WorksheetsLatihan Simpulan Bahasa
Total questions: 10
Worksheet time: 2mins
Cikgu Tan mudah mengajar Kelas 6 Gigih kerana murid-muridnya __________.
rambang mata
otak udang
tajam akal
tanda mata
Emak membuat agar-agar sebagai __________ untuk kami selepas makan.
mulut tempayan
banyak mulut
mulut murai
pencuci mulut
Kassim tidak __________ meninggalkan emak dan ayahnya di kampung untuk berhijrah ke bandar.
sampai hati
sagu hati
makan hati
sakit hati
Aziz __________ membantu ibunya menyiapkan pakaian yang ditempah pelanggan.
berat mata
bersengkang mata
tebal telinga
sekangkang kera
Budak kecil ini __________ menjadi pemimpin negara yang disegani suatu hari nanti.
buah fikiran
gerak hati
ada bakat
ada angin
Puan Mageswari __________ apabila melihat lutut anaknya yang luka parah itu.
mabuk selasih
mabuk darah
ikat perut
geli hati
Pembunuhan kejam itu telah menjadi __________ semua rakyat di Malaysia.
buah fikiran
curi tulang
curi hati
buah mulut
"Kamu mestilah mengawal pemakanan kamu, sikap __________ kamu itu akan mengundang penyakit," tegur ibu.
buruk selera
buruk siku
telinga tempayan
telinga kuali
Setelah kematian kedua-dua ibu bapanya Darren Liu __________ ke luar negara.
mandi bunga
membawa diri
berpeluk tubuh
bermandi peluh
Mak Munah __________ apabila anak-anaknya sudah lama tidak pulang menjenguknya.
rambang mata
tebal telinga
panjang akal
makan hati
