wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU (SISTEM DAN APLIKASI BAHASA)

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Senaraikan empat kata nama terbitan daripada petikan di bawah.


Di Jakarta, pemungut sampah yang dipanggil pemulung mencipta konsortium perniagaan kitar semula dengan pendapatan bulanan antara RM33 juta hingga RM66 juta. Aktiviti pemulung ini berjaya mengurangkan sisa pepejal sebanyak 390-800 kilogram seorang setiap bulan.

1.________________________

2._______________________

3._______________________

4._______________________

a)

pemungut

b)

sampah

c)

pemulung

d)

perniagaan

e)

pendapatan

2.

Tandakan (/ ) bagi perbuatan yang menunjukkan patriotisme

a)

mengibarkan bendera negara sepanjang bulan patriotisme

b)

menconteng-conteng dan memijak bendera negara

c)

mengamalkan 5R

d)

mengharumkan nama negara

3.

Kenal pasti subjek dalam ayat yang berikut.


Vaksin mampu meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan.

a)

vaksin mampu

b)

vaksin

c)

vaksin mampu meningkatkan

d)

mampu meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan

4.

Kenal pasti predikat dalam ayat di bawah.


Muzium Melaka ditubuhkan pada tahun 1930-an.

a)

Muzium Melaka

b)

Muzium

c)

Melaka ditubuhkan pada tahun 1930-an

d)

ditubuhkan pada tahun 1930-an

5.

Pilih peribahasa yang sesuai untuk situasi yang berikut.


"Masyarakat yang tidak suka membaca akan menjadi masyarakat yang buta ilmu dan ketinggalan zaman."

a)

Usaha Tangga Kejayaan

b)

buta huruf

c)

seperti katak di bawah tempurung

d)

berdiri sama tinggi duduk sama rendah

6.

"Saya kecewa dengan sikap segelintir remaja sekarang yang enggan mendengar nasihat."


Yang manakah dalam ayat tersebut merupakan kata adjektif?

a)

Segelintir

b)

mendengar

c)

kecewa

d)

enggan

7.

Kerugian akibat kebakaran itu ......... berjuta-juta ringgit.

a)

dinilaikan

b)

dianggap

c)

ditaksirkan

d)

ditafsirkan

8.

Perbelanjaan secara ....... perlu dilaksanakan ketika zaman kegawatan ekonomi ini.

a)

berjimat

b)

bercermat

c)

berhemah

d)

berhemat

9.

Para pekerja syarikat telekomunikasi mendapat ....... tahunan kerana mereka telah bekerja dengan cemerlang dan berjaya meningkatkan keuntungan syarikat.

a)

insentif

b)

intensif

c)

ganjaran

d)

bonus

10.

Pegawai itu ........... di mahkamah kerana dituduh ........ wang syarikat.

a)

dibicarakan ....... mensonglap

b)

dihadapkan ...... menggelapkan

c)

didakwa ....... menggelapkan

d)

dihadapkan ...... menyelewengkan

11.

Pusat sumber yang lengkap dengan pendingin hawa dan kemudahan melayari Internet menyediakan ......... ......... untuk murid-murid mengulang kaji pelajaran.

a)

suasana kondusif

b)

prasarana kondusif

c)

tempat selesa

d)

suasana konklusif

12.

Parti politik itu akan mengadakan pemilihan ....... yang baharu pada bulan hadapan.

a)

pucuk kepimpinan

b)

barisan pemimpin

c)

teraju kepimpinan

d)

pucuk pemimpin

13.

........... bagi semua institusi pendidikan tinggi awam dan juga swasta telah ditangguhkan akibat wabak COVID-19 yang melanda negara kita.

a)

Proses pengajian

b)

Sesi pembelajaran

c)

Tempoh pembelajaran

d)

Sesi pengajian

14.

....... awal di tanah rancangan FELDA pada dekad 1970-an dahulu menghadapi pelbagai cabaran untuk menukarkan kawasan hutan menjadi tanah pertanian.

a)

Penghuni

b)

Petani

c)

Penduduk

d)

Peneroka

15.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan kepada maksud peribahasa "Sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukannya".

a)

Bersatu teguh bercerai roboh

b)

Cubit paha kiri, paha kanan terasa sakitnya

c)

Bagai aur dengan tebing

d)

Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi

16.

Berikan peribahasa yang tepat dengan maksud peribahasa "Orang yang kurang pandai, kalau ada kesungguhan mempelajari sesuatu lama-lama akan pandai juga".

a)

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana maufakat.

b)

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi

c)

Belakang parang jika diasah nescaya akan tajam

d)

Tidak memandang bulu, tidak melihat rupa

17.
Berikan padanan jawapan yang betul untuk kesalahan tatabahasa berikut.
Gejala cetak rompak boleh lumpuhkan industri seni utamanya industri muzik  dan perfileman tanahair.
a)
melupuhkan...yang utama...tanah air
b)
melumpuhkan...terutamanya...tanah air
18.

Lihat gambar bersiri di bawah dengan teliti.Berdasarkan gambar tersebut,pilih dua peribahasa yang sesuai.

a)

berat sama dipikul ringan sama dijinjing

b)

bukit sama didaki,lurah sama dituruni

c)

bersatu bertambah mutu

d)

seperti gula dengan semut

19.

Apakah kata kunci yang sinonim dengan perkataan sebab-sebab?

a)

implikasi-implikasi

b)

faedah-faedah

c)

faktor-faktor

d)

usaha-usaha

20.

Dalam proses membina ayat yang gramatis, elemen yang diperlukan ialah...

a)

Subjek + Keterangan

b)

Subjek + Predikat

c)

Frasa Nama + Keterangan

d)

Predikat + Frasa Kerja