Font size
WorksheetsKEPADATAN PENDUDUK DI NEGARA MALAYSIA
Total questions: 10
Worksheet time: 6mins
Tandakan BETUL (/) tentang ciri kepadatan penduduk di Malaysia.
taburan sama rata antara kawasan atau negeri
kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi
peratus kepadatan penduduk bandar lebih tinggi berbanding luar bandar
purata kepadatan : 71 orang se.km.per
Tandakan BETUL (/) bagi negeri yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.
Tandakan BETUL (/) bagi faktor yang menyebabkan kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia memiliki taburan penduduk yang padat.
Bentuk muka bumi yang rata
Mempunyai tanah pamah yang sesuai untuk pertanian
Banyak bandar besar yang menwarkan peluang pekerjaan
Cuaca dan iklim yang panas dan lembab sepanjang tahun
Tandakan BETUL (/) bagi faktor yang menyebabkan ketidakseimbangan taburan penduduk antara kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia dengan kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia berfokus kepada pertanian skala kecil berbanding kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
kegiatan ekonomi di kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia berskala besar dan pelbagai berbanding kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
sejarah pembangunan terutama bandar besar seperti Banda Hilir, Melaka dan Kuala Lumpur.
Fokus kerajaan yang memberi tumpuan terhadap pembangunan di kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia
Tandakan BETUL (/) bagi faktor yang menyebabkan ketidakseimbangan taburan penduduk antara kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia dengan kawasan Sabah dan Sarawak di Kepulauan Borneo.
bentuk muka bumi Sabah dan Sarawak yang kebanyakkan terdiri daripada kawasan tanah tinggi
pembangunan wilayah yang tidak seimbang di mana fokus diberikan kepada Wilayah Selatan Sarawak iaitu Kuching
jaringan jalan raya yang padat
Darjah ketersampaian kurang kerana faktor kekurangan infrastruktur seperti jalan raya
Berikut merupakan faktor fizikal yang mempengaruhi ketidakseimbangan taburan penduduk di Malaysia, KECUALI.
Petempatan tertumpu di kawasan lembah sungai dan kawasan delta di mana kawasan ini memudahkan perhubungan, memudahkan pembinaan petempatan dan membolehkan pelbagai tanaman di tanam.
Kawasan pergunungan dan berbukit bukau tidak menggalakkan perkembangan petempatan kerana sukar diterokai, menyukarkan pembangunan infrastruktur dan risiko tanah runtuh.
Kawasan berpaya sama ada kawasan paya air tawar atau paya bakau dijauhi oleh penduduk kerana kawasan ini tidak sesuai untuk pertanian dan petempatan selain membawa kepada penyakit bawaan vektor seperti malaria.
Pembukaan tanah oleh kerajaan atas dasar dan polisi seperti KESEDAR, KETENGAH, FELDA dan lain lain menjadikan kawasan hutan belantara keoada kawasan berpenduduk sederhana padat.
Di Sarawak, kawasan jarang penduduk terdiri dari beberapa ciri, KECUALI.
kawasan pedalaman yang bergunung - ganang
kawasan paya bakau dan muara sungai
kawasan pedalaman berhutan tebal
kawasan pinggir bandar
"Perlombongan bijih timah di Lembah Klang, Lembanh Kinta dan Seremban pada abad ke-18 telah menarik kemasukkan pelombong dari China. Penghijrahan masuk orang cina telah mewujudkan bandar-bandar seperti Kuala Lumpur, Ipoh dan seremban. "
Penyataan tersebut merujuk kepada faktor__________ .
Faktor ekonomi
Faktor fizikal
Faktor Sejarah
Faktor dasar kerajaan
Berikut merupakan kesan ketidakseimbangan taburan penduduk terhadap sumber alam, KECUALI.
Tekanan terhadap sumber alam
Keupusan dan kemerosotan sumber alam
Sumber alam dapat dibangunkan secara optimum
Pencemaran dan kerosakan sumber alam
"Kawasan kurang penduduk menyebabkan sumber alamnya tidak diteroka dan dibiarkan dalam keadaan semula jadi di mana ia merupakan pembaziran dalam aspek ekonomi."
Penyataan di atas merujuk kepada kesan ketidakseimbangan penduduk terhadap sumber alam.
Pembaziran sumber alam
Pencemaran dan kerosan sumber alam
Kepupusan dan kemerosotan sumber alam
Tekanan terhadap sumber alam
