NEW
Font size
WorksheetsPeribahasa Tahun 6 Set 1
Total questions: 15
Worksheet time: 11mins
Bagai aur dengan tebing membawa maksud...
persahabatan yang erat
hidup bekerjasama dan bermuafakat
menyayangi seseorang dengan sepenuh hati
melakukan sesuatu perkara dengan sesungguh hati.
Maksud peribahasa gunung sama didaki, lurah sama dituruni ialah ...
bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara
jika ada azam , apa-apa yang dihajati boleh tercapai
melakukan perkara yang sangat susah
susah senang bersama-sama
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung bermaksud
Orang yang selalu menurut kemahuan orang
Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
ikutlah peraturan dan adat resam tempat kita menetap
orang yang pandai sahaja dapat melakukan penilaian dengan tepat.
Peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya bermaksud ...
berfikirlah dengan teliti sebelum melakukan sesuatu supaya tidak timbul kesal akibat perbuatan itu.
melatih atau mendidik anak hendaklah sejak kecil kerana jika sudah besar susah hendak mendidiknya.
sesuatu kejayaan tidak akan diperolehi sekiranya tidak berusaha
Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu
Peribahasa seperti kacang lupakan kulit membawa maksud ...
Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.
kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..
sesuatu itu mengikut asalnya, anak mengikut baka ibu bapanya.
Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana
Kita haruslah berdamai dan melupakan pertelingkahan yang pernah berlaku seperti kata pepatah...
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Berpantang maut sebelum ajal
Buang yang keruh, ambil yang jernih
Gunung sama didaki, lurah sama dituruni
Masyarakat Melayu pada zaman dahulu kuat berpegang pada adat seperti peribahasa yang berbunyi...
masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
berpantang maut sebelum ajal
di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
biar mati anak, jangan mati adat
Ibu Haziq selalu berpesan supaya berkawan dengan orang yang sama taraf dengan mereka, umpama ...
enggang sama enggang , pipit sama pipit
orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa
sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Zafran sentiasa membuat simpanan untuk masa depannya, ibarat ...
cendawan tumbuh selepas hujan
kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
sediakan payung sebelum hujan
melentur buluh biarlah dari rebungnya
Kita tidak akan mencapai kejayaan kalau tidak mahu berusaha dan bersusah payah, seperti peribahasa ...
sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Peribahasa kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai bermaksud ...
menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
berfikirlah dengan teliti sebelum melakukan sesuatu supaya tidak timbul kesal akibat perbuatan itu.
walaupun tinggal berjauhan dengan saudara mara atau sahabat handai, tetapi hendaklah selalu mengenangkan mereka.
kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah
Alif berasa gembira kerana dapat pulang ke kampung asalnya, ...
bagai ikan pulang ke lubuk
bagai bulan jatuh ke riba
bagai semut mendapat gula
bagai itik pulang petang
Pendapatan Mak Cik Aisyah hanya cukup untuk hidup sahaja dan jika tidak bekerja tidak dapat makan, ibarat ...
tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri,lebih baik negeri sendiri
kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang
Cikgu Azizan menasihati anak muridnya supaya berfikirlah dengan teliti sebelum melakukan sesuatu supaya tidak menyesal di kemudian hari. Bak kata pepatah, ...
harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
melentur buluh biarlah dari rebungnya
yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang
sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Walaupun Farisha tinggal berjauhan dengan saudara mara dan sahabat handai, tetapi dia selalu mengenangkan mereka. Bak kata pepatah...
hilang di mata di hati jangan
hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri,lebih baik negeri sendiri
orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa
harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
