Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KETUA AUDIT NEGARA

Total questions: 10

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Kuasa dan Kewajiban Ketua Audit Negara ada 2:

a)

Penguatkuasaan

b)

Pengauditan

c)

Penggubalan

d)

Pelaporan

2.

Ketua Audit Negara dengan apa-apa cara yang difikirkan patut, boleh memeriksa, menyiasat dan mengaudit:


I. Akaun-akaun Kerajaan Persekutuan dan Negeri

II. Akaun-akaun mana-mana Pihak Berkuasa Awam jika Menteri Kewangan menghendaki Ketua Audit Negara mengauditnya bagi tujuan kepentingan awam.

III. Akaun-akaun milik syarikat-syarikat swasta dalam negara

IV. Akaun-akaun mana-mana kumpulan wang yang ditubuhkan secara berasingan oleh Persekutuan atau Negeri

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

I,II dan III

d)

I, II dan IV

3.

Ketua Audit Negara hendaklah menghantar laporan-laporannya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, yang akan mengarahkan laporan laporan itu dibentangkan dalam (a)   ?

4.

Laporan mengenai akaun sesuatu negeri atau pihak berkuasa awam negeri, hendaklah dihantar kepada Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi negeri itu yang akan mengarahkan laporan itu dibentangkan dalam ?

a)

Dewan Rakyat

b)

Dewan Negara

c)

Dewan Parlimen

d)

Dewan Negeri

5.

________________ akan membincangkan tentang Perkara-perkara berkenaan yang dilaporkan kepada Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri(DUN).

a)

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri

b)

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara

c)

Jawatankuasa Kira-kira Wang Rakyat

d)

Jawatankuasa Kira-kira Wang Parlimen

6.

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dilantik oleh

a)

YDPA

b)

Perdana Menteri

c)

Dewan Rakyat

d)

Dewan Negara

7.

Keanggotaan PAC terdiri daripada ___________ daripada kalangan parti-parti politik utama yang berada di Parlimen.

a)

wakil-wakil ahli parlimen

b)

wakil-wakil rakyat

c)

wakil-wakil YDPA

d)

wakil-wakil badan eksekutif

8.

Tugas PAC sebahagian besarnya bergantung kepada bentuk dan skop laporan ____________ berkaitan dengan isu-isu kawalan dan _____________.

a)

Ketua Audit Negara.....pengurusan wang awam

b)

Ketua Audit Negara.....pengurusan wang haram

c)

Ketua PAC Negara.....pengurusan wang awam

d)

Ketua Audit Negara.....pengurusan wang syarikat

9.

Objektif utama PAC adalah untuk memastikan ______________ oleh pegawai-pegawai awam.

a)

akauntabiliti pengeluaran wang awam

b)

akauntabiliti pengurusan wang awam

c)

akauntabiliti penggubalan wang awam

d)

akauntabiliti pemindahan wang awam

10.

PAC akan meneliti laporan Ketua Audit Negara berkenaan dengan:


I. Perbelanjaan yang mengikut peruntukan

II. Perbelanjaan yang melebihi peruntukan

III. Wang yang tidak dibelanjakan mengikut tujuan perbelanjaan tersebut diluluskan dan diperuntukkan

IV. Sama ada program dan aktiviti telah mencapai objektifnya dengan mengambil kira sama ada perbelanjaan-perbelanjaan yang dilakukan itu telah mendatangkan 'nilai untuk wang' kepada kerajaan.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I, II dan IV

d)

II, III dan IV