Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UJIAN BERTULIS 2

Total questions: 25

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.
Ibu saya __________ sayang akan barang-barang antiknya.
a)
sekali
b)
sangat
c)
benar
d)
nian
2.
Rohana _____________ pandai jika dibandingkan dengan adik-beradiknya yang lain.
a)
begitu
b)
sekali
c)
agak
d)
betul
3.
Cendol pulut Pak Hassan ___________ sehingga terkenal di pekan ini.
a)
sungguh enak sekali
b)
nian enak
c)
sekali enak
d)
betul enak
4.
Jurulatih itu __________tegas terhadap pemain jika berkaitan dengan disiplin.
a)
benar
b)
sekali
c)
nian
d)
amat
5.
Rasa buah durian tembaga itu ___________ sedap.
a)
betul
b)
benar
c)
sekali
d)
sangat
6.
Air sungai itu jernih ____________ sehingga kelihatan ikan-ikan di dalamnya.
a)
agak
b)
amat
c)
paling
d)
terlalu
7.
Anak kucing itu _________comel.
a)
sangat
b)
terlalu
c)
nian
d)
paling
8.
Air sirap yang dibuat oleh Dahlia ini manis __________. 
a)
benar
b)
agak
c)
nian
d)
terlalu
9.
Indah ___________ pemandangan matahari terbenam pada waktu senja ditepi pantai itu.
a)
nian
b)
paling
c)
terlalu
d)
agak
10.

Marah __________ ibu dengan sikap abang yang suka keluar malam itu.

a)

terlalu

b)

nian

c)

benar

d)

agak

11.

Gerakan mencari mangsa bot karam itu akan diteruskan __________ pagi esok.

a)

dari

b)

sejak

c)

hingga

d)

daripada

12.

Kelawar keluar mencari makanan __________ waktu malam

a)

di

b)

pada

c)

hingga

d)

daripada

13.

Mak Cik Siti termenung sendirian di jendela rumahnya kerana rindu ________ anaknya yang menuntut di Mesir.

a)

oleh

b)

dengan

c)

akan

d)

kepada

14.

Borang cadangan itu hendaklah dimasukkan ___________ dalam peti yang berwarna hitam.

a)

di

b)

pada

c)

ke

d)

hingga

15.

Kejayaan kita dalam pelajaran bergantung ____________ daya usaha kita sendiri.

a)

pada

b)

kepada

c)

dengan

d)

dari

16.

Paras air sungai Rajang sentiasa dicatat ____________ semasa ke semasa

a)

pada

b)

dari

c)

hingga

d)

daripada

17.

Skim pinjaman buku teks disediakan ____________ pelajar yang kurang mampu.

a)

demi

b)

bagi

c)

akan

d)

pada

18.

Kereta yang terlibat dalam kemalangan itu, adalah _____________ Kuala Kangsar ___________ Kedah.

a)

di ... ke

b)

dari ... ke

c)

di ... kepada

d)

daripada ... kepada

19.

Paras air sungai Rajang sentiasa dicatat ____________ semasa ke semasa

a)

pada

b)

dari

c)

hingga

d)

daripada

20.

Apa _______ yang berlaku sehingga dia menjerit sekuat hati?

a)

tah

b)

kah

c)

lah

d)

pun

21.
Sampah di tempat longgokan sampah itu berbau __________.
a)
tengik amat
b)
busuk sekali
c)
hapak sungguh
d)
hanyir sekali
22.
Alat-alat sukan yang dijual di kedai itu _______.
a)
agak murah
b)
paling murah sekali
c)
murah teramat
d)
murah-murah sekali
23.
"Bilik tidur abang kamu ________," kata Raj kepada Thanush.
a)
sungguh selerak
b)
sungguh teramat selerak
c)
paling selerak
d)
paling sungguh selerak
24.
Ammar merupakan murid yang ______ tiba di sekolah.
a)
paling amat lewat
b)
paling-paling lewat
c)
paling lewat
d)
paling teramat lewat sekali
25.
________ anyaman bakul rotan yang dihasilkan oleh gadis itu.
a)
Lembut sekali
b)
Halus sekali
c)
Mesra sekali
d)
Rapat sekali