wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PECUTAN AKHIR 2 PP

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Huraikan prinsip autoriti yang diperkenalkan oleh Henry Fayol

a)

Hak untuk memberi layanan yang adil dan saksama kepada pekerja

b)

Hak memberikan arahan kepada pekerja untuk melakukan sesuatu tugas.

c)

Hak untuk memberi ganjaran kepada kepada pekerja secara adil dan saksama.

d)

Hak untuk membuat keputusan tentang isu atau masalah yang berlaku dalam organisasi.

2.

Huraikan prinsip esprit de corpsyang diperkenalkan oleh Henry Fayol.

a)

memastikan pekerja mengikut arahan dan menurut prosedur untuk kelancaran aktiviti dalam organisasi

b)

menekankan kebebasan sendiri dalam melakukan tugas

c)

menekankan semangat kerjasama dalam organisasi

d)

mementingkan kerja berpasukan bagi penyempurnaan tugas

3.

Pilih penyataan yang betul berkaitan dengan jenis perancangan peringkat pertengahan dalam sebuah syarikat automobil.

a)

Syarikat XYZ menyasarkan jualan kereta sebanyak RM10 juta dalam tempoh 5 tahun.

b)

Jabatan Pemasaran membuat perancangan memasarkan kenderaan ke luar negara dalam tempoh 3 tahun

c)

Unit penegluaran kereta mensasarkan 50 unit kereta boleh dijual dalam tempoh 3 bulan pertama.

4.

Jenis perancangan mengikut kegunaan ialah rancangan kegunaan tunggal dan (a)  

5.

Pilih penyataan yang betul berkaitan jenis perancangan mengikut peringkat.

a)

rancangan strategik, rancangan taktik, rancangan operasi

b)

rancangan strategik dibentuk oleh pengurusan atasan antara 5 hingga 10 tahun

c)

rancangan taktikal merupakan penyataan khusus bagi hasil tertentu yang perlu dicapai oleh pekerja

d)

rancangan taktikal dibentuk oleh pengurus pertengahan yang menterjemahkan rancangan strategik dalam bentuk yang lebih difahami

e)

rancangan operasi dibentuk oleh pengurusan peringkat bawahan.

6.

Nyatakan langkah keempat dalam proses pengorganisasian.

(a)  

7.

Jabatan Khidmat Pelanggan akan terlibat dalam aktiviti memberikan khidmat nasihat kepada pelanggan, menerima tempahan dan menerima bayaran, manakala Jabatan Penghantaran terlibat dengan aktiviti menghantar dan memasang perabot.

a)

Pengenalpastian aktiviti

b)

Pengelasan aktiviti

c)

Pengelompokan aktiviti

8.

Aktiviti yang terlibat dalam organisasi perniagaan perabot ialah memberikan khidmat nasihat, menerima tempahan perabot, dan menerima bayaran diletakkan dibawah aktiviti khidmat pelanggan.

a)

Pengenalpastian aktiviti

b)

Pengelasan aktiviti

c)

Pengelompokan aktiviti

9.

Pilih jenis kuasa yang perlu ada pada seorang pemimpin dalam sebuah organisasi.

a)

Kuasa autokratik

b)

Kuasa ganjaran

c)

Kuasa transactional

d)

Kuasa memimpin

10.

Pilih penyataan yang betul berkaitan dengan jenis kuasa.

a)

Kuasa desakan bertujuan mengenakan tindakan positif kepada pekerja yang tidak mematuhi kehendak organisasi.

b)

CEO mempunyai kuasa sah terhadap semua pekerja kerana mempunyai kedudukan formal yang tertinggi

c)

Akauntan kanan menggunaka kepakaran dan kemahiran untuk memberi tauliah kepada pekerja bawahannya.

d)

Kuasa rujukan berkaitan dengan memberi ganjaran dalam bentuk wang dan bukan wang kepada pekerja.

11.

- Pekerja perlu dipaksa/ diarah untuk bekerja

- Pekerja X bersifat pemalas/ tidak bertanggungjawab/ mementingkan diri/ datang lewat/ selalu cuti / negatif

Gaya kepimpinan yang sesuai untuk pekerja berdasarkan andaikan dia atas ialah (a)  

12.

- Pekerja diberi peluang mengemukakan pandangan/ membuat keputusan

- Pekerja Y bersifat rajin/ bermotivasi/ bertanggungjawab/ positif


Gaya kepimpinan yang sesuai untuk pekerja Teori Y ialah (a)  

13.

Tiga elemen penting kontrak dalam Akta Jualan Barang-barang 1957 (termasuk pindaan)

a)

Kualiti dan kelayakan

b)

Boleh guna

c)

Waranti

d)

Mutu

e)

Bebas dari kesulitan

14.

Kereta diserahkan hak milik kepada Melati oleh Nori setelah syarat jual beli dipenuhi.

Penyataan ini berkaitan dengan elemen dalam kontrak jualan iaitu...

a)

Wujud dua pihak iaitu penjual dan pembeli

b)

Wujud perpindahan hak milik daripada penjual kepada pembeli

c)

Wujud barang sebagai subjek utama yang dikontrakkan

d)

Wujud balasan wang daripada satu pihak

15.

Zaleha menerima barangan yang berupa sebuah kereta daripada kontrak sewa beli yang dimasuki olehnya.

Penyataan ini berkaitan dengan elemen kontrak....

a)

Keterangan

b)

Bebas dari kesulitan

c)

Boleh guna

d)

Wujud barang sebagai subjek utama dikontrakkan

16.

Kelayakan seseorang untuk berkontrak dalam elemen keupayaan mengikut Akta Kontrak 1950 ialah

a)

Ketentuan

b)

Berakal sempurna

c)

Dewasa

d)

Niat

e)

Tidak hilang kelayakan

17.

Prinsip berunding adalah...

a)

Asingkan manusia daripada masalah

b)

Guna kriteria yang subjektif dan boleh digunapakai

c)

Fokus kepada minat bukan status

d)

Jana pelbagai pilihan

e)

Tumpuan kepada minat dan bukan kedudukan

18.

Langkah yang ketiga dalam proses pembuatan keputusan ialah...

a)

menganalis data

b)

menilai alternatif

c)

mengutip data

d)

mengenal pasti masalah

e)

menjana alternatif

19.

Alternatif Pasaran meningkat Pasaran menurun

Melancarkan promosi RM 70 000 Rugi RM 20 000 Meningkatkan kualiti &

bilangan jurujual RM 80 000 Rugi RM 30 000

Kebarangkalian 60% 40%


Nilai jangkaan kewangan berdasarkan alternatif melancarkan promosi ialah (a)  

20.

Alternatif Pasaran meningkat Pasaran menurun

Melancarkan promosi RM 70 000 Rugi RM 20 000 Meningkatkan kualiti &

bilangan jurujual RM 80 000 Rugi RM 30 000

Kebarangkalian 60% 40%


Nilai jangkaan kewangan berdasarkan alternatif meningkatkan kualiti & bilangan jurujual ialah ...

(a)  

21.

- Ketua membuat perubahan yang drastik dalam sebuah organisasi/

-Perubahan perancangan yang melibatkan pekerja melakukan perubaha

- Ketua melibatkan sebagai agen perubahan serta membina komitmen yang tinggi di dalam dan di luar organisasi.


Jenis kepimpinan di atas ialah

a)

Kepimpinan transactional

b)

Kepimpinan transformational

c)

Kepimpinan karismatik

d)

Kepimpinan berwawasan (visionary)

22.

- Datin Paduka Siti Sa’diah Sheikh Bakir merupakan ketua yang bijaksana dalam menggabungkan idea untuk melakukan perubahan

- Graduan pengajian Ekonomi dari Universiti Malaya

- Sebagai Ketua Eksekutif Bahagian Prisihatin

- Pengerusi Malaysian Society Quality in Health


Penyataan di atas merujuk kepada ciri pemimpin ....

a)

Kemampuan dan kebijaksanaan

b)

Berkarisma

c)

Berpandangan jauh dan berwawasan

d)

Berpengetahuan berkaitan profesionalisme, kepakaran dan kebolehan dalam bidang khusus

23.

- Datin Seri Paduka Siti Sa’diah Sheikh Bakir bersedia menerima pandangan berbeza daripada pihak lain/pekerja yang walaupun berbeza dengan pandangan sendiri

- Beliau begitu mementingkan kerjasama berpasukan

- Cadangan ada masanya lebih bagus apabila datang daripada pihak bawahan.

a)

Keyakinan diri

b)

Bersifat terbuka

c)

Kejujuran dan berintegriti

d)

Personaliti

24.

Pekerja menerima arahan daripada pengurusnya dalam nada suara yang tinggi dan menengking memberi kesan kepada emosi pekerja untuk melaksanakan tugas.


Penyataan di atas merujuk kepada ...

(a)  

25.

Pekerja yang telah berumur menganggap pelaksanaan pusingan tugas menyusahkan kerja mereka dan beranggapan bahawa pengurus yang lebih muda tidak menghormati pekerja yang telah berumur, berbeza dengan maksud yang ingin disampaikan oleh pengurus.


Halangan komunikasi di atas merujuk kepada ...

(a)