wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Peribahasa Mencabar Minda 2025

Total questions: 35

Worksheet time: 26mins

Name
Class
Date
1.

Pilih maksud yang tepat bagi peribahasa berikut:


Makan angkat

a)

Orang yang suka dipuji

b)

Sikap seseorang yang berlagak

c)

Orang yang pemalas

2.

Pilih maksud yang tepat bagi peribahasa berikut:


Berpindah ke balik papan

a)

Berhijrah ke tempat yang baharu

b)

Meninggal dunia

c)

Kembali ke tempat asal setelah lama merantau

3.

Pilih maksud yang tepat bagi peribahasa berikut:


Senyum-senyum siput

a)

Orang yang suka tersengih

b)

Senyum sedikit

c)

Suka tersenyum

4.

Pilih maksud yang tepat bagi peribahasa berikut:


Tua-tua terung masam

a)

Orang tua yang berperangai muda

b)

Orang yang berbau busuk

c)

Orang yang mempunyai sikap yang keji

5.

Pilih maksud yang tepat bagi peribahasa berikut:


Anak baik menantu molek

a)

Keluarga yang penyayang

b)

Kehidupan yang serba sempurna

c)

Sangat berbahagia

6.

Pilih maksud yang tepat bagi peribahasa berikut:


Awak sakit daging menimbun

a)

Orang kaya yang berpura-pura miskin

b)

Orang yang tidak pernah mengalami kesusahan

c)

Orang miskin yang berlagak seperti orang kaya

7.

Pilih maksud yang tepat bagi peribahasa berikut:


Menguningkan kunyit sendiri

a)

Menyorokkan kelebihan diri

b)

Menceritakan keburukan diri sendiri

c)

Berbangga dan memuji diri sendiri

8.

Pilih maksud yang tepat bagi peribahasa berikut:


Destar habis, kopiah luluh

a)

Mengalami kerugian dalam perniagaan

b)

Mengalami kesukaran kerana sikap malas

c)

Menderita kemalangan terus-menerus

9.

Pilih maksud yang tepat bagi peribahasa berikut:


Bermata mata kayu, bertelinga telinga kuali

a)

Orang yang sangat pendiam

b)

Tidak memberikan perhatian kepada perkara yang dilihat dan didengar

c)

Berhati-hati dalam memperkatakan sesuatu

10.

Pilih maksud yang tepat bagi peribahasa berikut:


Seperti cebok dengan tempayan

a)

Ibu bapa mengumpul harta, anak menghabiskannya

b)

Hubungan persaudaraan yang sangat erat

c)

Mengumpul kekayaan tanpa henti

11.

Pilih maksud yang tepat bagi peribahasa berikut:


Selera bagai taji, tulang bagai kanji

a)

Orang yang menjaga pemakanan akan mendapat tubuh badan yang sihat

b)

Orang yang rajin bekerja mendapat rezeki yang banyak

c)

Orang yang bodoh dan malas bekerja tetapi banyak makan

12.

Pilih maksud yang tepat bagi peribahasa berikut:


Pisang masak separak

a)

Kehidupan yang menderita

b)

Keluarga yang senang dan berbahagia hidupnya

c)

Keluarga yang berpecah belah

13.

Pilih maksud yang tepat bagi peribahasa berikut:


Bagai dulang dengan tudung saji

a)

Sepadan; sesuai benar

b)

Hubungan yang akrab

c)

Hubungan persaudaraan tidak akan terputus

14.

Pilih maksud yang tepat bagi peribahasa berikut:


Tak kuning oleh kunyit, tak putih oleh kapur

a)

Tidak mudah dihasut atau terpengaruh oleh pujian

b)

Tidak mudah mengalah atau berputus asa

c)

Tidak mempunyai pendirian yang tetap

15.

Pilih maksud yang tepat bagi peribahasa berikut:


Kusut diselesaikan, keruh diperjernih

a)

Perkara yang baik perlulah dijadikan teladan dalam kehidupan

b)

Segala perselisihan hendaklah didamaikan

c)

Sekiranya melakukan kesalahan perlulah bertaubat

16.

Pilih maksud yang tepat bagi peribahasa berikut:


Terpecah peluh di muka

a)

Tidak tahu malu

b)

Berasa sangat cemas dan gelisah

c)

Berasa sangat malu

17.

Pilih maksud yang tepat bagi peribahasa berikut:


Bagai belut diregang

a)

Orang yang tinggi dan kurus

b)

Orang merantau kembali ke tempat asal

c)

Seseorang yang licik dan cerdik

18.

Pilih maksud yang tepat bagi peribahasa berikut:


Ugut-ugut beruk sahaja

a)

Orang yang berpura-pura tidak tahu

b)

Menunjukkan berani pada orang yang takut padanya

c)

Orang yang menurut tanpa membantah

19.

Pilih maksud yang tepat bagi peribahasa berikut:


Ikan digulai sudah melompat

a)

Nasib yang malang

b)

Tidak berdaya lagi

c)

Sesuatu yang tidak dapat diubah lagi

20.

Pilih maksud yang tepat bagi peribahasa berikut:


Pasang pelita dilanggar tikus

a)

Pekerjaan yang dilakukan menurut aturannya

b)

Kegembiraan hilang disebabkan suatu kejadian yang kecil

c)

Sesuatu pekerjaan itu walaupun telah ada persediaan yang cukup tetapi belum tentu akan berhasil dengan baik

21.

Pilih maksud yang tepat bagi peribahasa berikut:


Rupa harimau hati tikus

a)

Orang yang pandai pun ada masanya akan terkena

b)

Rupa sahaja yang hebat dan garang, tetapi pengecut

c)

Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya

22.

Pilih maksud yang tepat bagi peribahasa berikut:


Dalam dua tengah tiga

a)

Tidak jujur

b)

Lupa akan budi baik orang

c)

Cermat melakukan sesuatu pekerjaan

23.

Pilih maksud yang tepat bagi peribahasa berikut:


Kuat lilit kerana simpulnya

a)

Perselisihan kecil boleh didamaikan tetapi perselisihan besar sukar dilupakan

b)

Pertalian yang tidak dapat diputuskan

c)

Kekuatan kumpulan terletak pada ahlinya yang bersatu padu

24.

Pilih maksud yang tepat bagi peribahasa berikut:


Bagai kambing lepas ke parak

a)

Memilih makanan dengan sesuka hati

b)

Melakukan sesuatu perbuatan yang salah

c)

Mendapat sesuatu yang diingini

25.

Pilih maksud yang tepat bagi peribahasa berikut:


Seluk air, mandikan diri

a)

Hendaklah berfikir semasak-masaknya sebelum membuat sesuatu keputusan

b)

Berusaha sendiri, jangan harapkan bantuan orang lain

c)

Mengerjakan sesuatu perkara dengan begitu tekun sekali

26.

Pilih maksud yang tepat bagi peribahasa berikut:


Tua-tua kelapa

a)

Orang yang semakin tua, semakin baik perangainya

b)

Orang yang semakin tua, semakin buruk perangainya

c)

Lelaki yang semakin tua, semakin gatal

27.

Pilih maksud yang tepat bagi peribahasa berikut:


Naik melompat, turun terjun

a)

Sekiranya rajin berusaha pasti akan berjaya

b)

Hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali

c)

Mendapat nasib malang yang bertimpa-timpa

28.

Pilih maksud yang tepat bagi peribahasa berikut:


Bau busuk tidak berbangkai

a)

Celaan (fitnah dan sebagainya) yang tidak benar

b)

Sikap manusia yang suka mengadu domba

c)

Khabar yang buruk

29.

Pilih maksud yang tepat bagi peribahasa berikut:


Seperti membubul jala buruk

a)

Usaha yang mendapat rintangan

b)

Kegigihan yang tidak mengenal erti putus asa

c)

Penat yang sia-sia

30.

Pilih maksud yang tepat bagi peribahasa berikut:


Tepungnya ia mahu, kuihnya pun ia mahu

a)

Mendapat rezeki yang banyak

b)

Diberi sedikit hendak banyak

c)

Mendapat keuntungan secara tiba-tiba

31.

Pilih maksud yang tepat bagi peribahasa berikut:

Gulai sedap nasi mentah, nasi sedap gulai mentah

a)

Orang yang tidak mahir memasak

b)

Setiap orang pasti pernah membuat kesalahan

c)

Pekerjaan yang tidak sempurna

32.

Pilih maksud yang tepat bagi peribahasa berikut:

Manis seperti gula derawa

a)

Pasangan suami isteri yang sama-sama elok rupa parasnya

b)

Andainya berjodoh, pasti akan bertemu

c)

Hubungan yang rapat dan erat

33.

Pilih maksud yang tepat bagi peribahasa berikut:

Sukakan gaharu kerana baunya, sukakan guru kerana ilmunya.

a)

Berusaha bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu

b)

Suka akan sesuatu itu kerana faedah yang dapat diperoleh daripadanya

c)

Sesuatu persoalan perlulah dirujuk kepada orang yang pakar dalam bidang tersebut

34.

Pilih maksud yang tepat bagi peribahasa berikut:

Hulu mujur pandai bertengkar, hulu baik pandai memakai

a)

Pasangan yang suka bertengkar

b)

Mematuhi peraturan di tempat yang kita berada

c)

Orang yang pandai hidup dan pandai membawa diri dalam pergaulan, selalu selamat dan disukai orang

35.

Pilih maksud yang tepat bagi peribahasa berikut:

Lurus sumpitan hendak mengena

a)

Sikap seseorang yang suka berdolak-dalih

b)

Tipu muslihat untuk keuntungan diri sendiri

c)

Pemimpin yang suka menyusahkan rakyatnya