wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu Tingkatan 4

Total questions: 30

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Kempen ______________ akan dijalankan di seluruh negara secara berterusan.

a)

anti-denggi

b)

antidenggi

2.
Haliza membacakan buku cerita itu kepada adiknya sambil _______________.
a)
berseloroh
b)
berseluruh
3.
Para _______________ itu sedang berbincang tentang masalah inflasi.
a)
cendikiawan
b)
cendekiawan
4.
Perjalanan ke _______________ itu mengambil masa lebih kurang dua jam.
a)
kampung
b)
kampong
5.

Motosikal berkuasa tinggi itu __________ dari Itali.

a)

diimport

b)

dieksport

6.
Jamil _________________ basikalnya yang pancit itu sehingga ke rumahnya.
a)
menonton
b)
menuntun
7.
Sofia bergiat aktif dalam aktiviti _______________ di sekolahnya.
a)
ko-kurikulum
b)
kokurikulum
8.

Azikah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ___________ pada hari Sabtu ini.

a)

ke-18

b)

ke18

9.
Ibu menghidangkan sepinggan __________ ketika minum petang.
a)
kueh
b)
kuih
10.
Fazli ____________ apabila mendapat markah terendah dalam ujian Matematik.
a)
kecewa
b)
keciwa
11.
Menurut saksi, helikopter itu dikatakan ___________ seketika di udara sebelum terhempas.
a)
berlumba-lumba
b)
berlegar-legar
12.
Maniam ____________ melarikan diri apabila lembu-lembu itu mula mengejarnya.
a)
pantas-pantas
b)
cepat-cepat
13.
Walaupun Encik Baharum tidak berpelajaran tinggi, beliau mempunyai pengalaman yang ____________ dalam selok-belok perniagaan.
a)
besar
b)
luas
14.
Mak Long Hajar merebus ubi kayu itu hingga ___________.
a)
empuk
b)
lembut
15.
Pasu bunga di __________ ruang tamu rumah Puan Mariani itu dihadiahkan oleh rakannya dari Sarawak. 
a)
pinggir
b)
sudut
16.
Mereka berpandangan apabila terdengar suara orang berbisik-bisik di _________ rumah.
a)
luar
b)
samping
17.

1. Mariah selalu terkenang......peristiwa pahit manis ketika dia berada di kampung dahulu.

a)

akan

b)

terhadap

c)

pada

d)

dengan

18.

2. Para ........ tanah air telah dihantar ke negara Indonesia untuk membantu mangsa yang dilanda gempa bumi dan Tsunami baru-baru ini.

a)

hartawan

b)

dermawan

c)

bangsawan

d)

sukarelawan

19.

3. Penduduk di perkampungan nelayan itu bekerja sambilan dengan ....... jala semasa musim tengkujuh.

a)

menjahit

b)

menenun

c)

menyirat

d)

menyemat

20.
 ____________mestilah berdiri tegak semasa menyanyikan lagu kebangsaan. 
a)
A. Kami
b)
B. Kita
c)
C. Mereka
d)
 D. Engkau 
21.
 “____________mahu bersiar – siar di taman bunga.” titah Tuan Puteri Gunung Keriang kepada dayang – dayangnya.  
a)
A. Beta
b)
B. Patik
c)
C. Saya
d)
D. Hamba
22.
  _____________  yang cemerlang itu terpilih untuk menyambung pelajaran mereka ke Australia.  
a)
A. Budak –budak
b)
B. Kanak – kanak
c)
C. Lelaki –lelaki
d)
D. Pelajar –pelajar 
23.

Hati Nazua _________ akan kata-kata nasihat daripada ibunya.

a)

menyentuh

b)

disentuh

c)

tersentuh

24.

Fikiran Alif ___________ apabila mengenangkan ibunya yang sakit di kampung.

a)

terganggu

b)

mengganggu

c)

diganggu

25.

“…………… berjanji akan belajar bersungguh-sungguh demi kecemerlangan dalam peperiksaan SPM pada tahun ini,” ikrar murid-murid Tingkatan 5 SMK Kuala Kurau.

a)

Saya

b)

Kami

c)

Kamu

d)

Kalian

26.

“Sultan sedang beristirehat ………… tidak mahu diganggu,” kata dayang istana kepada laksamana Hang Tuah.

a)

Baginda

b)

Tuanku

c)

Patik

d)

Beta

27.

Salina lebih suka mengulangkaji pelajaran di dalam bilik yang …………… kerana lebih mudah mengingati pelajaran yang dibaca.

a)

nyaring

b)

tegang

c)

sunyi

d)

kasar

28.

Patrick berasa ………… apabila memakai baju Melayu untuk membuat persembahan tarian tradisional bersama rakannya yang berbangsa Melayu

a)

Kelu

b)

kaku

c)

jarang

d)

janggal

29.
 Shamimi dinaikkan pangkat oleh majikannya  _____________   dia seorang pekerja yang rajin dan gigih.  
a)
A. agar
b)
B. kerana
c)
C. apabila
d)
D. meskipun
30.
"Sebagai murid, _______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh," kata cikgu.
a)
dia
b)
kita
c)
kamu
d)
mereka