wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata ganda Berentak (Tahun 3)

Total questions: 10

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Sikap ______________ Hani selalu dipuji oleh guru-guru yang mengajarnya.

a)

sopan-santun

b)

panas baran

c)

riuh-rendah

2.

Ahmad kelihatan ______________ di hadapan kedai runcit itu petang tadi.

a)

gunung-ganang

b)

gelap-gempita

c)

mundar-mandir

3.

Keadaan di dewan itu ____________ kerana penduduk kampung berkumpul di sana menunggu kedatangan penyanyi Iman Troye.

a)

senyap-sunyi

b)

sunyi-sepi

c)

riuh-rendah

4.

Pondok bacaan itu ber______________ selepas dicat oleh Kamarul dengan pelbagai warna.

a)

sinar-sinar

b)

semak-samun

c)

warna-warni

5.

Pak Ali mengupah Samsul untuk menebas ____________ di belakang rumahnya pada petang esok.

a)

kayu-kayan

b)

semak-samun

c)

bukit-bukau

6.

Ketika sambutan hari raya, ramai ______________ yang datang berkunjung ke rumah kami.

a)

sanak-saudara

b)

riuh-rendah

c)

anak-anak

7.

Di belakang rumah datuk saya tersergam indah pemandangan ____________ Banjaran Titiwangsa.

a)

semak-samun

b)

kayu-kayan

c)

gunung-ganang

8.

Nenek akan memasak pelbagai jenis ______________ dan juadah apabila kami pulang ke kampung.

a)

lauk-pauk

b)

sayur-mayur

c)

kaya-raya

9.

Pada hari minggu yang lalu, ayah membawa kami sekeluarga ____________ di Air Terjun Sungai Gabai.

a)

mundar-mandir

b)

riuh-rendah

c)

mandi-manda

10.

Ibu menyediakan ____________ untuk menjamu penduduk kampung yang sedang ber_______________ membersihkan kawasan masjid.

a)

lauk-pauk.....mundar-mandir

b)

kuih-muih.....gotong-royong

c)

sayur-mayur......semak-samun