Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ MORFOLOGI

Total questions: 21

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

1. Dalam bahasa Melayu, morfem terikat boleh terdiri daripada morfem bebas dan

a)

imbuhan

b)

akar kata

c)

kata

d)

kata partikel

2.

2. Pilih perkataan yang mengandungi 4 morfem

a)

memperalat

b)

menjelajahi

c)

berselimutkan

d)

berkemungkinan

3.

3. Pasangan yang manakah kedua-duanya merupakan kata tunggal

a)

ilmiah, gelisah

b)

kelawar, kembara

c)

swasta, kelemumur

d)

sementara, gelanggang

4.

4. Kerana kejujuran dia dihargai.

Apakah golongan kata bagi kata dasar yang berhuruf condong?

a)

kata kerja

b)

kata nama

c)

kata adjektif

d)

kata adverba

5.

5.Ayat yang manakah mengandungi kata tunggal jenis akronim?

a)

Harga makanan di restoran swalayan itu agak murah.

b)

Usahawan Melayu kurang menceburi bidang hartanah.

c)

Persembahan pancaragam diadakan semasa hari sukan.

d)

Infrastruktur moden dapat menarik pelaburan asing ke negara ini.

6.

6. Ayat yang manakah yang mengandungi kata kerja aktif tak transitif berpelengkap?

a)

Anjing itu berkeliaran di situ sejak tadi.

b)

Dia berjimat cermat demi masa depannya.

c)

Mereka berutus surat sejak dua ahun yang lalu.

d)

Orang tua itu memang berusaha dengan bersungguh-sungguh.

7.

8.Dia tidak melakukan kerjanya dengan sempurna kerana malas. Kata "melakukan" tergolong dalam kata kerja

a)

aktif transitif

b)

pasif transitif

c)

tak transitif berpelengkap

d)

tak transitif tanpa pelengkap

8.

8.Pemain-pemain badminton sedang berlatih di gelanggang.

Kata sedang dan berlatih tergolong sebagai

a)

kata bantu aspek dan kata bantu ragam

b)

kata bantu ragam dan kata kerja pasif

c)

kata bantu ragam dan kata kerja transitif

d)

kata bantu aspek dan kata kerja tak transitif

9.

9.Ayat yang manakah tidak mengandungi kata kerja aktif dan kata kerja pasif?

a)

Artis itu menafikan bahawa dia telah dilamar.

b)

Kakak saya membelek-belek gambar suaminya.

c)

Budak itu menangis apabila diejek oleh rakkannya.

d)

Penghuni pusat pemulihan yang melarikan diri kena tahan semula.

10.

10. Yang manakah kata terbitan yang kata dasarnya terdiri daripada kata kerja keadaan?

a)

mencurigakan, berkesudahan

b)

memutuskan, bersendirian

c)

meyakinkan, berkesedaran

d)

meleraikan, berterusan

11.

11. Apakah jenis kata adjektif yang terdapat dalam ayat-ayat berikut;

a. Pegerakan bas itu amat perlahan

b. Kain selendang itu amat nipis

c.Mukanya agak cengkung kerana sakit

d.Pemergian suaminya terlalu awal.

a)

kata adjektif cara, kata adjektif ukuran, kata adjektif bentuk, kata adjektif waktu

b)

cara, ukuran, bentuk, waktu

12.

12. Pasangan yang manakah yang kedua-duanya kata adjektif terbitan?

a)

seindah, kemesraan

b)

keakraban, manisan

c)

termahal. kehalusan

d)

gemilang, termashur

13.

13. Ayat yang manakah yang mengandungi kata adjektif gabungan deria pandag dan dengar?

a)

Kehidupan di kampung amat tenteram.

b)

Udara di waktu pagi amat bersih.

c)

Bilik tetamu di rumah baharu itu selesa benar.

d)

Ikan keli yang baru ditangkap itu hanyir baunya,

14.

14. Pasangan yang manakah kedua-duanya merupakan imbuhan kata adjektif?

a)

bi-, -is

b)

-wi, swa-

c)

multi-, anti-

d)

-isme, maha-

15.

15.Yang manakah ayat yang mengandungi kata bilangan ordinal?

a)

Kedua-dua pelajar itu berjaya dengan cemerlang.

b)

Adik mendapat nombor tiga dalam peperiksaan akhir tahun.

c)

Dalam pertandingan malam tadi, Ahmad mendapat tempat kedua

d)

Dia telah menulis enam buah novel yang kesemuanya mendapat sambutan.

16.

16. Kenal pasti 5 kata tugas dalam ayat dibawah dan nyatakan jenis kata tugas tersebut.


Mereka lari lintang pukang dalam keadaan takut ketika saya dan cikgu Azmi sampai. Kami dekati mereka dan bertanyakan sebab mereka berasa takut. Mereka memberitahu bahawa mereka dikejar penjahat.

a)

lintang-pukang kata adverba

b)

dalam kata sendi nama

c)

ketika kata hubung

d)

dan kata hubung

e)

untuk kata hubung

17.

17. Pilih ayat yang menggunakan kata melalui sebagai kata kerja

a)

Melalui karya seni lukis, kita dapat melahirkan rasa hati.

b)

Kita dapat membaca isi hatinya melalui mimik mukanya.

c)

Keputusan yang baik diperoleh melalui usaha yang gigih

d)

Sewaktu melalui lorong itu, dia menemukan mayat seorang wanita.

18.

18. Cantiknya, lajunya, putihnya, sejuknya dan panjangnya. Kata Nya pada perkataan itu merupakan kata

a)

kata penekan

b)

kata pembenda

c)

kata penegas

d)

kata nafi

19.

19. Yang manakah ayat yang berikut mengandungi kata kerja membawa maksud lokatif (unsur tempat)

a)

Kapal itu menghampiri pangkalan pagi tadi.

b)

Amin membacakan adiknya buku cerita.

c)

Ali mengakhiri nyanyiannya dengan mengucapkan terima kasih.

d)

Ibu menjerang air di dapur.

20.

20. Yang manakah kata kerja di bawah yang membawa maksud benefaktif(melakukan sesuatu untuk orang lain)

a)

Kakak menjahitkan adik baju.

b)

Amin menamatkan zaman bujangnya semalam.

c)

Ayah menduduki rumah itu sejak tahun lepas.

d)

Dia membatasi pergaulan di kolej itu.

21.

21. Pihak keselamatan negara itu cuba mengamankan keadaan selepas rusuhan berlaku. Kata kerja mengamankan membawa maksud..

a)

lokatif (unsur tempat)

b)

kausatif(menyebabkan jadi)

c)

benefaktif (melakukan sesuatu untuk orang lain)