Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

JUJUR AMALAN WARGA SEKOLAH

Total questions: 15

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Maksud jujur

a)

Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perkataan

b)

Bercakap benar dan amanah dalam perlakuan

c)

Bercakap benar dan ikhlas dallm perkataan

2.

Apakah kepentingan bersikap jujur terhadap rakan?

a)

disisihkan oleh rakan-rakan

b)

disenangi oleh rakan-rakan

3.

Berikut merupakan perlakuan bersikap jujur kepada guru, kecuali

a)

menyiapkan kerja sekolah dengan meniru buku rakan lain

b)

mengakui kesalahan apabila ditegur oleh guru

4.

Nyatakan perasaan anda apabila bersikap jujur.

a)

takut

b)

gembira

5.

Kesan memberitahu rahsia kawan kepada orang lain ialah

a)

menimbulkan pergaduhan

b)

akan dipercayai

6.

Adenan berpura-pura sakit kepala kerana tidak mahu membantu gurunya menyusun kerusi

a)

Betul

b)

Salah

7.

Sebagai manusia, kita perlu mengakui kesilapan atau kesalahan kita

a)

Betul

b)

Salah

8.

Jess Niko terjumpa dompet duit semasa perjalanan balik ke rumah. Apakah yang perlu dilakukan oleh Jess Niko?

a)

Memberitahu ibu bapa

b)

Mengambil wang dari dompet itu dan membelikan aiskrim

9.

Ibu bapa Samsoon tidak membenarkannya menunggang basikal. Suatu hari Samsoon terjatuh basikal.

a)

Memberitahu ibu terjatuh bermain bola di padang.

b)

Mengaku kesalahan dan meminta maaf kerana menunggang basikal tanpa kebenaran.

10.

"Nazri menolak pemberian hadiah dari Puan Kavitha kerana memulangkan gelang emas yang dijumpainya".


Nazri menolak pemberian hadiah tersebut kerana

a)

Nazri bukan orang susah yang memerlukan hadiah

b)

Nazri bukan seorang yang mengharapkan balasan apabila memulangkan gelang emas tersebut

c)

Nazri seorang yang jujur dan ikhlas dalam perbuatannya.

11.

"Mukesh telah menerima lebihan wang baki apabila membeli makanan di kantin. Dia tidak memulangkan lebihan baki wang tersebut kepada pengusaha kantin."


Manakah perbuatan yang jujur yang perlu Mukesh lakukan ?

a)

Kembali ke kantin dan membeli makanan lain dari lebihan wang baki tersebut.

b)

Mendermakan wang lebihan baki kepada rakan.

c)

Kembali ke kantin dan memulangkan wang baki yang terlebih diterimanya.

12.

Kelas kamu akan mengadakan Pameran Matematik minggu depan. Apakah tindakan kamu?

a)

Kamu menawarkan diri untuk membantu menyediakan barang-barang pameran.

b)

Kamu hanya memberikan komen hasil pameran itu.

c)

Kamu menolak pelawaannya untuk membantunya.

13.

Kamu meminjam pembaris rakan kamu. Pembaris tersebut patah ketika kamu menggunakannya.

a)

Kamu memulangkannya semula pada rakan kamu.

b)

Kamu meminta maaf.

c)

Kamu marah kepadanya.

14.

Mengapakah kita perlu bersikap jujur dalam kehidupan kita?

a)

supaya menjadi orang yang tidak bertanggungjawab

b)

supaya dihindari oleh rakan-rakan.

c)

supaya mendapat pujian.

d)

supaya dihormati oleh rakan-rakan.

15.

Antara berikut, yang manakah merupakan amalan bersikap jujur di sekolah?

a)

Tunduk hormat apabila didatangi pelawat

b)

Mengaku bersalah dan meminta maaf apabila melakukan kesalahan.

c)

Menggunakan kata sapaan yang sesuai untuk warga sekolah