wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

JARINGAN TEPAT PJK TAHUN 4

Total questions: 10

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran menjaring?

a)

Kemahiran menjaring ialah kebolehan mengatasi pemain penyerang serta pertahanan lawan dengan memasukkan bola ke dalam gawang lawan.

b)

Kemahiran menjaring ialah kebolehan mengatasi jurulatih serta pengurus pihak lawan dengan memasukkan bola ke dalam gawang lawan.

c)

Kemahiran menjaring ialah kebolehan mengatasi pemain pertahanan serta penjaga gol lawan dengan memasukkan bola ke dalam gawang lawan.

2.

Apakah yang perlu dilakukan oleh pemain pertahanan supaya pemain lawan tidak menjaringkan gol?

a)

Melakukan kemahiran menangkap bola menggunakan kedua-dua belah tangan semasa pemain penyerang lawan mnyepak bola kearah gawang gol.

b)

Melakukan kemahiran memintas dan takel terhadap penyerang lawan seterusnya menahan bola daripada memasuki gawang gol.

c)

Melakukan kemahiran menghantar bola menggunakan kedua-dua belah kaki kepada pemain penyerang bagi membolehkan jaringan gol dilakukan.

3.

Berdasarkan gambaran diatas, siapakah yang sedang cuba melakukan kemahiran menjaring?

a)

Rizal

b)

Azman

c)

Yusri

4.

Bagaimanakah situasi yang menunjukkan jaringan gol itu telah dilakukan?

a)

Memasukkan bola sepenuhnya ke dalam gawang gol pihak lawan.

b)

Memasukkan bola separuh sahaja di gawang gol pihak lawan.

c)

Memasukkan bola diatas garisan gawang gol pihak lawan.

5.

Apakah kualiti utama yang perlu ada pada pemain untuk menjaringkan gol?

a)

Memintas, menghalang, takel dan menjatuhkan pihak lawan

b)

Kekuatan, kelajuan, ketepatan sasaran dan masa.

c)

Mempunyai impian, bercita-cita tinggi dan kemahuan untuk berjaya

6.

Apa yang perlu dilakukan Yusri bagi memastikan dia berjaya menjaringkan gol?

a)

Yusri perlu Membaling bola ke arah Azman bagi membolehkan jaringan dilakukan.

b)

Yusri perlu membaling bola tepat ke arah penjaga gol supaya bola itu boleh masuk kedalam gawang gol.

c)

Yusri perlu mengenalpasti ruang kosong untuk memasukkan bola kedalam gawang gol.

7.

Berdasarkan gambar diatas apakah prinsip utama yang dilakukan penjaring tersebut dalam menjaringkan gol?

a)

Pemain mengamalkan sikap berhati-hati

b)

Pemain bijak mengarah dan menepati sasaran tertentu

c)

Pemain melakukan sepakan lencong yang tidak berjaya ditangkap penjaga gol

8.

Nyatakan prinsip utama yang perlu dilakukan pemain tersebut untuk menjaringkan gol.

a)

Pemain melompat tinggi kedua-dua belah kaki sambil melakukan aksi sepakan gunting.

b)

Memastikan bola yang hadir melambung tepat kearah kaki sebelum menyepaknya ke arah gawang gol.

c)

Pemain memberi penumpuan sepenuhnya pada gerakan yang hendak dilaksanakannya.

9.

Dalam permainan bola sepak, seseorang pemain itu boleh menjaringkan gol dengan menggunakan anggota berikut, KECUALI...

a)

Kepala

b)

Tangan

c)

Kaki

10.

Adam seorang penyerang dalam sukan hoki. Oleh itu, Adam telah menggunakan ____________ hoki nya untuk memukul bola bagi menjaringkan gol.

a)

sarung tangan

b)

kayu

c)

kasut