wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SISTEM BAHASA (Kata Nafi dan Kata Pemeri)

Total questions: 12

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Encik Khairuddin __________ pemilik rumah lama itu, tetapi rumah itu milik adiknya.

a)

ialah

b)

adalah

c)

tidak

d)

bukan

2.

Kumpulan etnik terbesar di Malaysia ___________ Melayu, Cina, dan India.

a)

adalah

b)

ialah

c)

bukan

d)

tidak

3.

"Gambus tidak dibawa ke Malaysia oleh pedagang India, tetapi oleh pedagang Parsi dan Timur Tengah," terang ayah kepada Asyraf. Tiada kesalahan.

a)

tidak

b)

oleh

c)

tetapi

d)

Tiada kesalahan

4.

Encik Murad memberitahu kami bahawa kelas seni ini bukan untuk meraih keuntungan, tetapi untuk memastikan seni kraf tembikar tempatan terus terpelihara. Tiada kesalahan.

a)

bahawa

b)

bukan

c)

untuk

d)

Tiada kesalahan

5.

Sungai yang terpanjang di Malaysia adalah Sungai Rajang, bukan Sungai Kelantan. Tiada kesalahan.

a)

yang

b)

adalah

c)

bukan

d)

Tiada kesalahan

6.

Pilih ayat yang betul.

a)

Mereka ke sana bukan hendak bersiar-siar, tetapi atas urusan kerja.

b)

Karnival kebudayaan negeri Sarawak tidak anjuran pihak kerajaan.

c)

Bungkusan ini ialah untuk para penari kebudayaan negeri Pahang.

d)

Wanita yang bertudung ungu itu adalah guru tari kami yang baharu.

7.

Pilih ayat-ayat yang betul.

I. Skrip yang dihasilkan mestilah bukan menyentuh isu sensitif.

II. Karya sastera ini tidak sesuai untuk murid-murid sekolah rendah.

III. Tema pertandingan penulisan cerpen ini adalah bebas.

IV. Karya hendaklah tulisan sendiri, iaitu tidak ditiru atau dijiplak.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I, II, dan III sahaja

d)

II, III, dan IV sahaja

8.

Pilih ayat-ayat yang betul.

I. Pertikaian antara mereka ialah disebabkan percanggahan pendapat.

II. Wau bulan adalah sejenis permainan tradisi yang popular di pantai timur.

III. Tujuan program ini adalah untuk memastikan murid-murid menguasai tulisan Jawi.

IV. Saya mempelajari seni ini untuk mempertahankan diri, bukan untuk mencederakan orang lain.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I, II, dan III sahaja

d)

II, III, dan IV sahaja

9.

Tulis jawapan yang betul bagi menggantikan perkataan yang bergaris.


Buku ini ialah tentang sejarah perkembangan bahasa Melayu tanah air sejak sebelum merdeka.

(a)  

10.

Tok Alang Mustafa tidak ayah Kamil tetapi ayah saudaranya.

(a)  

11.

Sahsiah yang mulia adalah asas pembentukan modal insan yang cemerlang.

(a)  

12.

"Janganlah awak bimbang kerana kursus yang akan saya hadiri ini bukan lama," kata Encik Aiman kepada isterinya.

(a)