Font size
WorksheetsBAB 7 : PENINGKATAN TAMADUN INDIA DAN CHINA
Total questions: 17
Worksheet time: 17mins
Mengapakah dasar pemerintahan Asoka menjadi lebih toleran dan bertanggungjawab selepas beliau berjaya menguasai Kalinga ?
Kekuatan pegangan agama
Kehilangan nyawa yang besar
Pengaruh masyarakat sekeliling
Desakan dari golongan pembesar
Apakah faktor kejayaan Chandragupta Maurya meluaskan kuasa pemerintahannya ?
Memperoleh sokongan pembesar
Kekukuhan hubungan perdagangan
Memiliki angkatan tentera yang besar
Melaksanakan undang-undang yang tegas
Peraturan dan undang-undang semasa pemerintahan Asoka diukir pada Tiang Asoka. Mengapakah Tiang Asoka diletakkan di kawasan yang strategik ?
Sebagai tanda sempadan wilayah
Supaya dibaca dan dipatuhi rakyat
Sebagai amaran kepada pembesar
Supaya pendatang luar mematuhinya
Apakah bukti yang menunjukkan bahawa wujud kemewahan pada zaman pemerintahan kerajaan Gupta dalam Tamadun India ?
Kepesatan perdagangan
Penggunaan syiling emas
Kewujudan pintu gerbang
Pembinaan bangunan tinggi
Raja Samudragupta dikenali sebagai Kaviraja.
Mengapakah beliau diberikan gelaran tersebut?
Menggubal undang-undang dan peraturan
Meminati puisi-puisi berbentuk keagamaan
Meluaskan empayar meliputi seluruh India
Menggembangkan sektor perdagangan antarabangsa
Apakah sumbangan Maharaja Shi Huangdi dalam Tamadun China ?
Menyatukan China
Pengembangan agama
Pembinaan monumen
Perluasan hubungan luar
Apakah sumbangan Dinasti Han dalam Tamadun China pada tahun 140 SM-87 SM ?
Perluasan empayar ke Gurun Gobi
Penghapusan sistem perhambaan
Pembinaan angkatan tentera
Pembukaan Laluan Sutera
Apakah keutamaan undang-undang yang diasakan oleh Han Fei Zi pada zaman Dinasti Qin?
Kuasa mutlak raja
Perasaan belas kasihan
Diplomasi dan tolak ansur
Undang-undang yang tegas
Sistem pendidikan dalam Tamadun China berkembang maju pada zaman Dinasti Qin dan Dinasti Han.
Apakah faktor perkembangan tersebut ?
( Pilih dua (2) jawapan di bawah )
Sistem tulisan diseragamkan
Teknologi pembuatan kertas meningkat
Teknik mencetak kitab dan buku falsafah dimajukan
Pembinaan sekolah dan universiti di setiap wilayah dan ibu kota
Konfusius merupakan ahli falsafah yang hidup pada zaman Dinasti Zhou dan ajarannya terus kekal hingga kini.
Apakah karya beliau yang paling terkenal ?
Lun Yu
Chun Glu
Shang Shu
Zhong Yong
Maharaja Shi Huangdi merupakan tokoh terkenal dalam Tamadun China.
Apakah sumbangan beliau dalam perkembangan pendidikan ?
Mencipta kertas
Menyeragamkan sistem tulisan
Menekankan aspek pemahaman perundangan
Melaksanakan sistem pemilihan pegawai perkhidmatan awam
SARJANA
PETANI
TUKANG
PEDAGANG
Merupakan arahan maharaja
Membentuk masyarakat berilmu
Merupakan matlamat pendidikan
Meningkatkan tradisi budaya masyarakat
Berikut merujuk tahap sistem pendidikan dalam Tamadun China.
Tahap 1 : Pendidikan Rendah
Tahap 2 : Pendidikan Menengah
Tahap 3 : Pendidikan Tinggi
Apakah aspek yang ditekankan dalam pendidikan tinggi?
Mengarang sajak
Menghafal tulisan
Menulis karangan
Menterjemah buku
Apakah cara yang digunakan untuk mengelakkan penipuan dalam peperiksaan tersebut?
Pengawas peperiksaan ditambah bilangan
Kedudukan meja dan kerusi dijarakkan
Calon dikurung sebelum peperiksaan
Kertas peperiksaan ditulis nama
Apakah kepentingan sistem peperiksaan awam dalam Tamadun China?
Mengubah taraf sosial
Mendapat pengampunan
Menjadi pemerintah negara
Menjadi guru di peringkat tinggi
Mengapakah seseorang itu perlu rajin berusaha untuk lulus dalam peperiksaan perkhidmatan awam dalam Tamadun China ?
Supaya dilantik menjadi panglima tentera
Supaya berada pada hierarki teratas dalam masyarakat
Supaya mendapat kedudukan dan pangkat tinggi dalam pentadbiran
Supaya berpeluang menceburi dalam bidang perdagangan antarabangsa
Antara berikut, manakah bahan yang digunakan untuk menghasilkan kertas dalam Tamadun China?
Jaring ikan
Kulit pokok
Sayur-sayuran
Kulit binatang
