NEW
Font size
WorksheetsBahasa melayu pt3
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Penduduk negara Jepun lebih suka menggunakan _____________ untuk berkomunikasi sesama mereka.
Bahasa Jepun
bahasa jepun
bahasa Jepun
Bahasa jepun
Pemain bola sepak pasukan Perak membuat latihan di _____________ .
Stadium Ipoh
stadium Ipoh
Stadium ipoh
stadium ipoh
Dua orang _____________ memberikan penerangan tentang kes penyalahgunaan dadah kepada murid-murid di sekolah.
kerani
polis
jururawat
doktor
Pengangkutan tradisi yang beroda tiga dan popular di Melaka ialah _____________ .
beca
basikal
tuk tuk
motokar
Kereta yang _____________ kah yang lebih mahal antara kereta Ferrari dan Lamborghini?
apa
mana
siapa
berapa
"Kereta buatan Jerman ini lebih besar daripada kereta buatan Jepun _____________ ," kata Stephan kepada Haziq.
ini
itu
sini
sana
Hasif _____________ ketika sedang mengayuh basikal.
terlentang
tertidur
tertindas
terjatuh
Damak terpaksa _____________ di penjara selama 10 tahun kerana terlibat dalam kes dadah.
berdiam
mendiami
meringkuk
menduduki
Jambatan ini dibina untuk _____________ Sungai Perak.
melalui
menjalani
merentasi
menyeberangi
Kita perlu belajar dengan bersungguh-sungguh untuk ______________ keputusan yang cemerlang dalam PT3.
menerima
mendapati
mempunyai
memperoleh
Ceramah itu _____________ oleh pusat sumber sekolah.
anjur
dianjur
teranjur
dianjurkan
Latihan dalam buku itu sudah saya _____________ tadi.
selesai
selesaikan
terselesai
diselesai
Nasi yang ditanak oleh kakak terlalu _____________ kerana terkurang air.
benyek
lembut
empuk
keras
Maklumat yang tidak _____________ dalam Whatsapp akan mengakibatkan kekeliruan maklumat.
sipi
samar
tepat
kabur
Anak Pak Kamal mencapai kejayaan _____________ bidang perubatan.
antara
hingga
dalam
terhadap
Pil itu akan bertindak balas _____________ air.
demi
untuk
kepada
terhadap
Mak Zah menanam cili _____________ dijual di pasar tani.
lalu
bagi
yang
untuk
Bas itu terbabas _____________ terhumban ke dalam gaung.
dan
lalu
tetapi
jesteru
_____________ , pelik betul warna bas itu!
Eh
Oh
Wah
Aduhai
_____________, dasar tidak tahu malu engkau ini!
Wah
Amboi
Cis
Alamak
Zamani diminta oleh bapanya mencantas __________ kelapa yang sudah kekuningan di
kebun mereka pada petang itu.
daun
pokok
batang
pelepah
Surat Pekeliling itu telah ditampalkan __________ papan kenyataan.
di
atas
pada
kepada
Pergerakan pelakon itu dalam adegan pergaduhan kelihatan _________ kerana dia pernah mempelajari seni pertahanan diri.
lasak
cekap
tangkas
kencang
Cikgu Khuzaimah telah diamanahkan oleh pihak PIBG untuk __________ mata pelajaran Bahasa Melayu semasa cuti persekolahan kepada sekumpulan pelajar yang lemah.
mengajar
mengajari
mengajarkan
menunjuk ajar
Angah mengambil songkok hitamnya lalu __________ ke atas kepalanya,
menyerkupkan
menyerkapkan
menyarungkan
menyorongkan
Sewaktu tergesa-gesa, menuju ke dapur kaki Nadirah __________ pada bendul pintu biliknya.
tersadung
tersepak
terpijak
terselit
Semua kakitangan di jabatan itu telah diingatkan oleh ketua mereka agar menjauhi perbuatan __________ yang akan mengakibatkan mereka disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.
gelap mata
pisau cukur
mata duitan
tumbuk rusuk
Ayah membeli empat _______ nasi lemak untuk kami bersarapan.
ketul
batang
buah
bungkus
Cikgu Nazira menyuruh kami mengarang dua _______ pantun setiap seorang.
rangkap
perenggan
patah
baris
Universiti Pendidikan Sultan Idris menawarkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ________ kepada lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.
prasyarat
prasarana
prasejarah
prasekolah
Hanis sedang mengulang kaji pelajarannya pada malam itu, tiba-tiba dia terdengar orang sedang ________ mancis api dari luar rumahnya.
mencalit
mencoret
mencelup
mencalar
Istana Alam Shah yang terletak di Bandar Diraja Klang ialah tempat ________ Sultan Selangor sebelum berpindah ke Istana Kayangan, Shah Alam.
bersemayam
bersiram
bertabal
beradu
Pemandu bas itu dipersalahkan kerana memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan.
Pilih perkataan antonim bagi dipersalahkan
dipersoalkan
dipertikaikan
diperbetulkan
diperdebatkan
Setelah mendengar hujah pendakwa raya, hakim telah ___________ pesalah itu dengan hukuman penjara selama 1 bulan.
Dijatuhi
Menjatuh
Menjatuhi
Menjatuhkan
Setelah ibu selesai _____________ nasi, ibu ___________ air pula.
menanak ... menjerang
memasak ... mendidihkan
menanak ... merebus
mengukus ... menjerang
