WorksheetsHaba 3
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Antara berikut, yang manakah merupakan konsep yang digunakan dalam pengukuran suhu badan menusia menggunakan termometer?
Muatan haba tentu
Haba pendam tentu
Keseimbangan terma
Perolakan haba
Suatu eksperimen telah dijalankan untuk menentu ukur termometer merkuri yang tidak bertanda. Jika panjang turus merkuri adalah seperti dalam rajah, berapakah suhu air suam?
30 °C
40 °C
50 °C
55 °C
Dalam suatu eksperimen, Siraj mendapati bahawa 100 g cecair memerlukan 12600 J tenaga haba untuk menaikkan suhu dari 30°C hingga 60°C, muatan haba 100 g cecair itu adalah
42 J °C-1
420 J °C-1
4200 J °C-1
42000 J °C-1
Ciri bahan yang manakah paling sesuai untuk digunakan sebagai tapak kuali?
Takat lebur rendah
Ketumpatan yang tinggi
Muatan haba tentu rendah
Kekonduksian haba rendah
Azad mendidihkan suatu cecair di dalam sebuah bikar. Dia menaikkan suhu cecair tersebut dari 10°C hingga 130°C dengan tenaga haba 12000 J.
Jika jisim cecair adalah 2.5 kg, berapakah muatan haba tentu cecair tersebut?
40 J kg-1 °C-1
80 J kg-1 °C-1
120 J kg-1 °C-1
160 J kg-1 °C-1
Satu gelas air diambil dari peti sejuk. Beberapa kubus ais dimasukkan ke dalam gelas tersebut, kemudian ditinggalkan dalam bilik selama beberapa jam.
Menurut rajah, apakah yang diwakili oleh suhu X?
Takat mendidih air
Takat lebur ais
Suhu bilik
suhu di dalam peti sejuk
Satu botol yang kosong pada suhu bilik dimasukkan ke dalam sebuah baldi berisi ais.
Didapati botol tersebut menjadi kemek. Situasi ini boleh diterangkan oleh
Hukum Charles
Hukum Tekanan
Hukum Boyle
Hukum Newton
Sebelum membuat satu perjalanan jauh, Rahman yang berada dalam garaj bersuhu bilik memastikan tekanan pada tayar adalah 190 kPa.
Selepas perjalanannya, Rahman mendapati tekanan udara tayarnya meningkat sehingga 200 kPa.
Berapakah suhu udara dalam tayar tersebut, jika isipadu udara adalah malar?
12 °C
28.4 °C
37.8 °C
42.8 °C
Suatu picagari digunakan dalam satu eksperimen. Didapati tekanan udara pada picagari tersebut adalah 50 Pa apabila bacaan pada picagari adalah 3 ml.
Sekiranya bacaan pada picagari adalah 1 ml, berapakah tekanan yang dibaca sekarang?
50 Pa
100 Pa
150 Pa
200 Pa
Suatu periuk dipanaskan dengan menggunakan pemanas elektrik yang berkuasa 800 W.
Jika jisim periuk itu ialah 3 kg dan muatan haba tentunya ialah 900 J kg-1 °C-1, berapa lamakah masa yang diambil untuk suhu periuk meningkat sebanyak 80°C?
13 saat
27 saat
34 saat
46 saat
