WorksheetsAUDIT PRESTASI 2 BAHASA MELAYU SEMESTER 2 2021
Total questions: 50
Worksheet time: 50mins
Yang manakah pernyataan yang benar tentang morfem bebas?
Unit tatabahasa yang terkecil yang tidak dapat hadir bersendirian.
Unit tatabahasa yang boleh menjadi kata.
Unit tatabahasa yang membezakan makna.
Unit tatabahasa yang perlu bergabung dengan morfem yang lain.
Pernyataan yang manakah yang benar tentang kata tunggal?
I Kata akronim ialah kata tunggal.
II Terdiri daripada satu morfem bebas.
III Kata tunggal juga dikenali sebagai kata akar.
IV Terbina daripada sekurang-kurangnya dua suku kata.
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Yang manakah kata berimbuhan yang kata dasarnya bukan terdiri daripada kata terbitan?
I Berpakaian
II Berpendidikan
III Ketidakpastian
IV Mempertanggungjawabkan
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Yang manakah ayat yang mengandungi kata ganda semu?
Tetikus yang baru dibelinya itu kurang berkualiti.
Kehadiran ipar-duai memeriahkan majlis hari jadinya.
Program gotong-royong itu ditangguhkan kerana hujan lebat.
Ali pura-pura tidur ketika saya menjengah bilik tidurnya.
[Dia berjalan mundar-mandir di situ sejak tadi.]
Yang manakah pernyataan yang benar tentang perkataan yang berhuruf condong di atas?
I Berfungsi sebagai kata kerja
II Berfungsi sebagai kata keterangan
III Terdiri daripada kata ganda berentak bebas
IV Merupakan kata ganda berentak pengulangan konsonan
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Yang manakah pasangan kata yang terdiri daripada kata kerja bersisipan?
Jelajah,telingkah
Gerigis,gementar
Gelembung,selerak
Cerucuk,sinambung
Yang manakah ayat yang mengandungi kata berapitan ke-…-an yang membentuk kata adjektif?
Kekosongan jawatan itu masih belum diisi.
Kami menunggu kepulangan adik dari kota.
Seluar yang dipakai oleh lelaki itu kekotoran.
Perangainya yang kebudakan itu kurang saya senangi.
Pasangan kata yang manakah yang kedua-duanya ialah kata adjektif terbitan?
Ekonomis, Terkenang
Duniawi, Sejarawi
Kebaratan, Kelemahan
Saintifik, Gelembung
Ayat yang berikut menggunakan kata penguat yang betul kecuali
Sengatan lebah itu sangat-sangat berbisa.
Atlet itu kelihatan sungguh amat bertenaga.
Bangunan itu paling tinggi sekali di bandar ini.
Kereta lumba itu dipandu dengan sungguh laju sekali.
Ayat yang manakah yang menggunakan kata lalu sebagai kata tugas?
Rosita bangun lalu menjawab soalan guru itu.
Ramli tidak lalu makan sebaik sahaja mendapat tahu dia ditahan polis.
Mak Cik Leha sering menegur saya semasa saya lalu di hadapan rumahnya.
Kebersihan kedai makan penting untuk menarik perhatian orang yang lalu
di situ.
Yang berikut benar tentang ayat, kecuali
Mengandungi makna yang lengkap
Dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan
Mempunyai susunan subjek diikuti oleh predikat
Unit ujaran yang paling tinggi dalam hierarki tatabahasa
Yang manakah ayat yang mengandungi hanya frasa endosentrik?
Makanan ini untuk pelajar-pelajar miskin.
Dari kampung seberang pekerja itu datang.
Rumah banglo warna putih itu milik jutawan.
Hadiah daripada kakak saya sempena hari jadi saya.
Yang manakah ayat yang binaan frasa adjektifnya betul?
I Cerun bukit itu sangat curam sekali.
II Saya bencikan orang yang sombong.
III Pak Lebai amat sayang akan cucunya.
IV Banglonya paling besar sekali di taman itu.
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Yang manakah ayat yang mengandungi frasa kerja yang diikuti oleh keterangan cara?
Penyakitnya sembuh dengan cepatnya.
Kita perlu sayang akan ibu bapa kita.
Zaila bijak dalam semua mata pelajaran.
Penternak itu mengikat kambing dengan tali.
[Kata bantu + kata sendi nama + kata arah + frasa nama]
Yang manakah frasa yang mengandungi binaan frasa sendi nama di atas?
masih di serambi rumah
hendak ke utara negeri Kelantan
mahu ke bilik mesyuarat sekolah
memang di kedainya semalam
Apakah persamaan utama ayat dasar dengan ayat tunggal?
kedua-duanya bersusunan songsang.
kedua-duanya terdiri daripada ayat aktif sahaja.
kedua-duanya terbina daripada satu objek dan satu predikat.
kedua-duanya merupakan ayat penyata.
Yang manakah ayat tunggal?
Sabrina cemerlang dalam segala bidang.
Erika tiada di rumah tatkala kami sampai.
Kakak saya belum pulang sampai ibu risau.
Budak itu masih bermain ketika hujan.
Yang manakah ayat yang mengalami proses pendepanan kata bantu dengan kata kerja?
Memang sah mereka akan ke sini.
Agak sedih kesudahan cerita itu.
Sudah terlalu lewat ayah pulang.
Masih belum mandi adik bongsu saya.
Yang manakah ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan?
Pekerja itu berasal dari Indonesia
Bas itu menghala ke selatan.
Penemuan itu berdasarkan kajian.
Kertas itu bergaris penuh.
Yang manakah ayat yang menyalahi struktur ayat pasif?
I Kereta baharu abang dipandunya perlahan-lahan.
II Buku rujukan saya sudah pulangkan ke pusat sumber.
III Kerja kursus anda perlu siapkan sebelum akhir bulan ini.
IV Pelancaran hari alam sekitar disempurnakan Menteri Besar.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
[Mereka tinggal di rumah yang telah dibeli oleh abang saya itu.]
Apakah jenis proses peluasan bagi ayat di atas?
Peluasan frasa predikat
Peluasan dengan kata hubung
Peluasan frasa nama sebagai subjek
Peluasan melalui proses komplementasi
Yang manakah kata tunggal yang terdiri daripada tiga suku kata?
I Cuaca
II Cengkerik
III Eksport
IV Kolokium
I dan II
II dan III
I dan IV
III dan IV
[Dia kehujanan sepanjang malam.]
Apakah golongan kata bagi perkataan yang berhuruf condong dalam ayat di atas?
Kata kerja
Kata nama
Kata adjektif
Kata adverb
[Jangan sekali-kali berbuat jahat.]
Kata kerja dalam ayat di atas ialah kata kerja tak transitif
tanpa pelengkap
berpelengkap
berpenerang
berobjek
Ayat yang manakah yang menggunakan kata hubung?
I Bapa saya selalu ke tasik itu untuk memancing ikan di situ.
II Bank itu banyak menyediakan kemudahan untuk pelanggannya.
III Kejadian itu pertama kali berlaku sejak saya berpindah ke kawasan itu.
IV Didikan agama penting sebagai benteng demi kesejahteraan generasi muda.
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Ayat yang manakah yang mengandungi perkataan yang menerima –nya sebagai kata ganti nama diri ketiga?
Motosikal itu dipecut dengan lajunya.
Sebenarnya dia bukan kakak ipar saya.
Penghidupannya berakhir dengan kebahagiaan.
Lori itu kelihatannya sedang membelok ke kanan.
Yang manakah ayat yang menggunakan kata nafi dengan betul?
I Budak lelaki itu bukan pergi ke sekolah.
II Lelaki tua itu masih tidak boleh membaca.
III Budak itu bukan bijak tetapi dia bernasib baik.
IV Bas pelancong itu tidak dari utara tetapi dari selatan.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
[Hancur lebur hati ibu kandungnya bagai tidak bersisa.]
Apakah subjek bagi ayat di atas?
Hati ibu
Hancur lebur
Ibu kandungnya
Hati ibu kandungnya
Yang manakah ayat yang mengandungi frasa eksosentrik?
I Abang saya menjadi tentera sejak tahun 2000.
II Pesalah trafik dikenakan denda yang lebih tinggi.
III Kedua-dua pihak bersetuju untuk ke meja rundingan.
IV Negara itu baru sahaja menubuhkan kerajaan sementara.
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Yang manakah ayat yang mengandungi frasa kerja aktif transitif?
Berita itu mengenai catuan air di Lembah Klang.
Lelaki tua itu merupakan bekas guru bahasa Melayu saya.
Semua penduduk taman menyumbangkan tenaga semasa gotong-royong.
Kehilangan budak itu menjadi tajuk utama akhbar di dalam negara.
Ayat yang manakah yang frasa kerjanya mempunyai dua objek?
I Abang meniupkan adik belon.
II Tuhan mengurniainya kesejahteraan hidup.
III Guru melayari internet dengan kawan-kawannya.
IV Kakak mengemaskan bilik adik sebelum ke sekolah.
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
[Nenek masih lemah longlai kerana kurang sihat.]
Binaan yang manakah yang betul bagi frasa adjektif yang bergaris dalam ayat di atas?
Kata bantu + kata penguat + kata adjektif
Kata bantu + kata adjektif + kata adjektif
Kata adjektif + kata adjektif + kata adjektif
Kata penegas + kata adjektif + kata adjektif
Yang manakah ayat tunggal?
Ibu ke dapur, memerhatikan kakak memasak.
Peristiwa itu amat menakutkan pada masa itu.
Murid-murid di kantin itu berdoa sebelum makan.
Yang hadir di majlis itu kebanyakannya rakan saya.
Yang manakah ayat yang menepati struktur ayat pasif?
I Pengembara itu kepanasan di padang pasir.
II Barang antik itu telah pun pemiliknya jual.
III Idea yang beliau ketengahkan itu tidak masuk akal.
IV Kesemua saudara mereka akan kuundang ke majlis itu.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Yang manakah ayat majmuk campuran ?
I Hujan turun dengan lebat hingga Amir tidak pergi ke sekolah.
II Azmi menyatakan perkara itu agak mudah untuk diselesaikan.
III JIka tidak dijemput saya mungkin tidak menghadiri majlis itu.
IV Ayah akan ke Ipoh untuk menemui adik saya yang belajar di sana.
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Ayat yang manakah yang mengalami proses penyusunan semula?
Mereka yang memilih dia sebagai ketua.
Oleh sebab dia miskin, dia selalu dihina.
Adik ke sekolah walaupun kurang sihat.
Berdiam diri tidak bererti setuju.
[Rizal dan sahabatnya masih mengunjungi tempat itu.]
Ayat majmuk di atas mengalami pengguguran
frasa nama sebagai objek
frasa kerja sebagai predikat
frasa adjektif sebagai predikat
frasa sendi nama sebagai pelengkap
Antara yang berikut, yang manakah ayat yang gramatis?
Beg kegemaran saya yang diperbuat daripada kulit buaya.
Tokoh pendidik itu ingin menulis tentang sejarah negeri Sabah semula.
Banyak aspek yang mereka bincangkan dalam mesyuarat itu kurang penting.
Kesemua ahli-ahli persatuan itu bersetuju untuk bertemu kembali di tempat itu.
[Suspek dalam kes pembunuhan itu telah ditahan malam tadi.]
Ayat di atas telah mengalami proses
I pengguguran kata nama sebagai inti frasa nama subjek
II pengguguran bahagian-bahagian frasa predikat
III penyusunan semula frasa nama sebagai subjek
IV penyusunan semula frasa nama sebagai objek
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
[I. Kereta merah itu telah terjunam ke dalam gaung .]
[II. Seorang remaja memandu kereta merah itu.]
Ayat majmuk yang terhasil dari ayat I dan II di atas mengalami peluasan
frasa predikat
dengan kata hubung
frasa nama sebagai subjek
melalui komplentasi
1. Antara yang berikut, yang manakah ayat majmuk campuran?
I Ramai pelancong asing datang mengunjungi Taman Negara Muru dan Pulau Sipidan
II Zaidi menonton televisyen sambil menyiapkan latihan Matematik dan Bahasa Melayu.
III Penduduk yang mendiami daerah itu digalakkan beriadah agar menjaga kesihatan.
IV Mereka berharap moga-moga cadangan itu menjadi realiti setelah berusaha gigih.
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
1. Yang manakah ayat yang frasa keterangannya berfungsi sebagai pelengkap?
I Ibu Hashim berjual keropok lekor di pasar.
II Kakak menyapu sampah dengan penyapu lidi.
III Kanak-kanak itu menjerit sekuat hati sejak tadi lagi.
IV Penduduk kampung telah berkumpul di dewan masyarakat.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
1. Yang manakah ayat pasif yang betul?
Ucapan yang telah beliau sampaikan itu sungguh bernas.
Gelas di atas meja itu adik saya pecahkan dengan tidak sengaja.
Bersama-sama surat ini kukirimkan sekeping gambar tanda ingatan.
Perkara itu mereka hebohkan untuk mendapatkan perhatian pihak atasan.
1. Yang berikut ialah ayat songsang, kecuali
Dialah penjenayah yang dicari oleh pihak polis.
Dengan cat minyak Nasir melukis potret ibunya.
Untuk atlet itu mencipta rekod baharu tidak mustahil.
Masih belum tiba rombongan pengantin lelaki hingga kini.
Ayat yang manakah yang boleh menjadi ayat dasar dan ayat tunggal?
Sejak tengah hari lagi penonton sudah berkumpul di stadium.
Kamu selalu pinjam buku daripada pelajar asrama.
Calon-calon di dalam dewan itu sungguh gelisah.
Ali duduk memerhatikan gelagat kucingnya.
[Belajarlah bersungguh-sungguh kalau mahu senang kemudian hari.]
Dalam ayat di atas, bahagian yang berhuruf condong dikenali sebagai
frasa keterangan
klausa tak bebas
klausa utama
klausa bebas
[Kata bantu aspek + kata penguat + kata adjektif]
Yang manakah ayat yang mengandungi binaan frasa seperti di atas?
Mesin jahit di rumah Mak Minah sudah terlalu uzur.
Tindakannya itu amat membanggakan keluarganya.
Kehidupan di luar negara memang sungguh indah.
Buah durian di dusun itu masih belum masak.
1. Pilih ayat-ayat yang mempunyai kata kerja transtif aktif dengan dua objek.
I Dia menghidangkan adiknya nasi ayam kukus.
II Hamid menyiapkan kerja rumah Matematik di sekolah.
III Cikgu Melati menghadiahinya buku rujukan sebagai insentif.
IV Mereka membawa pelancong Amerika itu ke bilik pameran kraf tempatan.
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
[Puan Laila mempunyai sebuah pasar raya di bandar Lahad Datu.]
Frasa sebuah pasar raya dalam ayat di atas berfungsi sebagai frasa
adverba
endosentrik
eksosentrik
keterangan
1. Antara ayat yang berikut, ayat manakah yang mempunyai kata berawalan ber- yang menyatakan makna perbuatan bersalingan?
I Mereka bergembira di pusat hiburan itu.
II Mereka sentiasa bertengkar kerana masalah kewangan.
III Kami berkumpul di sini untuk menyuarakan bantahan kami.
IV Saya berharap agar kita dapat berjumpa lagi pada tahun hadapan.
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
