Font size
WorksheetsPendidikan moral siri 1
Total questions: 60
Worksheet time: 30mins
Agama atau ________ membentuk keperibadian mulia.
peribadi
jati diri
kepercayaan
kesederhanaan
Mempunyai harga diri merupakan salah satu ciri-ciri individu yang mempunyai pegangan agama atau kepercayaan.
Betul
Salah
Pembentukan keperibadian diri yang baik dan unggul harus berlandaskan pegangan agama dan emosi.
Betul
Salah
Berikut merupakan ciri-ciri individu yang mempunyai pegangan agama atau kepercayaan KECUALI
Bersyukur
Bercakap benar
Pemaaf
Tinggi diri
Mencemarkan dan merosakkan alam sekitar merupakan salah satu kesan jika tiada pegangan agama atau kepercayaan.
Betul
Salah
Berikut merupakan antara kepentingan pegangan agama atau kepercayaan dalam pembentukan keperibadian diri KECUALI
Meningkatkan disiplin dan imej diri.
Selalu berasa tertekan dalam hidup.
Melahirkan individu yang berpekerti mulia
Meningkatkan penghayatan manusia terhadap nilai-nilai murni.
Siddhartha Gautama merupakan suri teladan bagi penganut agama Hindu.
Betul
Salah
Masyarakat Iban menyambut _______ sebagai tanda berakhirnya musim menuai padi.
Hari Kaamatan
Hari Gawai
Hari Raya Aidilfitri
Hari menuai padi
Masyarakat Iban percaya kepada kepercayaan ________ yang diamalkan oleh nenek moyang mereka dahulu.
perkara ghaib
Tuhan pokok
animisme
bomoh
Aiman bercita-cita untuk menjadi jurutera apabila dewasa kelak. Di samping belajar dan berusaha gigih, dia juga tidak putus berdoa dan memohon restu daripada ibu bapa dan guru untuk berjaya dalam pelajarannya. Berikut ialah nilai yang diamalkan oleh Aiman KECUALI
Rajin berusaha
Kepercayaan kepada Tuhan
Hemah tinggi
Hormat-menghormati
Pembentukan keperibadian diri yang baik dan unggul harus berlandaskan pegangan agama dan emosi.
Betul
Salah
Kaum Semai akan menangguhkan semua aktiviti harian ketika berlakunya kematian.
Betul
Salah
Kaum Cina melakukan upacara 'Cheng Beng', iaitu upacara pembersihan dan sembahyang di kubur nenek moyang.
Betul
Salah
Kaum India melakukan alaman sujud kaki.
Betul
Salah
Pilih pernyataan yang tepat bagi kepentingan sumber moral.
i) memberi panduan kepada pengamalnya.
ii) melahirkan rakyat yang berkeperibadian tinggi.
iii) memupuk perpaduan dan keharmonian Negara.
iv) menyedarkan tanggungjawab individu kepada keluarga, masyarakat dan negara.
i dan iv
i, ii dan iii
ii, iii dan iv
i, ii, iii dan iv
'Tidak boleh memotong kayu yang bertindan kerana dikhuatiri bibir anak menjadi sumbing.'
Pernyataan diatas merupakan pantang larang kepada suami wanita mengandung bagi kaum Melanau.
Betul
Salah
"Saya baik kepada mereka yang baik kepada Saya; Saya baik kepada mereka walaupun mereka benci kepada Saya. Apa yang Saya beri, Saya akan terima. Sehingga semua menjadi baik."
Pernyataan diatas merujuk kepada ajaran...
Agama Buddha
Agama Hindu
Kepercayaan Taoisme
Agama Sikh
Antara padanan Agama dan Kitab yang berikut, manakah padanan yang tepat
Islam - Tripikata
Hindu - Bhagavad Gita
Buddha - Bible
Kristian - Al-Quran
Berdasarkan gambar apakah nama kaum tersebut.
Kaum Iban
Kaum Kadazan
Kaum Melanau
Kaum Melayu
Siapakah suri teladan bagi penganut agama Islam.
Nabi Muhammad SAW.
Tun Dr.Mahathir bin Mohamad
Tan Sri P.Ramlee
Tun Abdul Razak
Gambar menunjukkan contoh perlakuan berlandaskan ajaran agama atau kepercayaan. Apakah nilai yang ditunjukkan dalam gambar tersebut.
Bantu-membantu
Menghormati guru
Menghormati orang tua
Hidup berbaik-baik
Berikut merupakan antara kepentingan pegangan agama atau kepercayaan dalam pembentukan keperibadian diri KECUALI
Meningkatkan disiplin dan imej diri.
Selalu berasa tertekan dalam hidup.
Melahirkan individu yang berpekerti mulia
Meningkatkan penghayatan manusia terhadap nilai-nilai murni.
Ramalkan kesan jika seseorang itu tiada pegangan agama atau kepercayaan.
i) hidup terumbang-ambing dan tidak sejahtera.
ii) melakukan perkara yang ditegah agama.
iii) sentiasa berfikiran positif dan hidup berasa tenteram.
iv) mencetuskan perbalahan dan pertelingkahan.
i dan ii
i, ii dan iv
i, ii dan iii
i, ii, iii dan iv
Sentiasa mengunci pintu rumah untuk memastikan keselamatan anggota keluarga
Betul
Salah
Sumber moral ialah bahan rujukan yang menjadi panduan dalam pembentukan keperibadian diri seseorang individu. Berikut merupakan sumber moral KECUALI
Agama
Norma masyarakat
Prinsip hidup
Rukun Negara
Antara padanan Agama dan Kitab yang berikut, manakah padanan yang tepat
Islam - Tripikata
Hindu - Bhagavad Gita
Buddha - Bible
Kristian - Al-Quran
- Jiran ialah....
orang kaya yang tinggal berdekatan dengan rumah kita
orang yang tinggal bersama dengan kita dirumah
orang yang tinggal bersebelahan atau berdekatan dengan rumah kita
orang yang selalu memberikan pertolongan kepada kita
nilai penting yang perlu kita amalkan dalam hidup berjiran
saling menghormati
kejujuran
bertanggungjawab
saling membantu
Berikut adalah kepentingan hidup berjiran kecuali...
mudah mendapat bantuan apabila menghadapi sesuatu masalah
gejala negatif semakin berleluasa
membantu menjaga keselamatan tempat tinggal
membantu menjayakan majlis keramaian
memupuk semangat perpaduan
Berikut adalah ciri-ciri jiran yang positif kecuali
berburuk sangka
membantu dan bekerjasama
menunjukkan muka yang mesra
bertoleransi
Apakah kesan sekiranya tidak mengamalkan sikap jiran yang positif?
dapat memupukkan semangat yang harmoni
dapat mengeratkan hubungan silaturahim
semangat kejiranan semakin kuat
berlakunya pergaduhan
Bagaimanakah cara untuk mengeratkan hubungan sesama jiran?
Boleh pilih lebih dari 1 jawapan.
bertegur sapa
mengambil berat
menziarahi jiran
menyertai gotong royong
Adakah kita perlu berbuat baik kepada jiran tanpa mengira kaum dan agama?
Ya
Tidak
Kawasan kejiranan anda mengadakan gotong-royong pada hari sabtu ini. Adakah anda akan menyertai aktiviti tersebut?
ya kerana ia sangat penting dalam menyemai semangat kejiranan
tidak kerana membuang masa
Saya berasa __________ apabila jiran memuji saya seorang yang rajin.
seronok
sedih
marah
kecewa
Saya berasa __________ apabila dapat membantu jiran yang berada dalam kesusahan.
Kecewa
Sedih
Gembira
Marah
Saya perlu bersikap _________ kerana saya mempunyai azam yang tinggi untuk hidup bahagia bersama keluarga dan jiran tetangga.
malas
rajin
berani
Saya akan ________ sekiranya saya mengamalkan sikap rajin ketika bergaul dengan jiran.
disukai
dijauhi
Saya menunjukkan __________ dalam membantu anggota jiran yang sedang dalam kesusahan.
kesederhanaan
kesungguhan
Saya sanggup _________ masa dan tenaga untuk memberikan komitmen terhadap aktiviti-aktiviti kejiranan yang diadakan sempena hari keluarga.
menjimatkan
mengorbankan
Apakah konsep kejiranan yang ingin dipupuk di Malaysia?
Penduduk yang penuh hasad dengki
Penduduk yang bermuafakat
Penduduk yang melagakan satu sama lain
Perasaan prihatin, empati, simpati,gembira dan sebagainya merupakan ciri insan bermoral
Betul
Salah
Pilih pernyataan yang tepat mengenai kepentingan menjadi insan bermoral kepada keluarga.
Hidup lebih tenang dan sejahtera.
Mendapat balasan yang baik daripada Tuhan.
Menghormati dan bertolak ansur dalam masyarakat
Institusi keluarga yang kukuh
Ciri insan bermoral dari aspek pemikiran seseorang itu hendaklah tahu membezakan perkara yang betul atau salah.
Betul
Salah
Masyarakat Iban biasanya mendiami rumah panjang dan diketuai oleh seorang _________.
tok ketua
ketua rumah
Tuai rumah
Orang tua
Alias telah merawat luka anak burung yang ditemuinya terjatuh dari atas pokok.
Rasional
Toleransi
Kasih sayang
Keadilan
Halim telah dipilih oleh ketuanya untuk mengisi jawatan ketua pengurus operasi di Syarikat Minaz Sdn. Bhd. kerana dia mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pengurusan.
Rasional
Toleransi
Kasih sayang
Keadilan
Setiap pelajar tanpa mengira kaum, agama dan keturunan akan didenda sekiranya melanggar peraturan sekolah.
Rasional
Toleransi
Kasih sayang
Keadilan
Mak Jah mengamalkan sikap bertolak ansur dengan anak-anak, kawan-kawan dan jiran tetangganya.
Rasional
Toleransi
Kasih sayang
Keadilan
Raveena sayang untuk meninggalkan sekolahnya untuk berpindah ke sekolah lain kerana layanan yang diberikan oleh pihak sekolah kepada semua pelajar adalah sama tanpa mengira darjat.
Rasional
Toleransi
Kasih sayang
Keadilan
Sani menutup pili air yang digunakan sementara dia mencuci kereta untuk mengelakkan pembaziran.
Hormat dan taat kepada anggota keluarga
Mengekalkan tradisi kekeluargaan
Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar
Menyayangi dan menghargai alam sekitar
Chandran sentiasa mengingati nasihat ibu bapanya supaya pandai menjaga diri ketika berada di tempat orang.
Hormat dan taat kepada anggota keluarga
Mengekalkan tradisi kekeluargaan
Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar
Menyayangi dan menghargai alam sekitar
Semua pelajar haruslah menjaga kebersihan di kawasan sekolah untuk keselesaan mereka belajar.
Hormat dan taat kepada anggota keluarga
Mengekalkan tradisi kekeluargaan
Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar
Menyayangi dan menghargai alam sekitar
Tania telah melaporkan tentang saluran paip yang bocor di kawasan kediamannya kepada syarikat air.
Hormat dan taat kepada anggota keluarga
Mengekalkan tradisi kekeluargaan
Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar
Menyayangi dan menghargai alam sekitar
Pihak kerajaan tidak membenarkan orang awam atau badan-badan swasta dan kerajaan mengambil batu karang yang masih hidup.
Kasih sayang terhadap keluarga
Peka terhadap isu-isu alam sekitar
Tanggungjawab terhadap keluarga
Kemampanan alam sekitar
Marina berazam ingin mengubah kehidupan keluarganya dengan belajar bersungguh-sungguh.
Kasih sayang terhadap keluarga
Peka terhadap isu-isu alam sekitar
Tanggungjawab terhadap keluarga
Kemampanan alam sekitar
Penduduk di pantai timur Semenanjung Malaysia akan bersiap sedia apabila tiba musim tengkujuh.
Kasih sayang terhadap keluarga
Peka terhadap isu-isu alam sekitar
Tanggungjawab terhadap keluarga
Kemampanan alam sekitar
Sofea mencium tangan ibu bapanya terlebih dahulu sebelum pergi ke sekolah.
Kasih sayang terhadap keluarga
Peka terhadap isu-isu alam sekitar
Tanggungjawab terhadap keluarga
Kemampanan alam sekitar
Dua minggu sekali penduduk di sekitar Pantai Tanjung akan mengadakan gotong-royong membersihkan pantai.
Kasih sayang terhadap keluarga
Peka terhadap isu-isu alam sekitar
Tanggungjawab terhadap keluarga
Kemampuan alam sekitar
Muthu dan adiknya bertekad untuk belajar dengan bersungguh-sungguh supaya berjaya dan dapat membantu keluarganya kelak.
Amanah
Kerajinan
Harga diri
Bertanggungjawab
