia hampir enam bulan yang lalu tetapi beliau masih tidak dapat menerima ______ itu.
penyataan
pernyataan
kenyataan
menyatakan
Peribahasa-peribahasa di bawah ini menggambarkan bahawa seseorang yang hendak berjaya perlulah berusaha, kecuali
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras
malu bertanya sesat jalan, malu berkayuh perahu hanyut
Gambar di atas menunjukkan isi kelapa yang sedang _______.
dikaut
diparut
dikorek
dicungkil
Bas yang membawa peserta rombongan ke Kuala Lumpur ________ benar tiba di destinasinya.
cekap
mahir
lambat
lampau
Puan Masyitah _______ tepung untuk membuat kek bersempena dengan ulang tahun kelahiran anak bongsunya.
mengayak
menyaring
menggoyang
menggoncang
Aduh, sakit kakiku ini!
Ayat Seruan
Ayat Tanya
Ayat Perintah
Ayat Penyata
Mangsa kemalangan itu telah dihantar ke hospital.
Ayat Seruan
Ayat Tanya
Ayat Perintah
Ayat Penyata
Harap hadirin bersabar seketika.
Ayat Seruan
Ayat Tanya
Ayat Perintah
Ayat Penyata
Bilakah tarikh perkahwinan Badrul?
Ayat Seruan
Ayat Tanya
Ayat Perintah
Ayat Penyata
Mengapakah kamu tidak hadir ke sekolah semalam?
Ayat Seruan
Ayat Tanya
Ayat Perintah
Ayat Penyata
Amboi, cantiknya baju baharu awak!
Ayat Seruan
Ayat Tanya
Ayat Perintah
Ayat Penyata
Syabas, engkau telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan!
Ayat Seruan
Ayat Tanya
Ayat Perintah
Ayat Penyata
Murid-murid tidak seharusnya bersikap ________ ketika menjawab soalan peperiksaan agar mereka tidak melakukan kesilapan.
kasar
gentar
gopoh
pantas
Program lawatan ke rumah anak yatim di Kuala Selangor itu _______ diadakan pada akhir bulan ini.
sedang
sudah
dapat
akan
"Bilakah __________akan berangkat ke Indonesia?" tanya Hamdan kepada Raju
dia
kami
kamu
dikau
Jika tin itu tidak ditutup dengan kemas, biskut di dalamnya akan ______________
tengik
lembik
empuk
lemau
Samad rajin belajar ______________ abangnya malas
tetapi
dan
sejak
kecuali
Betulkan frasa yang bergaris bagi ayat berikut :
Tiap warganegara Malaysia perlu menguasai bahasa kebangsaan.
Tiap-tiap warganegara-warganegara
Tiap-tiap warganegara
Setiap orang warganegara
Tiap warganegara
Barang-barang antik yang mereka temui itu berusia kira-kira 100 tahun.
yang ditemukan oleh mereka itu
yang ditemui oleh mereka itu
yang mereka temukan itu
yang mereka temui itu
Apabila berjanji, kita hendaklah tunai janji itu.
hendaklah tunaikan janji itu
mestilah tunai janji itu
hendaklah menunaikan janji itu
hendaklah tunai janji itu
Apakah maksud peribahasa "baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang"?
orang miskin yang mendapat pertolongan
berbuat baik semasa hidup untuk diri sendiri
orang yang baik biar di mana-mana sekalipun akan dimuliakan juga
merendah diri lebih baik daripada bersikap sombong
Apakah maksud peribahasa "kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau"?
orang yang berketurunan baik, ke mana-mana dia pergi akan baik juga jadinya
merendah diri lebih baik daripada bersikap sombong
orang yang baik biar di mana-mana sekalipun akan dimuliakan juga
orang miskin yang mendapat pertolongan
Apakah maksud " alah bisa tegal biasa"?
orang yang malas tidak akan maju
kita hendaklah berusaha untuk mendapatkan sesuatu
kerja yang sukar kalau selalu dilakukan akan menjadi mudah
rajin dan cepat bekerja
Pilih jawapan yang betul.
Setiap ahli kumpulan _____ pandangan hagi menyiapkan tugasan yang akan dihantar pada minggu hadapan.
berbantah-bantah
berbalas-balas
berubah-ubah
bertukar-tukar
Pilih jawapan yang betul.
Dia mengutip beberapa __________ batu lalu membaling ke arah __________ burung ciak itu.
genggam ..... segerombolan
batang ..... sekumpulan
ketul ..... sekawan
kepal ..... seekor
Abang _____________ di atas katil setelah kepenatan bekerja seharian.
A. tertiarap
B. tersandar
C. terbaring
D. terduduk
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ialah ________ tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.
A. pentadbir
B. pemerintah
C. pemimpin
D. penguasa
Tok Abah __________ telinga adik-adik kerana mereka tidak mengendahkan larangannya supaya tidak bermain hujan.
A. memegang
B. memiat
C. mengetil
D. mencubit
Bina ayat menggunakan kata adjektif yang diberikan.
1. Cantik
Bina ayat menggunakan kata adjektif yang diberikan.
2. Buruk
Bina ayat menggunakan kata adjektif yang diberikan.
3. Jauh
Bina ayat menggunakan kata adjektif yang diberikan.
4. Indah
Bina ayat menggunakan kata adjektif yang diberikan.
5. Berat
