wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI II

Total questions: 49

Worksheet time: 26mins

Name
Class
Date
1.

2 tuntutan hukum berdasarkan hadis riwayat Ibn Hibban tersebut ialah :

a)

Arak adalah haram dan golongan yang terlibat dengannya juga adalah haram

b)

Antara golongan yang terlibat dengan arak ialah orang yang memerahnya, orang yang diminta diperahkannya, orang yang membawanya, orang yang meminta dibawakan untuknya, orang yang meminumnya, orang yang menjualnya, orang yang meminta dijualkan arak untuknya, memberi minum arak orang lain dan orang yang meminta dituangkan untuknya

c)

Semua umat islam perlu meningkatkan keimanan kepada Allah

2.

Pengertian arak dari segi istilah ialah :

a)

Setiap minuman yang diperbuat hasil daripada anggur dan lain-lain

b)

Setiap minuman yang memabukkan hasil daripada perahan buah-buahan

c)

Setiap minuman yang memabukkan hasil daripada perahan anggur dan lain-lain

d)

Setiap minuman yang memabukkan hasil daripada perahan anggur dan lain-lain sehingga menyebabkan kematian

3.

Ulama' istimbatkan hukum pengharaman arak melalui lafaz

a)

لعن ﷲ

b)

ذارو

c)

إذهب

d)

لعن

4.

Pilih 3 pernyataan yang benar mengenai aedah mengistinbat hukum pengharaman arak berdasarkan lafaz "لعن"

a)

Membawa maksud Allah melaknat

b)

Setiap yang diharamkan adalah arak

c)

Setiap perkara yang dilaknat oleh Allah menunjukkan haram

d)

Oleh itu, segala perkara yang berkaitan dengan arak hukumnya adalah haram

5.

Apabila seseorang muslim yang telah baligh dan berakal meminum sesuatu yang dimabukkan, wajib dikenakan hukuman hudud keatasnya, iaitu ____ .

a)

Bunuh

b)

Rejam

c)

40 kali sebatan

d)

100 kali sebatan

6.

Hukuman hudud bagi peminum arak boleh di sabitkan dengan

a)

Penyaksian 2 orang saksi

b)

Penyaksian 2 orang saksi lelaki muslim

c)

Penyaksian 4 orang saksi lelaki

d)

Pengakuan peminum arak itu sendiri

7.

Kanak-kanak yang belum baligh atau orang gila ____ dikenakan hukuman hudud ke atas mereka kerana perbuatan mereka itu tidak menepati syarat pelaksanaan hudud

a)

boleh

b)

tidak boleh

8.

Antara berikut, yang manakah BUKAN 10 perkara yang berkaitan dengan arak berdasarkan hadis ?

a)

Pemerah arak

b)

Pembawa arak

c)

Pembuat botol

d)

Penjual arak

e)

Pelayan arak

9.

4 Kepentingan menjauhi keterlibatan dengan arak ialah :

a)

Menjaga akal manusia supaya tetap waras serta boleh berfikir dengan baik dan sempurna

b)

Mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan penyakit sosial yang berpunca daripada arak supaya kehidupan aman dan harmoi.Mengelakkan penyakit yang memudharatkan

c)

Mengelakkan penyakit yang boleh memudharatkan agar manusia sentiasa mempunyai tahap kesihatan yang baik

d)

Mempertingkatkan undang-undang

e)

Menjauhi pembaziran wang supaya ia boleh digunaka di jalan yang berfaedah

10.

Berikut merupakan langkah - langkah untuk menghindari perbuatan yang berkaitan dengan arak, KECUALI

a)

Memperketatkan undang-undang yang sedia ada

b)

Menyebarluaskan kempen - kempen menjauhi arak

c)

Meningkatkan cukai arak

d)

Memproses arak sendiri

e)

Tidak memproses arak sendiri

11.

3 Tuntutan hukum berdasarkan hadis riwayat Muslim ialah :

a)

Orang yang berzina yang muhsan (sudah berkahwin) wajib dikenakan hukuman rejam

b)

Pengakuan penzina tidak boleh diambil kira sebagai salah satu cara pensabitan hukuman hudud

c)

Pengakuan penzina boleh diambil kira sebagai salah satu cara pensabitan hukuman hudud

d)

Pengakuan tersebut disyaratkan sebanyak 4 kali bagi membolehkan penzina dijatuhkan hukuman hudud

12.

Zina dari segi bahasa ialah persetubuhan haram. Pengertian zina dari segi istilah perhubungan seks haram antara lelaki dengan perempuan ____ ikatan perkahwinan yang sah.

a)

dengan

b)

tanpa

13.

Hukuman zina terhadap محصن ialah :

Penzina yang telah berkahwin sama ada lelaki atau perempuan akan

a)

Disebat 40 kali

b)

Direjam sehingga mati

c)

Sebat 100 kali dan dibuang daerah selama setahun

14.

Hukuman zina terhadap غير محصن ialah :

Penzina yang belum berkahwin sama ada lelaki atau perempuan akan

a)

Disebat 40 kali

b)

Direjam sehingga mati

c)

Disebat sebanyak 100 kali dan dibuang daerah selama setahun

15.

Sebab Wurud Hadis

Ketika Rasulullah berada di dalam masjid , seorang lelaki muslim telah datang kepada baginda. Lelaki tersebut telah mengaku bahawa dia telah berzina tetapi Rasulullah tidak menghiraukannya. Kemudian, lelaki tersebut mengulang-ulangnya sehingga ___ . Lalu, Rasulullah bertanya kepada lelaki tersebut sama ada dia mempunyai penyakit gila. Lelaki tersebut menjawab bahawa dia tidak gila. Rasulullah bertanya lagi sama ada dia sudah berkahwin. Lalu, lelaki tersebut menjawab bahawa dia telah berkahwin. Kemudian, Rasulullah memerintahkan agar lelaki tersebut _____ .

a)

2 kali, disebat 100 kali dan dibuang daerah selama setahun

b)

4 kali, direjam

16.

Ulama mengistinbat hukum zina melalui lafaz ____. Kalimah ini merupakan yang menunjukkan perintah suruhan yang membawa hukum wajib. Oleh itu, wajib bagi penzina yang telah berkahwin dihukum rejam sampai mati.

a)

اذحبوا به فارجموه

b)

لعن

c)

ادعوحم

17.

3 Cara pensabitan hukuman zina ialah :

a)

Pengakuan penzina sendiri

b)

Penyaksian 2 orang saksi lelaki

c)

Penyaksian 4 orang saksi lelaki

d)

Qarinah atau bukti (eviden)

18.

Cara pensabitan hukuman zina, melalui pengakuan penzina sendiri :

Penzina mengulang pengakuan sekurang - kurangnya 4 kali.

Penzina mestilah :

a)

Akil baligh

b)

Mengaku dengan paksaan

c)

Orang yang membuat pengakuan mampu melakukan zina

d)

Pengakuan dibuat dengan ucapan

e)

Pengakuan mestilah jelas, fasih dan tiada keraguan

19.

Cara pensabitan hukuman zina, melalui penyaksian 4 orang saksi lelaki :

Penzina mengulang pengakuan sekurang - kurangnya 4 kali.

Penzina mestilah :

a)

Saksi kanak - kanak yang belum baligh dan tidak adil

b)

Saksi yang akil baligh dan adil ( mempunyai integreti peribadi )

c)

Disyaratkan juga bahawa setiap saksi melihat perbuatan itu secara jelas samar - samar. Mereka tidak dikenakan hukuman qazaf, iaitu sebanyak 80 kali sebatan

d)

Disyaratkan juga bahawa setiap saksi melihat perbuatan itu secara jelas tanpa sebarang kesamaran. Jika tidak mereka dikenakan hukuman qazaf, iaitu sebanyak 80 kali sebatan

20.

Cara pensabitan hukuman zina, melalui qarinah atau bukti ( eviden ) :

Bukti yang meyakinkan seperti :

a)

Gadis yang didapati hamil atau seorang perempuan yang bersuamikan kanak - kanak yang belum baligh didapat mengandung

b)

Seorang perempuan melahirkan anak yang sempurna sifatnya dalam masa tidak sampai 6 bulan Hijri daripada tarikh pernikahannya ( perempuan berkenaan )

c)

Seorang perempuan melahirkan anak yang sempurna sifatnya dalam masa tidak sampai 9 bulan Hijri daripada tarikh pernikahannya ( perempuan berkenaan )

21.

3 tuntutan hukum berdasarkan hadis ini ialah :

a)

Makruh membunuh diri dengan menggunakan besi, minum racun, dan terjun dari bukit

b)

Haram membunuh diri dengan menggunakan besi, minum racun dan terjun dari bukit.

c)

Orang yang membunuh diri akan melakukan perkara sama yang dilakukan untuk membunuh diri diakhirat nanti.

d)

Mereka yang membunuh diri akan kekal didalam neraka selama-lamanya.

22.

Membunuh diri dari segi bahasa ialah seseorang yang mengambil nyawa sendiri dengan sengaja.

Pengertian membunuh diri dari segi istilah ialah :

Perbuatan yang dilakukan bagi membunuh diri sendiri dengan harapan kematian dapat menyelesaikan ____ yang dihadapi

a)

kesenangan

b)

masalah

23.

Ulama' mengistinbat hukum melalui lafaz hadith

فِى نَارِ جَهَنّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أبَدًا yang bermaksud ____. Setiap sesuatu perkara yang dijanjikan Rasulullah dengan seksaan ialah sesuatu yang haram dan berdosa besar. Oleh itu, perbuatan membunuh diri adalah haram walau dengan apa - apa cara sekalipun

a)

ia kekal didalam neraka jahannam selama-lamanya

b)

dia akan disiksa dengan cara seperti dia bunuh diri

c)

dia sengaja mencampakkan diri ke dalam neraka jahannam

d)

dia membunuh diri dengan cara meminum racun menikam diri dengan besi atau terjun dari bukit

24.

Apakah sebab yang mendorong kepada jenayah membunuh diri

a)

tekanan emosi yang keterlaluan

b)

kurang bertawakal kepada Allah

c)

perasaan gembira dan bahagia

25.

Langkah-langkah untuk menghindari perbuatan cubaan membunuh diri

a)

mendekatkan diri kepada Allah

b)

menjauhkan diri daipada Allah

c)

Meminta nasihat daripada pakar

d)

mengurung diri supaya tidak diganggu

26.

3 tuntutan hukum berdasarkan hadis riwayat Muslim ialah :

a)

Pengharusan perbuatan ganas seperti penguasa zalim yang memeras orang bawahannya dan mengganggu ketenteraman awam

b)

Pengharaman perbuatan ganas seperti penguasa zalim yang memeras orang bawahannya dan mengganggu ketenteraman awam

c)

Pengharaman wanita yang tidak menutup aurat, berpakaian nipis dan ketat, wanita yang menarik perhatian lelaki dengan bertabarruj dan wanita yang membuat lenggok-lenggok yang menggoda lelaki

d)

Kedua-dua golongan, iaitu yang berkelakua ganas dan wanita yang tidak menjaga maruah diri tidak akan masuk ke dalam syurga

27.

Pengertian perlakuan ganas ialah :

a)

Nilai-nilai kebaikan, kemuliaan diri atau kehormatan diri yang ada pada diri seseorang

b)

Perbuatan atau tingkah laku yang dilakukan secara sengaja sehingga membawa kesan positif terhadap fizikal, harta dan emosi

c)

Perbuatan atau tingkah laku yang dilakukan secara sengaja sehingga membawa kesan negatif terhadap fizikal, harta dan emosi

28.

Pengertian maruah diri ialah :

a)

Perbuatan atau tingkah laku yang dilakukan secara sengaja sehingga membawa kesan positif terhadap fizikal, harta dan emosi

b)

Perbuatan atau tingkah laku yang dilakukan secara sengaja sehingga membawa kesan negatif terhadap fizikal, harta dan emosi

c)

Nilai-nilai kejahatan, kehinaan diri dan ketidakhormatan diri yang ada pada diri seseorang

d)

Nilai-nilai kebaikan, kemuliaan diri atau kehormatan diri yang ada pada diri seseorang

29.

Cara Ulama' Mengisitinbat Hukum

Lafaz صنفان من اهل النار membawa maksud 2 golongan manusia penghuni nerakaSetiap perbuatan yang menerima balasan neraka menunjukkan _______dan hukumnya adalah haram. Oleh itu, haram untuk manusia berkelakuan ganas dan merosakkan maruah diri.

a)

Dosa besar

b)

Dosa kecil

c)

Pahala

30.

3 perbuatan yang termasuk dalam kategori berkelakuan ganas ialah:

a)

Penguasa yang adil

b)

Merosakkan harta dan kemudahan awam

c)

Lumba haram yang membahayakan orang lain

d)

Membuli dan mencederakan orang lain

e)

Pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan

31.

3 perbuatan yang termasuk dalam kategori merosakkan maruah diri ialah:

a)

Pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan

b)

Memakai pakaian yang mencolok mata

c)

Pergi ke tempat-tempat maksiat

d)

Penguasa yang zalim

e)

Merosakkan harta dan kemudahan awam

32.

2 kepentingan menjaga ketenteraman awam ialah :

a)

Melahirkan persekitaran yang selamat agar dapat hidup dalam keadaan aman dan tenteram

b)

Mewujudkan keharmonian dalam kalangan masyarakat kerana saling mengamalkan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain.

c)

Menjamin kehormatan dan kesucian diri agar tidak dicemari dengan gangguan sosial

d)

Membentuk tingkah laku yang baik kerana sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan

33.

2 kepentingan menjaga maruah diri ialah :

a)

Melahirkan persekitaran yang selamat agar dapat hidup dalam keadaan aman dan tenteram

b)

Mewujudkan keharmonian dalam kalangan masyarakat kerana saling mengamalkan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain.

c)

Menjamin kehormatan dan kesucian diri agar tidak dicemari dengan gangguan sosial

d)

Membentuk tingkah laku yang baik kerana sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan

34.

3 tuntutan hukum berdasarkan hadis Riwayat Bukhari ialah :

a)

Galakan kepada umat islam supaya mewaqafkan harta untuk kepentingan umat

b)

Harta yang telah diwaqafkan boleh dijual, boleh diberi kepada orang lain (dihibahkan) dan boleh diwarisi

c)

Harta yang telah diwaqafkan tidak boleh dijual, tidak boleh diberi kepada orang lain (dihibahkan) dan tidak boleh diwarisi

d)

Hasil daripada harta waqaf boleh dimanfaatkan untuk orang ramai sebagai amal jariah

e)

Orang yang menguruskan harta waqaf tidak boleh mengambil sebahagian hasil walaupun dengan cara yang berpatutan

35.

Istinbat hadis ini berdasarkan lafaz ان شئت حبست yang bermaksud Rasululllah menggalakkan umar untuk mewaqafkan _______nya. Galakan berwaqaf bukan ditujukan kepada Umar sahaja tetapi bersifat umum untuk semua umat Islam. Oleh itu hukum berwaqaf adalah _______ untuk maslahat dan kepentingan umat Islam

a)

dinar, wajib

b)

emas, sunat

c)

tanah, wajib

d)

tanah, sunat

36.

Pengertian waqaf dari segi istilah ialah :

a)

Diambil daripada perkataan حبس yang bermaksud menahan sesuatu

b)

Menahan harta yang tidak kekal bentuknya (zatnya) yang dan tidak boleh diambil manfaatnya untuk kebaikan

c)

Menahan harta yang kekal bentuknya (zatnya) yang boleh diambil manfaatnya untuk kebaikan

37.

Berikut merupakan rukun - rukun waqaf. Orang yang berwaqaf, orang yang menerima waqaf, ______ , ijab dan qabul. Rukun waqaf yang ketiga ialah ________

a)

saksi

b)

موقوف (harta yang diwaqafkan)

c)

ahli waris

38.

Perbezaan antara waqaf dengan wasiat ialah :


Waqaf mestilah meliputi aset dan manfaat harta, manakala wasiat boleh mewasiatkan manfaat harta sahaja

a)

Betul

b)

Salah

39.

Perbezaan antara waqaf dengan wasiat ialah :


Waqaf mestilah berkuat kuasa selepas kematian, manakala wasiat berkuatkuasa semasa hidup

a)

Betul

b)

Salah

40.

Jenis - jenis waqaf ialah :

a)

Waqaf Harta Tidak Alih

b)

Waqaf Harta Alih

c)

Waqaf Am

d)

Waqaf Khas

41.

Harta yang diwaqafkan untuk kebajikan umum, seperti mewaqafkan tanah yang tidak ditentukan sesuatu tujuan. Pernyataan berikut merujuk kepada :

a)

Waqaf Am

b)

Waqaf Khas

42.

Harta yang diwaqafkan untuk kebajikan khusus, seperti mewaqafkan tanah untuk tujuan pembinaan masjid. Pernyataan berikut merujuk kepada :

a)

Waqaf Am

b)

Waqaf Khas

43.

Jenis - jenis harta waqaf ialah :

a)

Waqaf Harta Tidak Alih

b)

Waqaf Harta Alih

c)

Waqaf Am

d)

Waqaf Khas

44.

Waqaf harta tidak alih ialah

a)

Harta yang boleh dipindah alih. Contohnya, wang tunai, kenderaan dan al quran.

b)

Harta yang kekal pada asalnya. Contohnya tanah dan binaan seperti rumah

45.

Waqaf harta alih ialah

a)

Harta yang kekal pada asalnya. Contohnya tanah dan binaan seperti rumah

b)

Harta yang boleh dipindah alih. Contohnya, wang tunai, kenderaan dan al quran

46.

Kelebihan waqaf kepada individu :


Waqaf merupakan satu _______ yang pahalanya akan berterusan.

a)

sedekah

b)

amalan jariah

47.

Kelebihan waqaf kepada individu :


Allah menjelaskan untuk mencapai hakikat kebajikan dan kebaikan yang sempurna memerlukan pengorbanan harta dengan melakukan infak terhadap harta yang disayangi. Pengorbanan harta dapat membuktikan bahawa seseorang _________ terhadap ganjaran yang dijanjikan oleh Allah.

a)

ragu

b)

yakin

48.

3 hikmah waqaf ialah :

a)

Mendekatkan diri kepada Allah kerana membelanjakan harta ke jalan Allah

b)

Menanamkan sifat pemurah dan suka berinfak untuk mengharapkan pujian manusia

c)

Mendatangkan kebaikan yang banyak kepada umat islam kerana harta waqaf boleh dibangunkan untuk pembangunan sekolah, masjid dan sebagainya

d)

Merapatkan jurang perbezaan antara kaya dengan miskin kerana yang kaya dapat membantu yang miskin dengan ikhlas

49.

Berikut merupakan langkah untuk menggalakkan perbuatan yang berkaitan dengan waqaf, KECUALI

a)

Majlis Agama Islam menyebarluaskan maklumat terkini tentang kelebihan berwaqaf

b)

Mempelbagaikan cara untuk berwaqaf seperti berwaqaf secara atas talian dan potongan gaji

c)

Mengehadkan cara untuk berwaqaf

d)

Membuat kempen di media sosial untuk menarik minat orang ramai