wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz S1 Bab 2 : Pengeluaran Siri 1

Total questions: 26

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Berikan definisi pengeluaran yang tepat

a)

Pengagihan barang dan perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna pada tempat, masa, harga dan menggunakan saluran pengedaran yang sesuai.

b)

Aktiviti pengeluaran dan penjualan barang serta perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna bertujuan mendapatkan keuntungan.

c)

Penghasilan barang atau perkhidmatan melalui proses transformasi yang menukarkan input kepada output dengan menambahkan nilainya.

2.

Berikut adalah evolusi pengeluaran yang disusun tidak mengikut susunan. Sila pilih susunan yang tepat dari senarai susunan di bawah


1. Pendekatan saintifik

2. Kualiti

3. Revolusi industri

4. Hubungan manusia

5. Revolusi Teknologi maklumat dan komunikasi

6. Globalisasi

7. Penyelidikan operasi

a)

3, 2, 6, 5, 1, 4, 7

b)

1, 7, 6, 2, 3, 5, 4

c)

3, 1, 4, 7,2, 6, 5

3.

3 cabaran pengurus pengeluaran ialah

a)

Sumber semakin berkurangan

b)

Pertambahan penduduk sekitar perniagaan

c)

Peningkatan teknologi

d)

Penekanan kepada kualiti

4.

Jabatan A menjalankan promosi dan memasarkan produk yang dikeluarkan oleh jabatan B manakala jabatan B akan menghasilkan produk mengikut spesifikasi yang diberikan oleh jabatan A.


berdasarkan kenyatan di atas, namakan jabatan A dan jabatan B

a)

A - Jabatan Pengeluaran

B - Jabatan Sumber Manusia

b)

A - Jabatan Kewangan

B - Jabatan Pemasaran

c)

A - Jabatan Pengeluaran

B - Jabatan Pemasaran

d)

A - Jabatan Pemasaran

B - Jabatan Pengeluaran

5.

Jabatan C membuat unjuran keperluan sumber manusia kepada jabatan D manakala jabatan D akan memberikan maklumat kebersediaan sumber manusia organisasi kepada jabatan C


Berdasarkan kenyatan di atas, namakan jabatan C dan jabatan D

a)

C - Jabatan Pengeluaran

D - Jabatan Pemasaran

b)

C - Jabatan Sumber Manusia

D - Jabatan Kewangan

c)

C - Jabatan Pengeluaran

D - Jabatan Sumber manusia

d)

C - Jabatan Pemasaran

D - Jabatan Pengeluaran

6.

Jabatan F menyediakan peruntukan dan sumber kewangan berdasarkan keperluan yang diumumkan oleh jabatan G manakala jabatan G akan membuat bajet dan menyerahkan bajet tersebut kepada jabatan F


Berdasarkan kenyatan di atas, namakan jabatan F dan jabatan G

a)

F - Jabatan Pengeluaran

G - Jabatan Pemasaran

b)

F - Jabatan Pengeluaran

G - Jabatan Sumber Manusia

c)

F - Jabatan Kewangan

G - Jabatan Pengeluaran

d)

F - Jabatan Pemasaran

G - Jabatan Pengeluaran

7.

Mana yang berikut merupakan Proses Pengeluaran?

a)

Input > Proses Transformasi > Output > Maklum balas

b)

Input > Proses Transformasi > Output

c)

output > Proses Tambah Nilai > Maklum balas > Output > Untung/rugi

d)

Input > Proses Transformasi > Maklum balas > Output

8.

Antara berikut, yang manakah merujuk kepada jenis Reka bentuk Pengeluaran?

a)

Standardisation, Simplification, Modular,

b)

Modular, Simplification, Standardization

c)

Modular, Simplifikasi, Standardisasi

d)

Standardisasi, Simplifikasi, Modular

9.

Reka bentuk pengeluaran Pengeluar kereta Produa Aruz dan Toyota Rush menggunakan bahagian yang seragam dalam pemasangan kereta dan biasanya komponen boleh ditukar ganti dengan mudah.


Berdasarkan kenyataan di atas, namakan reka bentuk produk yang tepat

a)

Modular

b)

Simplification

c)

Selular

d)

Standardization

10.

Pengeluar produk jenis ini mengurangkan atau menggabungkan beberapa langkah dalam proses pengeluaran bagi memudahkan proses pengeluaran dan menjimatkan masa.


Berdasarkan kenyataan di atas, namakan reka bentuk produk yang sesuai

a)

Modular

b)

Simplification

c)

Selular

d)

Standardization

11.

Berikan gabungan tiga jenis pengeluaran yang tepat

a)

Pengeluaran secara proses, Pengeluaran mengikut tempahan dan Pengeluaran secara massa

b)

Pengeluaran secara massa, Pengeluaran secara tempahan dan Pengeluaran mengikut Kelompok

c)

Pengeluaran secara massa, Pengeluaran mengikut tempahan dan Pengeluaran secara berkelompok

12.

1. Pengeluaran barang yang mempunyai fungsi yang sama atau seragam

2. Pengeluaran dibuat mengikut satu kelompok dan diikuti dengan kelompok yang lain.

3. Produk yang dikeluarkan adalah seragam

4. Mengambil tempoh masa yang lama untuk disiapkan.


ciri-ciri manakah yang di atas yang menerangkan Jenis Pengeluaran Secara Berkelompok?

a)

2 dan 3

b)

1, 2,dan 4

c)

2 dan 4

d)

1 dan 2

13.

Kapal terbang, jambatan, kilang, dan perkhidmatan katering merupakan antara contoh produk yang dikeluarkan menggunakan Jenis Pengeluaran

a)

Pengeluaran secara tetap

b)

Pengeluaran secara massa

c)

Pengeluaran secara berkelompok

d)

Pengeluaran mengikut tempahan

14.

Pengeluaran Secara Massa menjelaskan

a)

Sumber atau input pengeluaran akan dikongsi guna bersama

b)

Pengeluaran secara berterusan, berulangan dan besar-besaran dengan volum pengeluaran yang besar

c)

Standard dan spesifikasi ditentukan berdasarkan cita rasa pelanggan

d)

Pengeluaran barangan yang mempunyai fungsi yang sama atau seragam

15.

Berikan 4 jenis susun atur yang digunakan oleh pengeluaran produk

a)

Susun atur secara tetap, susun atur secara proses, susun atur secara produk dan susun atur secara selular

b)

Susun atur tetap, susun atur proses, susun atur produk dan susun atur selular

c)

Susun atur tetap, susun atur proses, susun atur produk dan susun atur secara massa

16.

Susun atur tetap menjelaskan bahawa

a)

kedudukan produk ditetapkan di mana input seperti bahan mentah, buruh, mesin dan peralatan akan dibawa ke lokasi produk dikeluarkan.

b)

Mesindan peralatan, tenaga kerja dan bahan mentah yang sama fungsi akan dikumpulkan dalam jabatan tertentu atau disusun mengikut fungsi kerja.

c)

Peralatan dan kerja yang serupa disusun ke dalam satu kumpulan yang sama supaya bahagian proses pengeluaran menjadi kecil

17.

Susun atur selular menjelaskan bahawa

a)

kedudukan produk ditetapkan di mana input seperti bahan mentah, buruh, mesin dan peralatan akan dibawa ke lokasi produk dikeluarkan.

b)

Mesindan peralatan, tenaga kerja dan bahan mentah yang sama fungsi akan dikumpulkan dalam jabatan tertentu atau disusun mengikut fungsi kerja.

c)

Peralatan dan kerja yang serupa disusun ke dalam satu kumpulan yang sama supaya bahagian proses pengeluaran menjadi kecil

18.

Susun atur produk menjelaskan bahawa

a)

kedudukan produk ditetapkan di mana input seperti bahan mentah, buruh, mesin dan peralatan akan dibawa ke lokasi produk dikeluarkan.

b)

Semua input pengeluaran seperti tenaga kerja, mesin, bahan mentah dan peralatan disusun khusus mengikut urutan penghasilan sesuatu produk.

c)

Mesin dan peralatan, tenaga kerja dan bahan mentah yang sama fungsi akan dikumpulkan dalam jabatan tertentu atau disusun mengikut fungsi kerja.

19.

Nyatakan 3 faktor yang mempengaruhi pemilihan lokasi kilang

a)

Peraturan dan kawalan undang-undang

b)

Insentif pelaburan

c)

Sistem kumbahan dan saliran

d)

Bekalan tenaga buruh

e)

Teknologi yang semakin berkembang

20.

Antara berikut, kombinasi proses kawalan kualiti yang manakah yang mengikut susunan yang tepat?

a)

Semak > Buat > Rancang > Tindakan

b)

Plan > Do > Action > Check

c)

Rancang > Buat > Semak > Tindakan

d)

Plan > Do > Check > Action

21.

Terdapat berapa jenis kaedah pemeriksaan?

a)

2

b)

3

c)

4

22.

Nyatakan kaedah pemeriksaan yang sering digunakan dalam mengenal pasti masalah atau kecacatan proses dan produk.

a)

Pemeriksaan secara statistik

b)

Pelan persampelan

c)

Pemeriksaan proses

d)

Pemeriksaan menyeluruh

23.

Antara kenyataan berikut, yang manakah yang tidak tepat menerangkan kaedah pemeriksaan melalui pelan persampelan

a)

Merupakan satu kaedah kawalan kualiti terhadap semua produk yang dikeluarkan.

b)

pemeriksaan dilakukan ke atas beberapa sampel kecil yang diambil secara rawak dalam satu kumpulan produk

c)

kaedah ini tidak sesuai bagi produk yang dikeluarkan secara massa

d)

Sekiranya sampel produk yang diperiksa didapati banyak yang rosak, kumpulan produk tersebut akan ditolak

24.

Apakah kelemahan kaedah pemeriksaan melalui kaedah pemeriksaan menyeluruh?

a)

Memerlukan masa yang lama untuk melakukan pemeriksaan

b)

Wujud risiko produk yang tidak diperiksa mengalami kecacatan

c)

Kemungkinan kadar produk yang dipulangkan kerana kecacatan adalah tinggi

d)

Melibatkan pekerja yang ramai untuk membuat pemeriksaan

25.

Antara jawapan berikut, yang manakah Alat Kawalan Kualiti yang paling tepat?

a)

Carta Kawalan, Pasukan penambahbaikan berterusan, Analisis tambah nilai

b)

Penanda aras, Carta Gantt, Kawalan proses secara statistik

c)

Analisis nilai tambah, kajian kualiti/kos, Carta kawalan

d)

Kawalan kualiti secara statistik, Pasukan penambahbaikan kualiti, Penanda aras

26.

Senaraikan pendekatan kawalan kualiti yang biasa diamalkan oleh sesebuah organisasi perniagaan

a)

Kawalan input, kawalan produk, kawalan output

b)

Kawalan sebelum, kawalan semasa, kawalan selepas

c)

Kawalan awalan, kawalan semasa, kawalan akhiran

d)

Kawalan input, kawalan proses, kawalan output